Syaura hanya tersenyum. Nampaknya Zaidi memang betul-betul jatuh cinta dengan Sara.

" Kau sendu? Tak kan sorang pun kau tak de? " dua pasang mata memandang Mira. Sekarang ini semua fokus pada Mira.

Mira hanya tersenyum sahaja. Dia? Nasib dia seorang yang sendu.

" Tak ada jodoh lagi. " Sayu sahaja suara Mira.

" Aku tengok korang berdua bahagia pun dah buat aku bahagia. " Mira pura-pura gembira. Siapalah nak dekat aku ni?

" Tak payah klise sangat! " Zaidi menjeling tajam. Syaura menepuk bahu Zaidi.

" Apalah kau ni! Kesian Mira. "

" Kau nak lelaki macam mana sendu? Meh aku carikan nak? " usik Zaidi. Mira hanya menjeling dia tajam.

" Lah cepatlah, aku tolong kau ni. " pujuk Zaidi.

" Kang aku dah kahwin dapat anak, tak mengindam ke mak long nak cucu kalau tengok mak ngah dah ada cucu? " Syaura tergelak.

" Betul ni kau nak carikan untuk aku? Kau macam tak tahu pulak, aku ni desperate punya orang. " Zaidi menjulingkan mata keatas.

" Aku tahu.."

" Aku nak bakal suami aku lelaki dan paling penting dia ganas. " Dah terbayang dimata Mira lelaki yang badannya seperti pahlawan, rambut yang panjang lembut beralun. Tangan yang sasa serta wajah yang garang bak Sultan Muhammad Fateh.

Syaura dan Zaidi berpandangan. Tinggi betul imaginasi Mira.

" Memang lelakilah Mira, tak akan kau nak kahwin dengan perempuan. " Mira tersengih. Mereka berdua hanya menggelengkan kepala.

" Eh tu bukan Tasha ke?! " Serentak kepala Syaura berpusing kebelakang. Terbuntang matanya melihat Tasha yang dikelilingi oleh lelaki. Dengan pakaian yang menjolok mata. Jalan terhuyung hayang. Dia dalam keadaan mabuk.

Zayne melihat jam tepat pukul 2 pagi. Bayangan Syaura masih lagi tidak muncul. Balik sahaja dari uruskan cafe, Syaura masih lagi tidak pulang. Sudah berpuluh kali panggilannya masuk pesanan suara.

Ting!

Dia membuka aplikasi whatsApp. Nombor yang dia tidak kenali. Apabila matanya tertancap pada ruangan chat, alangkah terkejutnya dia.

Syaura yang bermesra dengan Nadine. Sama-sama pergi beli barang dapur. Gambar itu memaparkan yang Nadine cuba membantu Syaura mencapai barang yang tinggi.

Terlihat pemilik telefon tu sedang online. Baru sahaja Zayne typingg..sekeping gambar lagi muncul.

Rahangnya diketap. Mukanya merah menahan marah. Gambar Nadine yang memaparkan Nadine mempamkt Syaura keluar dari kelab malam! Penumbuk digenggam.

Lokasi : Kelab malam Lav.

Ringkas sahaja!

Zayne bingkas bangun dan  dia capai kunci kereta dan melangkah keluar dari rumah.

Minyak ditekan. Keretanya yang menyusur dilebuh raya dengan laju. Sifat amarahnya tidak dapat lagi dikawal. Syaura menipu!

Syaura terduduk lemah. Sakit kepalanya apabila dihentak dengan kayu papan. Nasib baik shawlnya tebal. Mira dan Zaidi sudah pun membawa Tasha kehospital.

Kebetulan Nadine berada dikawasan itu sama-sama membantunya untuk selamatkan Tasha.

Akibat mereka bergelut dengan kawan-kawan Harriz, tudung Syaura sudah senget benget. Nasib baik sempat dia menarik Tasha. Kalau dia tidak menyelamatkan Tasha, sudah pasti Tasha jadi korban 10 orang lelaki.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin