Sungguh rasa di hatinya buat perempuan bernama Uqasah Qasandra ini sukar di ungkap. Dia sendiri tidak tahu bagaimana perasaan cintanya mula dengan sekelip mata saja. Benar lah kata orang cinta itu ada di mana-mana.

Sekali lagi Rayyan mengucup sekilas ubun-ubun Uqasah. Dia tersenyum kecil bila isterinya itu mengeliat. Pelukan di lehernya di eratkan lagi dengan wajah semakin di gesel ke leher Rayyan. Buat pertama kalinya dia buat kerja di temani oleh sang puteri.

:
:
:
:
:

Uqasah tersenyum bila permintaannya di turuti. Siapa sangkah akhirnya Rayyan ikut juga kehendaknya bila dia merengek bosan tadi. Bangun-bangun saja dari tidur terus di bawa suaminya berjalan-jalan.

Uqasah memaut erat lengan Rayyan di sebelahnya. Sesekali dia mengucup pula lengan tegap itu. Gembira tidak terhingga.

Rayyan mengerling ke arah isterinya. Sejak tadi duk tersenyum-senyum di sebelahmya. Lengannya pula tidak lepas dari genggam tangan Uqasah. Erat tak berlepas.

"nak pergi mana ni?" tanyanya. Sudah hampir berapa minit mereka berjalan
di mall tapi kaki melangkah tanpa hala tuju.

"jom makan dulu. Lapar.. " rungut Uqasah dengan tangan mengusap perutnya. Rayyan mengangguk. Tangan Uqasah di tarik menuju ke restoran yang di tunjuk oleh isterinya.

Meja yang paling hujung di pilih mereka. Rayyan menarik kerusi untuk Uqasah. Dia menunduk lalu mengucup sekilas dahi isterinya.

"duduk sini kejap.. Hubby nak pergi tandas" ujarnya. Uqasah mengangguk.

"jangan pergi mana-mana tau. Duduk sini je" pesannya dengan suara tegas. Sekali lagi uqasah mengangguk.

Rayyan mengeluh lega. Sedari tadi lagi dia menahan kencingnya. Tandas lelaki di tuju. Sempat dia memusing ke belakang memastikan yang isterinya itu sentiasa selamat.

Setelah hampir 5 minit membuang hajat barulah Rayyan lega sedikit. Tangannya di cuci. Baru saja dia mahu melangkah keluar telefon dalam pokeytnya berbunyi. Laju saja tangannya menyelok telefon. Berkerut dahinya melihat nombor Anif tertera di nama panggilannya. Butang hijau di tekan lalu telefonnya di lekapkan ke telinga.

"hello.. " sapanya.

"rayyan kau kat mana?" kedengaraan suara Anif bertanya dengan nafas tercungap-cungap. Rayyan mengerut dahi. Rasanya dia sudah memberitahu ke mana dia pergi. Baru saja dia mahu menjawab Anif meyampuk lagi.

"dragon dah tau kau dah kawin. Dorang dah rancang strategik nak musnahkan kau" berdegup laju jantung Rayyan. Kakinya semakin laju melangkah ke arah isterinya.

"anak buah dia tengah prihatinkan kau lebih tepat isteri kau. Uqasah kelemahan kau rayyan. Jangan biarkan dia walaupun sesaat. Aku rasa... "

Belum sempat Anif mahu bersuara lagi Rayyan sudah mematikan talian. Matanya meliat mencari kelibtan isterinya. Bertambah laju degupan jantungnya bila bayang Uqasah langsung tidak kelihatan.

"Uqasahh!" jeritnya langsung tidak menghiraukan pandang orang lain. Dia berlari anak dengan mata meliar ke sekeliling. Terasa mahu meletop jantungnya. Dalam fikirannya sudah terfikir benda bukan-bukan.

"mana ni?" gumamnya.

"hubby.. " sapaan yang di kenali olehnya terdengar halus di telinganya. Dia berputar ke belakang.  Uqasah tersengih tidak bersalah dengan tangan memegang tali belon.

"KAU PERGI MANA?" tengkingnya. Terhenjut bahu Uqasah dek suara lantang itu.

"aku dah suruh kau tunggukan.. Kau pergi mana tadi? Kau tau tak aku macam orang bodoh terpekik-pekik cari kau" jerkahnya lagi. Tangan mencengkam kuat bahu Uqasah. Semakin berair mata Uqasah. Tergetar-getar bibirnya mahu menjawab.

"b-belonn.. " Rayyan menarik belon di tangannya lalu di baling di lantai dan di hentak dengan kaki sehingga meletop berbunyi. Tanpa dapat di tahan jatuh jua air mata Uqasah.

"BALIK!" terus di tarik kuat tangan Uqasah tanpa mempedulikan esakan isterinya. Hatinya lega biarpun dia marah sangat dengan tindakan Uqasah yang suka menghilang tanpa pengetahuanya.

Terasa perit hujung lengannya bila di cengkam kuat oleh Rayyan. Semakin lebat air mata Uqasah mengalir. Sakit bercampur takut melihat wajah garang tanpa secalit senyuman dari Uqasah.

Sesampainya di kereta, tubuh kecilnya di tolak kasar masuk ke dalam kereta. Pintu kereta di tutup kuat oleh Rayyan sehingga terhenjut lagi bahu Uqasah buat kali kedua.

"DIAM!" jerkahnya membuatkan Uqasah diam tidak terkutik tapi bahunya masih terhenjut-henjut menangis.

Kereta mewah Rayyan laju bergerak di jalan raya besar seolah-olah tidak cukup jalan raya itu. Tangannya kuat mengenggam stereng kereta. Uqasah pula masih teresak menangis namun tidaklah sekuat tadi.

Rayyan mengerling sekilas. Keluhan di lepaskan. Sungguh hatinya terasa mahu meletop tatkala memikirkan hal yang buruk berlaku ke atas isterinya. Sungguh liciklah musuhnya itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dragon boleh tahu kehadiran isterinya.

Jujur dia masih belum bersedia mahu kehilangan isterinya. Kini atau selamanya dia tidak rela Uqasah hilang darinya. Sungguh dia takut mahu mengalami kejadian itu.



Don't forget to vote 🌟

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now