BAB 42

3.5K 194 9
                                    

Sebulan telah berlalu sejak kejadian Zach kemalangan. Laura kini seperti sudah terbiasa dengan ketiadaan Zach walaupun kadang kadang dia berasa rindu dengan suaminya.

"Ha termenung!" Zayn duduk sedikit jauh di sebelah Laura yang sedang duduk di atas sofa itu.

"Biasalah tu termenung waktu sorang sorang. Tak kerja ke?" Laura memandang wajah Zayn.

"Kejap lagi nak main lukis lukis. Nak ikut ke?" Zayn yang pada mula matanya tertumpu ke arah tv kini memandang wajah Laura.

"Nak!" Dengan semangatnya Laura menjawab. Yalah, dia bosan duduk di rumah tak buat apa apa.

"Oh bao." Suasana yang sebentar tadi sunyi dipecahkan oleh Zayn.

"Hm?"

"Yang pasal kemelangan Zach tu kan, polis siasat kan kes tu. Tapi diaorang cakap itu bukan kemalangan biasa." Zayn berkata serius.

"Maksud awak?" Laura memandang Zayn dengan dahi yang berkerut.

"Itu kes langgar lari."

"Langgar lari? Maknanya memang ada orang yang plan untuk buat Zach kemalangan malam tu?" Kini tubuh Laura sepenuhnya menghadap Zayn. Drama di tv dah tak menarik perhatiannya.

"I think so. Tapi Zach ada musuh ke? Kau ada tahu apa apa tak?"

"Tak, setahu saya Zach tak ada musuh dengan siapa siapa." Zayn dan Laura sama sama terdiam memikirkan kemungkinan tentang kemalangan yang menimpa Zach.

"Kau?" Zayn memandang Laura.

"Saya? Kenapa dengan saya?" Laura bertanya pelik.

"Kau tak ada musuh ke? Orang yang tak puas hati dengan kau ke?" Zayn bertanya untuk memastikan.

"Ish muka comel saya ni ada nampak macam muka orang yang suka bermusuhan dengan orang eh. Mana ada lah, saya tak ada musuh. Lagipun saya ni bukan mafia ke apa nak kena ada musuh." Laura menekup kedua belah pipinya menggunakan tapak tangan bagi meyakinkan Zayn bahawa dia tidak memasang musuh.

"Mana lah tahu kan. Orang yang suka kau tapi kau reject pun boleh jadi musuh kau tahu." Laura tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Zayn. Pertemuannya dengan Tengku Adam pada pagi itu diimbas kembali.

'Takkan lah kot. Mamat tu nerd gila kot. Nak bagitahu Zayn ke tak eh? Nanti lah.'

"Eh pergi lah siap sekarang. Kita gerak sekarang."

"Okay." Laura segera berjalan menuju ke arah tangga.

"Lima minit je bao!" Zayn tersengih, saja hendak menyakat kakak iparnya itu.

"Okay!"

+++

"Duduk lah sini. Kau nak lukis juga ke macam mana?" Laura yang sudah duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bilik kerja Zayn itu dipandang.

"Tak nak lukis. Saya tak ada bakat nak lukis lukis. Lukis orang lidi saya pandai lah. Erm, saya nak pergi tengok lukisan awak lah." Laura sudah berdiri, berkira untuk keluar.

"Alright. Pergi lah. Aku duduk dalam ni je." Zayn mula bergerak ke dalam sebuah bilik khas untuk dia melukis yang terdapat di dalam bilik kerjanya itu.

Laura terus melangkah keluar sambil melihat lihat lukisan yang dilukis oleh Zayn.

Beberapa minit selepas Laura keluar, seseorang telah menolak pintu bilik kerja Zayn.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now