L || 78

26.9K 1.4K 34
                                    

"SAYANG,"

Medina yang sedang mengelamun berpaling ke belakang. Bibirnya serta merta mengukir senyuman manis.

"Sayang buat apa kat sini? Kan sejuk duduk sini? Tak kesian dekat baby?" soal Dariel lembut. Dia melabuhkan punggung di sisi Medina.

"Kesian dekat baby atau Dee? Abang jangan ingat Dee tak tahu yang abang sebenarnya risaukan Dee berbandingkan baby kan?" ujar Medina.

"Eh, mesti la! Dee, bidadari syurga abang. Kalau takde Dee, anak-anak kita takkan wujud dekat muka bumi ni, sayang." usik Dariel.

Merah pipi Medina mendengar usikan Dariel. Dia menepuk perlahan bahu Dariel.

"Abang memang saja kan?"

"Laaa, betul la apa yang abang cakap? Kalau tiada Dee, macam mana anak-anak abang boleh lahir dekat dunia ni."

"Abang..."

"Okay la, sorry-sorry. Kita tukar topik lain. Anak papa macam mana hari ini? Okay? Ada buat mama sakit tak?" cepat-cepat Dariel mendekatkan kepalanya ke perut Medina. Tangannya lembut mengusap perut bukit Medina.

"Tak de papa, Niyal baik je dalam perut mama." balas Medina.

Dariel yang mendengar nama seseorang yang asing darinya segera memandang ke arah Medina.

"Niyal? Siapa tu? Dee jangan nak menga--"

"Ish, abang ni, pantang dengar nama lelaki lain. Ada je nak cemburunya. Niyal tu bukan sesiapa la. Anak abang. Syed Daniyal Mikael." terang Medina.

Dariel bingung. Namun dia tidak kisah jika itu nama yang dipilih oleh Medina.

"Tapi... Kalau girl macam mana?" tebak Dariel. Setahunya, dia dan Medina sama-sama mahu merahsiakan identiti jantina anak mereka hingga mereka lahir di muka bumi.

"Apa abang ingat Dee reka satu nama je ke? Mesti la, Dee dah siapkan anak perempuan sekali." jeling Medina. Sensitif pula bila Dariel sengaja mengusiknya begitu.

"Ya, abang tahu. Saja nak mengusik."

"Mengusik la kerja abang kan? Lepasni, tak nak kawan. Biar abang tidur seseorang dekat ruang tamu." rajuk Medina. Tangan melingkari tubuh seakan memeluk tubuhnya.

Dariel yang melihat Medina merajuk dengannya, mengukir senyum kecil. Sudah lali dia melayan karenah Medina yang satu ini.

"Ikut suka sayang la... Nanti waktu sayang bangun subuh, jangan tanya kenapa tiba-tiba orang tu peluk abang okay."

Medina yang dengar kata sindiran itu memandang wajah Dariel tajam. Tangannya lembut menepuk lengan Dariel. Geram.

"Aduh, sakit la sayang," adu Dariel sambil mengusap lembut lengannya.

"Padan muka. Usik Dee lagi,"

Dariel mengukir senyum. Comel sahaja wajah Medina tika ini, dia rasakan. Kalau ikut kata hatinya, memang nak gomol sekuat hati.

"Tapikan abang, kenapa abang minta ibu duduk hospital tu lagi? Bukan ibu normal ke?" soal Medina. Terluah dalam fikirannya sejak kejadian beberapa hari lalu.

Dariel mengerut dahi pelik. Namun dia tak cepat melatah, mungkin soalan yang ditanya oleh Medina ada dalam fikirannya.

"Abang nak ibu sihat. Walaupun ibu dah minta maaf dekat abang, Dee dan anak-anak. Abang tetap tak boleh percaya dengan ibu. Bukan abang saja nak biar ibu terus tinggal dekat sana cuma abang nak ibu sembuh. Kalau betul, ibu nak hidup bersama kita. Ibu kena sembuh. Ikut cakap doktor." jelas Dariel.

Medina mengangguk faham. Dia juga sebenarnya keliru apabila Dariel memberitahu bahawa Puan Rahimah dihantar semula ke hospital sakit jiwa. Katanya Puan Rahimah harus melakukan rawatan.

"Tapi abang lagi pelik,"

Medina berpaling memandang Dariel. Dahinya berkerut pelik.

"Maksud abang?"

"Dee betul-betul maafkan ibu ke? Atau ibu ada cakap sesuatu dekat Dee haritu? Abang perasaan ibu ada cakap sesuatu dekat Dee. Muka Dee terus berubah."

Medina terdiam. Lirikan matanya juga berubah memandang ke arah berlawanan. Dariel yang tangkap perubahan isterinya memegang lembut tangan Medina. Medina terkejut. Dia memandang ke arah Dariel.

"Bagitahu abang... Apa yang ibu cakap dekat Dee." lembut Dariel menyoal Medina.

Medina mengetap bibirnya. Rasa bersalah dia mahu beritahu Dariel tapi...

"Ibu minta maaf. Lepastu, ada pesan minta Dee jaga abang, Dhea, Arren dan anak dalam perut ni. Ibu cakap mungkin ibu tak dapat jumpa baby dalam perut ni. Sebab tu, muka Dee berubah." beritahu Medina.

Dariel kejung. Dia seakan kelu mendengar penjelasan Medina.

"Lagi? Ada apa-apa lagi yang ibu beritahu Dee?" soalnya.

Medina menggeleng kepalanya.

"Takde."

Dariel mula tidak sedap hati. Dia seakan dapat rasakan sesuatu yang tidak enak dapat fikirannya. Kenapa ibunya tiba-tiba sahaja mahu berkata begitu? Bukankah ibunya sudah janji nak bersamanya selamanya.

Serentak itu, telefon pintar milik Dariel berdering panjang. Dariel menyeluk keluar telefonnya dari poket seluarnya. Nama yang tertera di skrin telefonnya membuatkan dia menggeletar.

"Abang?" Dariel memandang wajah Medina lama. Namun dia cuba beranikan diri untuk menjawab panggilan telefon itu.

"Hello?"

"Ya, saya." Matanya memandang wajah Medina. Isterinya turut sama bingung sepertinya.

"Apa? Ulang lagi sekali boleh?" pinta Dariel.

"Ibu Encik. Dia tiada. Dia telah meninggal pada 10 : 45 malam tadi akibat serangan jantung."

"Allah," terlucut telefon pintar Dariel mendengar ayat itu.

"Abang!" Medina terkejut. Dia segera mengambil telefon pintar Dariel lalu ditekap ke telinganya.

"Saya harap Encik dan keluarga dapat bersabar. Kalau boleh saya ingin Encik datang ke hospital untuk menguruskan jenazah ibu Encik."

Medina memandang wajah Dariel yang kaku seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

To be continued...

Sorry lambat sebab last minute dapat tahu ada meeting dengan fakulti so terpaksa lambatkan sikit waktu update. Apapun enjoy. In sha allah esok I update lagi okay ♥️

Mr. Duda Where stories live. Discover now