“Jaehyun memang macam tu. Suka sakat orang.” Kata Jisung bersama tawa kecil tanpa menoleh. Pandangannya masih fokus kepada pemanduan.

“Emmm, Jisung.” Panggil Iseul.

“Hmm”

“Luka awak macam mana?” perlahan Iseul bertanya. Namun cukup untuk didengari Jisung dan melawan suara yang bising di belakang.

“Dah semakin sembuh. Don’t worry to much.” Jawabnya selamba.

Sesudahnya percakapan mereka mati disitu. Iseul dah tak tahu nak balas apa.

Mereka tiba di destinasi yang dituju. Masing-masing turun dari kereta. Beg pakaian yang berada di dalam bonet diambil.

“Besar juga rumah omma kau ni, Iseul.” Ujar Taeyong.

Rumah yang terbina elok di hadapan mereka itu dilihat. Halaman luarnya boleh dikira luas juga. Reka rumah itu diperbuat daripada batu bata dan papan, membuatkannya kelihatan agak tradisional.

“Kamu dah sampai!” pintu dibuka dari dalam oleh omma Iseul.

“Omma” jerit Iseul. Dia berlari anak untuk memeluk ommanya.

Mahu hilangkan rindu yang dah lama terbendung. Pelukan Iseul dibalas sebelum dileraikan.

“Ramainya kawan kamu.” Ujar omma Iseul. Satu persatu muka yang ada disitu dilihatnya. Aik semua lelaki je?

“Ha ah. Mereka ni cuti, itu yang saja nak ikut Iseul balik kampung.” Iseul hanya tersenyum hambar.

“Lelaki?” soal Omma Iseul  lagi. Dia tahu, Iseul memang tak pernah bagitahu pun yang dia ada kawan lelaki sebelum ni.

“Err… yang ni boyfriend Mieka, ini pula--“ Iseul menunding jari kepada Taeyong, kemudian kearah Jisung pula.

Mieka yang terkejut dengan fakta terkemuka Iseul itu terus memotong percakapan kawannya.

“Ini boyfriend Iseul, bakal menantu makcik.” Laju Mieka berkata.

Hah! Ambik kau Iseul. Kenakan aku lagi dengan fakta tahyul  kau tu. Mieka gelak jahat di dalam hati apabila melihat muka pucat Iseul itu. Iseul nampak cuak.

Iseul lihat ke arah Mieka dengan mata yang sengaja dibesarkan. Namun, Mieka hanya pandang kearah lain. Dia beralih kepada Jisung pula. Jisung yang turut melihat kearahnya itu kelihatan tenang. Nampak macam tak kesah kena bahan dengan Mieka tadi.

“Lah… ya ke. Kenapa Iseul tak bagitahu omma.” Omma Iseul bersuara lantang. Senyuman juga semakin menjadi-jadi.

“Omma, sebenarnya—” pantas Iseul membuka mulut untuk beritahu perkara betul namun,kata-kata Iseul diendahkan.

“Nama kamu siapa?” soal Omma Iseul kepada Jisung.

Jisung tersenyum kecil sebelum menjawab.

“Park Jisung. Ini, Jaehyun kawan saya. Dan itu pula Taeyong.” Kata Jisung sopan.

Omma Iseul hanya mengangguk.

“Dah-dah, jom masuk dalam. Panas kat luar ni.” Kalut omma Iseul berkata. Pintu dibuka luas untuk mereka masuk ke dalam.

Iseul pandamg Jisung. Jisung yang berasa diri diperhatikan turut menoleh. Kening dijongketkan kepada Iseul.

Sorry.” Ujar Iseul perlahan.

Jisung hanya mengumam kecil sebelum mengikut yang lain masuk ke dalam. Iseul mengeluh..

“Haih, apalah nasib aku.” TelahI Iseul sendiri.


“Iseul!” panggil omma Iseul dari dapur.

“Weh, aku dengar ada orang panggil nama kau la. Seram…” kata Mieka.

“Memandai je kan kau ni. Omma aku la yang panggil. Jom!” ajak Iseul.

Dia melangkah untuk keluar dari bilik.

“Kenapa kau ajak aku?” soal Mieka

“Kau perempuan kan? Jomlah pergi dapur.”

“Laaa… kena ke? Ingat semua siap dah.” Jawab Mieka dengan malas.

Iseul hanya menggeleng kecil. Macam-macam karenah lah dia ni.

“Mak cik.” Tegur Mieka yang tiba bersama Iseul.

“Ha… datang pun. Tolong siapkan meja makan.” Ujar Omma Iseul yang sibuk memasak itu.

“Okay!” jawan Isuel dan Mieka serentak.

Setelah semua makanan sudah terhidang elok di atas meja, Iseul pergi untuk memanggil kaum lelaki yang tak keluar-keluar dari tadi. Buat apa entah.

Iseul berdiri di hadapan bilik yang dihuni Jisung dan yang lain. Tangannya naik untuk mengetuk pintu namun perbualan di dalam sana memberhentikan niatnya.

“Kau dengar mana ni Jaehyun?” soal Jisung agak serius.

“Bukan dengar. Aku nampak dengan mata aku sendiri. First kereta tu ada dekat kawasan rumah Iseul, sekarang dia ada di tanah lapang yang dekat dengan rumah omma Iseul pula.” Terang Jaehyun bersungguh-sungguh.

“Nombor plat sama?” Taeyong pula bertanya.

“Ya la! Korang tak percaya ke?!” Jaehyun meninggikan sedikit suaranya.

“Shhh!! Diamlah. Nanti ada orang dengar.” Sampuk Taeyong. Jaehyun tersengih tak bersalah.

“Jadi, mereka mesti perhatikan kita dari jauh.” Jisung membuat kesimpulan.

“Kita atau Iseul?” Jaehyun bersuara lagi.

Iseul masih mendengar. Air liur ditelan, terasa perit.

“Apa yang dia orang cakapkan ni? Takkan appa aku terlepas.” Telah Iseul sendiri

Dia menggeleng kepala sedikit. Ingin menghalau segaja yang bermain di fikirannya. Tangan yang tergendala tadi digerakkan.

Knock Knock Knock

“Kejap!” Laung Taeyong dan Jaehyun

Iseul hanya sabar menunggu. Hampir seminit akhirnya pintu dibuka. Senyuman janggal ditayangkan oleh Jaehyun dan Taeyong. Jisung pula dengan muka ketatnya itu.

Iseul pelik. Sebelum ni dia okay je. Dah sampai sini nak buat perangai pula. Orang dah larang jangan ikut, nak juga kan?

“Ya, Cik Iseul. Ada apa-apa ke?” soal Jaehyun sopan.

“Errr… Omma saya, panggil korang makan. Jom?” Jari telunjuknya naik dan menunjuk kearah dapur.

“Wahh makan? Jom!! Dah lapar ni.” Taeyong menolak Jaehyun yang berada di muka pintu itu dengan kuat supaya keluar dari bilik tersebut.

“Ish! Jangan la tolak” marah Jaehyun sebelum berjalan pergi

Iseul menoleh pula kepada orang terakhir yang keluar selepas Taeyong. Jisung melangkah keluar dari situ tanpa melihat kearah Iseul. Iseul kerutkan dahi melihat dia yang tiba-tiba jadi dingin.

“Kenapa dengan dia tu?” soal Iseul dalam hati.


-nc-

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now