AYU (BAB 3)

2.4K 105 4
                                    

'Ktok ktok ktok'

Terkebil-kebil Ayu dihadapan muka pintu bilik Encik Fattah. Dah hampir 5 minit dia berdiri di depan muka pintu tapi tiada tanda-tanda yang pintu bilik itu akan dibuka. Sepanjang dia bekerja dengan lelaki itu, biasanya Encik Fattah akan buka pintu selepas diketuk. Tidak pun lelaki itu sekadar memberi signal dari jam mereka. Nak melaung pun bilik itu kedap bunyi.

"Ah masuk je lah, mungkin Encik Fattah mandi ke tidur ke." Puas menunggu Ayu akhirnya nekad membuka daun pintu lantas menolak masuk troli makanan dan peralatan ubat-ubatan milik Encik Fattah.

Baju Fattah juga sudah dia siapkan tergantung tadi sebelum dia beredar ke dapur. Bunyi air shower buat dia hela nafas lega. Encik Fattah mandi rupanya, patutlah tak respon bila dia ketuk pintu.

Satu lagi tabiat majikannya, mungkin sejak dia sakit. Encik Fattah lebih selesa makan di bilik dan bilik kerjanya dari makan di meja makan.

Siap ada meja makan khas tersedia di bilik luas itu untuk lelaki itu makan. Dan tugas Ayulah untuk sediakan semua itu kecuali memasak. Semua orang dapur yang lakukan dia cuma perlu angkut dan bawa kepada majikannya seorang itu.

Sementara menunggu lelaki itu siap mandi, Ayu gunakan waktu untuk menyediakan sarapan Encik Fattah ke atas meja makan. Segala dilakukan penuh hemah, kerana lelaki itu agak cerewet bab kebersihan.

Pernah hari ketiga Ayu bekerja, Encik Fattah terpandang kotoran tanah di baju kemeja milik Ayu. Sudahnya lelaki itu mengarah Ayu untuk menukar pakaian. Mula dari hari itu dia sedar betapa cerewetnya lelaki itu mengenai kebersihan.

Bunyi pintu bilik air dibuka buat Ayu berpaling sebelum mata sucinya tersaji pemandangan luar dari kebiasaan. Encik Fattah tak pernah shirtless seperti itu dihadapannya! Buat pertama kali dia melihat lelaki itu sekadar bertuala dari pinggang ke paras lutut. Rambut juga masih basah buat Ayu teguk air liur menahan debaran.

Riak Fattah juga kelihatan agak tergamam melihat seorang gadis di dalam bilik menjamah mata memandang tubuhnya secara percuma begitu.

"Maaf Encik, tadi saya ketuk pintu tak ada respon, itu saya masuk. Saya dah siapkan breakfast." Tenang Ayu tenang. Dia majikan kau, kau pembantu peribadi dia dan ini pemandangan biasa. Biasa ke?

"Okay." Wajah Fattah berubah tenang kembali sebelum lelaki itu berjalan perlahan-lahan bertahan pada dinding untuk mengapai baju tergantung.

Disebabkan kaki yang masih basah dan lantai yang licin hampir lelaki itu tergelincir dan mujurlah Ayu pantas menerpa menahan tubuh Fattah dari hadapan.

Nafas dihela panjang. Kemas tangan Ayu memegang bahu kiri Fattah dan sebelah lagi tangan mendarat di dada bidang lelaki itu.

Seperti terkena renjatan elektrik, Fattah kejung memandang gadis dihadapannya tidak berkelip. Air liur lelaki ditelan.

"Oh sorry! Sorry!" Ayu perlahan- lahan melepaskan pegangan di tubuh Fattah sebelum menghulur tongkat buat lelaki itu.

Kepala yang tidak gatal digaru. Dia dah dikira mencabul ke? Tapi takkan dia nak duduk diam biarkan majikan dia rebah seperti nangka busuk depan dia. Dia buat perkara yang betul. Yes! Betul.

"Terima kasih." Sepatah respon Fattah buat Ayu sengih menayang barisan gigi.

"Encik Fattah jangan risau. Saya dah biasa. Jadi saya tak segan." Tak ditanya, rajin pula mulut itu nak keluarkan kenyataan.

"Dah biasa?" Fattah menyoal curiga.

"Yup saya selalu lepak dengan lelaki, selalunya dekat bengkel, tengok dia orang buat kerja. Jadi setakat shirtless macam ni. Saya dah biasa. Kawan-kawan saya biasa tak pakai baju pun masa buat kerja. Biasalah kampung." Panjang lebar Ayu beri keterangan. Fattah pula mengerut sedikit dahinya. Orang kampung biasa tak berbaju ke?

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now