“Betullah!” aku pun jawab. Tak nak mengalah la katakan. Padahal jantung tak tentu hala dah ni.
Kemudian, aku dengan bunyi tawa kecil datang darinya.
“Aku gurau je. Muka kau dah merah. Are you blushing?” Katanya bersama tawa yang tersisa.
Aku angkat tangan untuk pegang pipi. Panas! Sah, muka aku belot aku sekarang.
“Dah lewat, saya masuk tidur dulu. Awak pun rehat lah.” Lekas aku bangun dari dudukku.
“Baguslah tu. Pergi tidur puas-puas. Kau nampak penat. Mesti sebab kau jaga aku kan.” Kata Jisung lagi.
Aku tak membalas. Dan tak rasa nak balas pun kata-kata dia sebentar tadi.
“Good Night” ujar ku sebelum melangkah pergi.
“You too. Sweet dreams, little girl.” Balas Jisung.
✯
Samchon Park berdiri di tengah-tengah biliknya yang bersepah itu.
“Tak guna!” laungnya lagi.
Segala barang yang ada di atas tak ditolaknya. Marah! Dia baru saja dapat berita yang Jeffery telah ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup.
Pada mulanya dia akan ditahan beberapa tahun sahaja. Tetapi pihak polis dah dapat tahu tentang kerja kotornya dan segala aktiviti haram yang dilakukannya sebelum ini. Disebabkan itu, pihak mahkamah telah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa ikat jamin
“Kau tunggu,Park Ji-Sung! Memang aku bunuh juga kau nanti. Dengan perempuan tu sekali!” Kata Samchon Park lagi.
Dia senyum jahat. Terngiang-ngiang idea bernas nak kenakan Jisung lepas ni.
Sekarang tinggal dia sorang. Siapa pun tak boleh nak harap. Jeffery dah kena tangkap. Rubin pula belot dia. Tapi, dia tak marah. Memang dia tak nak gunakan Rubin dah. Baginya, Rubin tak reti buat kerja. Degil pula tu!
Dengan hati yang panas, dia melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Kau tolong kemas bilik aku. Kalau ada apa-apa yang hilang, siap kau!” Samchon Park menjatuhkan arahan kepada salah seorang anak buahnya.
“baik Tuan” dia hanya akur.
✯
Tepat jam 7 pagi, kedengaran bunyi jam loceng menjerit. Ingin kejutkan tuannya, Han Iseul. Nasib aku senang terjaga. Kalau tak, sia-sia saja jam ini bekerja keras untuk kejutkan aku.
Dengan malas aku panjangkan tangan untuk tutupnya. Kemudian, aku bangun dari baring dan duduk. Kedua-dua tangan diangkat untuk mengeliat. Terasa baru saja pejam mata tadi, dah kena bangun balik.
Aku capai tuala dan pakaian. Seterusnya aku menuju ke bilik air untuk bersihkan diri.
Lebih kurang 30 minit berlalu, aku keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Aku sebenarnya was-was nak salin pakaian dalam bilik, rasanya bilik air lebih selamat. Villa ni pula penuh lelaki. Walaupun aku tahu mereka tak kacau aku, tapi hanya nak berhati-hati.
DU LIEST GERADE
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomantikD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
Chapter 23
Beginne am Anfang
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)