Bab 1 ( Bahagian 1)

Começar do início
                                    

"Kenapa? Kenapa Ben nak Danny datang?"

"Kita orang bet, siapa dapat ajak you pergi malam ni, dapat something. Tapi bonus point kalau you ikut Nick, boleh tolong drive balik nanti."

"Tadi kata tak nak minum sampai mabuk!"

Nick baru tersedar dia terlepas cakap. "Yalah, kot-kot terlebih minum ke, kan Danny ada boleh tolong bawa kereta."

Ally julingkan matanya ke atas dengar alasan yang dicipta oleh si abang. "Kau orang bet apa kalau I pergi?"

"Apa-apa je yang kita orang nak. Siapa kalah kena beli kan."

Ally kehilangan kata. Tak guna betul dia orang berdua ni. Bertaruh guna nama dia. Tak ada kerja ke?

"Danny, jomlah, please?"

"Okey, I pergi tapi I nak my portion."

Mata Nick mula bersinar, teruja dengan keputusan yang tidak disangka-sangka daripada Ally. "Betul ni? Danny nak pergi?"

"Ya, tapi you pergi cakap sendiri dengan mama papa kita nak keluar, I tak nak terlibat."

Nick tersengih lebar apabila Ally bangkitkan isu ibu dan bapa mereka. "Mama dengan papa tak ada malam ni, jangan risau."

"Mana you tahu?"

"Tadi mama cakap, malam ni mama papa kena pergi wedding anak kawan church dia orang."

Ally angkat bahu. Baguslah kalau macam tu. Tak perlu nak bersoal jawab banyak. "Okey, jumpa malam nanti."

* * *

"YOU masuklah. I nak duduk dalam kereta je." Mukanya beku sebaik kereta yang dipandu oleh Nick memasuki perkarangan rumah agam milik keluarga Ben. Dia pandang sahaja kawasan halaman rumah mewah itu yang terbentang luas dan sudah dipenuhi dengan kereta yang bermacam jenama.

Dari luar, Ally sudah dengar muzik yang berdentum dentam. Ally tengok pula apa yang dipakainya, lagilah buatkan dia rasa naik angin.

"Lah, kenapa pula nak duduk dalam kereta? Kan kita dah sampai ni."

"You cakap tadi Ben buat garden party. Garden apanya macam ni?"

Nick pandang mana mata Ally menghala ke arah kolam renang yang sudah dihias dengan pelbagai jenis lampu dan dipenuhi oleh... pelbagai jenis manusia yang sudah tidak berbaju. Dia ukirkan senyum tawar.

"Erm, you silap dengar kot. I cakap party in garden, kan?"

Ally ketap bibirnya menahan geram. Mengertilah dia sekarang akan agenda si abang yang beria-ia hendak dia ikut pergi. Nick perangkap Ally untuk jadi pemandu dia pulang!

"You will pay for this, Nicholas." Usai berkata-kata, Ally tolak pintu kasar lalu dia turun dari kereta dan pintunya dia hempas sekuat hati hingga berdentum kuat membuatkan bahu Nick terangkat sedikit.

Tingkap keretanya Nick turunkan lalu dia menjerit kuat. "Just name it!" Nick tersenyum simpul melihat Ally yang langsung tidak berpaling.

Marah benar gayanya, tapi tak apa, nanti sejuklah tu. Sekarang, masa untuk Nick bergembira!

* * *

ALLY mengeluh berat saat dia berdiri di hadapan pintu utama vila milik keluarga Ben. Kenapalah dia mesti terlibat dengan parti liar ini?

Kan bagus kalau dia duduk diam-diam di rumah sambil tengok Netflix?

Datang sini bukan dapat apa pun. Ally kenal orang pun tidak. Dia cuma kenal Nick dan Ben. Lain? Entah. Walaupun Nick kata parti mereka pada malam itu akan dihadiri oleh kawan-kawan Ben yang terdiri daripada artis, model dan orang ternama, bukan Ally rajin nak beramah mesra pun.

"Masuklah." Satu tangan sudah menolak pintu itu hingga terbuka menyerlahkan isi di dalam rumah yang sudah bertukar seratus peratus daripada dekorasi asal.

Terlopong mulut Ally. Dia tengok Nick di sebelahnya sudah tersenyum lebar melihat suasana di dalam sana, seperti bangga. Berbeza sungguh dengan reaksi Ally. "Auntie dengan uncle tak marah ke kau orang tukar rumah jadi night club ni?"

"They won't be around until next week." Nick beritahu sambil kenyitkan matanya kepada Ally.

"Gila." Hanya itu yang keluar daripada dua ulas bibir Ally.

Nick paut lengan adiknya. Dia tarik Ally menuju ke celah-celah orang ramai yang sedang menari di ruang tamu yang sudah diubahsuai menjadi lantai tari.

"Tu, tengok tu." Nick muncungkan bibirnya, mahu tunjukkan seseorang kepada Ally.

Ally lihat apa yang Nick mahu dia lihat. Ada seorang perempuan berambut panjang sedang galak menari. "Siapa tu?" Matanya tak berapa nak jelas melihat disebabkan lampu yang berwarna-warni berkelip tanpa henti sejak tadi.

"Arila Samson."

"Entah, tak kenal." Ally tak berminat. Dia bukan kenal sangat dengan selebriti tempatan.

"Arila Samson! Danny tak kenal ke?"

"Siapa dia tu?"

"Yang berlakon cerita famous baru-baru nilah. Tapi dalam cerita tu dia pakai tudung. Anak Uncle Sam, kawan papa."

Apabila Nick beritahu, baru Ally pandang lama-lama. Oh, ya! Baru dia perasan. "Bukan dia orang sekeluarga baru balik umrah ke semalam?"

Nick sengih sambil angkat bahu. "Don't judge people, Danny. Tak baik."

Ally ketawa sambil pukul bahu abangnya. Nick menyindir! 

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Onde histórias criam vida. Descubra agora