AYU (BAB 2)

2.9K 126 17
                                    

Sebaik menghempas pintu kereta, jatuh rahang Ayu melihat banglo mewah luas berdiri megah dihadapannya. Ini anak raja ke yang tinggal? Bulat mata mendongak memandang ketinggian rumah dan sesekali dia melilau memandang sekeliling. Apa nak pelik, abang dia bekerja sebagai pembantu peribadi pemilik syarikat elektronik kat Malaysia. Setakat rumah besar macam ni, mungkin dia orang ada lebih besar.

Angin menyapa membawa bau nyaman, bau yang sangat kena dengan citarasanya. Bau perfume lelaki! Mata Ayu melilau memandang sekeliling, rumah punya besar tak ada seorang pun pembantu kelihatan. Tadi dia melepasi pengawal pun mereka tak banyak tanya. Tak takut ke kalau dia penculik ke? Pencuri ke?

Dah sah-sah dia sesat nak jumpa jalan keluar kalau mencuri rumah besar macam ni. Sia-sia.

Sekali lagi bau dibawa angin datang menyapa buat Ayu menarik nafas dalam menghidu bau itu. Mesti ada orang berdekatan yang pakai perfume ni. Terima kasihlah pakai perfume sebotol punya kuat macam ni. Alang- alang dia boleh tanya macam mana nak melapor diri sebagai pembantu Encik Fattah tu.

Kaki melencong ke kiri membawa dia ke laman luas yang tersusun cantik bunga-bunga hiasan seperti hiasan di taman istana. Pokok-pokok bunga tinggi, setinggi tubuhnya buat matanya terbatas untuk dia menatap apa yang berada dihadapan. Kalau dia main sembunyi dalam tu sampai kesudah orang tak jumpa, almaklumlah tuan badan pun pendek orangnya.

Tak sampai lima langkah, kakinya spontan berhenti melangkah melihat seorang di balik pokok hiasan sedang duduk sendirian di atas kerusi roda sambil tekun meneliti dokumen ditangan. Wajah lelaki itu kelihatan serius. Dengan pakaian t-shirt hitam pekat dan seluar tiga suku. Ada balutan di kaki kiri lelaki itu.

Dari penglihatan dia, dia dapat simpulkan lelaki itu mesti Encik Fattah. Siapa lagi yang nak berala-ala big boss dalam rumah ni. Abang Emir ada cakap Encik Fattah patah kaki, tak boleh berjalan. Jadi inilah orangnya!

Ayu sudah garu kepala. Lelaki itu terlalu kusyuk dengan kerjanya sampai kehadiran dia disitu tidak disedari. Perlu ke dia sapa dulu? Tapi dia takut mengganggu konsentrasi lelaki itu. Ini majikan abangnya, silap hari bulan
sekali dengan abang dia yang terpalit.

Tapi kalau dibiar sampai bila dia nak tercancang kat situ sambil melihat lelaki itu kusyuk dengan kerja- kerjanya? Kaki dia dah naik lenguh.

"Kau siapa?" Terhinjut bahu Ayu disapa
mengejut lelaki itu. Matanya membulat melihat lelaki itu masih kusyuk dengan dokumennya tanpa berpaling sesaatpun memandang ke arah Ayu.

Jadi lelaki itu tahu dia tercegat kat situ dari tadi? Perghh kena sidai.

Ayu teguk air liur sebelum dia melangkah berdiri dihadapan Encik Fattah. Senyuman manis dihulur walau dia tahu lelaki itu tidak berminat untuk memandang wajah tak berapa ayu miliknya.

"Saya Ayu, adik Emir. Abang saya ada maklumkan yang saya diterima kerja sebagai pembantu rumah untuk Encik Fattah. Jadi hari ni saya nak lapor diri." Penuh lancar Ayu membalas tanpa sedikit gugup pun.

Keadaan diam tiada balasan diterima daripada lelaki itu. Ayu tarik nafas panjang. Kalau tak berminat janganlah tanya! Baik dia jadi tunggul tidak dipedulikan daripada dipalau macam ni. Ergh!

Pak! Dokumen dikatup dan serentak itu Fattah mendongak memandang gadis dihadapannya. Tiada riak.

"Okay. Happy working." Ringkas balasan lelaki itu setelah 3 minit! 3 minit dia biarkan orang terkebil-kebil sendiri disitu!

"Err saya nak lapor diri pada siapa?" Ayu pandang Fattah diam memandangnya.

"Bawa aku ke bilik dulu."

"Oh okay." Laju Ayu bergerak membantu menolak kerusi roda milik Encik Fattah masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah tak sesat! Dan lebih bernasib baik rumah itu ada lif! Dia tak dapat bayangkan kalau dia terpaksa memapah tubuh Encik Fattah ke bilik setiap hari.

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now