AYU (BAB 1)

9.7K 325 30
                                    

Deruan angin buat daunan kering luruh jatuh diatas rambut si gadis. Tangan diangkat kasar menepuk- nepuk rambut diikat satu hingga daun kering itu jatuh menyembah tanah. Sebelah lagi tangan sibuk mengibas- ngibas unggun api dihidupkan tadi dan seekor ikan Talapia selamat dipanggang diatasnya.

Tak cukup mengibas gadis itu sedikit tunduk dengan pipi mengembung mengempang udara meniup bara api itu.

"Uhuk-uhuk!" Terbatuk dia dibuatnya apabila asap tertembus masuk ke dalam rongga hidung dan mulut. Mata sudah berair, hidung juga sudah melekit selesema.

Kalau tidak difikir kesayangannya mahu pulang memang tak ada lah dia betapa membakar ikan dibelakang rumahnya itu.

Tak lama dia bertapa dan mengomel sendiri, bunyi deruan enjin di laman rumah buat si gadis laju menoleh. Matanya membesar. Ikan dibakar di atas pemanggang tadi diangkat lalu diletak di atas pinggan. Laju dia berdiri lantas berlari anak ke laman rumah.

"Abang!" Teruja si gadis memanggil jejaka yang baru keluar dari perut kereta Myvi. Senyuman lebar terukir dibibir.

"Ayu! Apa kau buat ni sampai comot habis muka tu." Emir mengerut dahi memandang calitan-calitan hitam arang melekat di wajah cerah semulajadi adiknya.

"Oh, tak ada apalah! Aku bakar ikan kau lah ni abang! Kau yang suka sangat makan ikan bakar kan." Ayu sapu wajah berharap kesan kotoran arang menghilang tapi makin hitam wajahnya
buat Emir melepas tawa melihatnya.

"Mari sini aku tolong!" Emir tarik bahu adiknya lantas menyapu-nyapu kesan arang di pipi dan dahi gadis itu.

"Kau dah siap masak ke? Aku lapar ni." Emir sengih. Tiada yang lebih sedap dari masakan adiknya yang seorang itu. Dari awal perjalanan sampai ke rumah mata sudah terbayangkan lauk-lauk sedap dimasak adiknya.

Ayu juih bibir dan..

Pak!!

"Aduh!! Kau dah kenapa sepak kaki aku?" soal Emir kasar sambil menunduk sedikit menggosok batang betis terasa perit ditendang adiknya. Nama je Ayu tapi kasar macam lelaki!

"Kau balik sini memang nak makan
je ke abang? Mana hadiah aku? Kuih- kuih tak ada ke?" soal Ayu kasar, geram juga melihat abangnya bertangan kosong sedangkan dia serupa askar baru balik perang.

"Adalah dalam kereta tu. Ish kau ni tak menyabar langsung." Emir bergerak membuka bonet kereta sebelum dia keluar menjinjit beberapa beg kertas.

Ayu sengih menunjuk barisan gigi tersusun cantik. "Macam ni lah abang aku! Jom kita masuk makan." Selamba dia paut batang leher abangnya buat Emir sedikit membongkok menyamai ketinggian adiknya.

"Haih.. Kalau perangai kau ada sedikit perempuan mesti cantik kan."
"Diam lah! Kau nak aku bakar kau atas unggun api tu ke apa?" Kasar balasan Ayu buat Emir terdiam menutup mulut. Ugutan adiknya bukan boleh dibuat main. Ayu gengster kampung kot! Jangan dikata perempuan, lelaki pun takut dia.
Sebab itulah mulut tak makan saman adiknya itu boleh buat orang kampung tak berani nak membawang lebih. Iyalah, nama je Ayu tapi perangai tak ayu mana pun. Rambut tak bertudung, pakaian serupa lelaki. Perangai pula. Haih.. Pak Imam tengok geleng kepala, Ustazah tengok mengucap panjang.

Begitulah andaian boleh dibuat menggambarkan perangai adiknya. Nak dikata tomboy, tidak juga. Cuma adiknya sedikit kasar.

Membesar dengan seorang ayah dan seorang abang buat jiwa gadis itu sedikit kelakian. Ibu meninggal kerana barah hati semasa Ayu masih berusia 1 tahun. Ayah pula meninggal semasa Ayu sedang menduduki peperiksaan SPM.

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now