"AISYAH.. " jerit Irish kuat. Aisyah tersengih. Tangannya di angkat lalu di lambai ke arah Irish. Serta merta Irish memeluk erat tubuh Aisyah. Mereka berlompat-lompat keriangan sambil beepusing dalam keadaan yang masih berpeluk. Gelak tawa mereka kedengaraan.

Setelah penat berpusing. Kedua mereka berhenti. Nafas tercungap-cungap sebelum Aisyah kembali memeluk Irish. Kali berpeluk seperti biasa saja.

"rindunya... " ujar Aisyah.

"bila kau balik?" tanya Irish memandang wajah Aisyah yang tersengih itu. Aisyah mengaru keningnya.

"tadi pagi.. " jawabnya perlahan tatkala melihat Irish sudah memandangnya tajam. Siap bercekak pinggang lagi. Ala-ala garang.

"sampai hati tak bagitau aku" rajuk Irish. Tangannya yang mecekak pinggang tadi di bawa memeluk tubuhnya. Mulutnya di muncung. Aisyah tersenyum kecil. Sempat dia memandang mamanya. Kadijah mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.

"alahh.. Sorryyyyy.. " pujuk Aisyah. Irish tetap dengan rajuknya.

"aku saja je lah nak buat suprise kat kau. Mana best kalau kau tau. Tak supriselah.." omelnya. Irish menjelung tajam sebelum mencubit lengan Aisyah bertubi-tubi. Mengekek tertawa Aisyah bercampur kesakitan.

"isshh.. Suka sangat buat orang macam ni" rungut Irish. Aisyah pula masih gelak tawanya.

"yalah.. Sorry.. "sekali lagi dia meminta maaf.

"ada belikan aku hadiah tak? Baru aku maafkan kau" ujarnya. Aisyah mengangguk.

"uisshh.. Mestilah ada" balas Aisyah bangga.

"okeylah aku maafkan" kata Irish. Tubuh Aisyah di peluk sekali lagi. Namun pelukannya tidak lama saat mendengar deheman seseorang.

"amboi.. Dia rindu rish je kan. Ibu dia tak rindu" rajuk Datin intan. Aisyah tersenyum kecil sebelum medekati Datin Intan. Terus saja tubuh itu di dakap erat.

"aisyah rindulah.. Rindu sangaattt kat ibu" bisiknya. Suaranya mula bergetar. Datin Intan tersenyum sebelum turut membalas pelukan Aisyah.

"sihat?" tanya Datin intan.

"sihat.. " Aisyah mengangguk.

"dah besar dah Aisyah sekarang. Makin cantik" puji Datin intan sambil menysap lembut pipi Aisyah.

"tak nak salam ayah ke?" sampuk Luth Zaruddin. Aisyah mengerling memandang Luth Zaruddin.

"ayah.. " lembut dia memanggil. Pantas saja dia menyalam tangan tua itu.

"ayah makin hansome" puji Aisyah. Kelapanya mendongak memandang wajah Luth Zaruddin.

"ni nak membodek ke ni" usik Luth Zaruddin sambil mengusap kepala Aisyah.

"hihihi.. Lebih kuranglah" Aisyah tertawa kecil menayangkan gigi putihnya.

"dah.. Jom kita makan pula. Lepas ni kita berbuallah panjang-panjang" ajak Daut yang sedari tadi menjadi permerhati. Serentak mereka mengangguk.

"jom.. " Aisyah memaut lengan Datin Intan. Irish pula memaut lengan Datin Intan yang lagi sebelah. Mengeleng kepala Datin Intan. Kedua gadis ini memang manja.











🌹🌹🌹🌹🌹









Di meja makan semua riuh bercerita. Macam-macam yang mereka bualkan.

"ibu ayah kita tidur sini nak?" tanya Irish. Mata di kedip-kedipkan. Sengaja di buat comel. Datin Intan yang menyuap nasi itu terhenti begitu juga Luth Zaruddin.

"isshh.. Rish ni. Memang tak tau malukan" marah Luth Zaruddin seraya mengeleng kepala. Irish mencebik.

"tak boleh ke mama?" dia memandang pula kadijah dengan wajah tak malu itu. Datin intan sudah mengetap bibir.

"apa pula tak boleh? Mestilah boleh. Tu pun kalau kadijah dengan rudin nak lah. Maklumlah rumah kami ni taklah sebesar mana" ujar kadijah perlahan.

"ishh.. Apa pula cakap macam tu.. " rungut Datin intan.

"yeah.. Bolehlah ya ibu ayah. Rish nak sembang dengan Aisyah.. " pujuknya.

"tak apa ke?" Datin intan tersengih. Segan pula bila Irish merengek begitu.

"tak apalah. Nak tinggal terus pun tak apa" ujar Daut. Serta merta Irish dan Aisyah menjerit gembira.

"yeahh..... Terim kasih papa, mama, ibu, ayah.. " habis semua yang berada di situ di sebutnya. Terlampau gembira punya fasal.

"dah.. Habiskan dulu nasi tu.. " arah Daut. Laju saja Aisyah dan Irish menyuap. Banyak benda lagi yang ingin mereka bualkan lepas ni.

"nampaknya memang tak tidurlah budak dua orang ni" ujar Luth Zaruddin.

"betul tu.. Kalau dah jumpa memang tak ingat dunia" sokong Datin Intan pula. Aisyah dan Irish berpandang sebelum kembali meneruskan makan.

"mana adalah ibu ni" rungut Irish.

"yelah tu. Macam ibu tak tahu. Kalau bercall pun dah sampai 3 jam sembang ni pula jumpa depan-depan.. Memang sampai ke subuhlah jawab nya" sindir Datin intan. Aisyah dan Irish kalau dah jumpa..memang mulut tak boleh beehenti. Ada je nak cerita.

Yang lain tertawa. Aisyah dan Irish pula berpura-pura tidak mendengar.















Tak taulah apa yg merasuk Author ni tetiba je rajin nak buat satu bab lagi 😅

Enjoy..😊


My PrincessWhere stories live. Discover now