KNOK KNOK KNOK KNOK KNOK
"Assalamuaikum!"
Puan Zahra bingkas bangun dari duduknya setelah terdengar bunyi ketukan pintu yang disusuli suara seseorang memberi salam. Dia pasti itu suara anak sulungnya kerana dia amat mengenali suara lunak itu.
Pintu segera dibuka selepas tangannya mencapai tombol pintu. Salam dijawab penuh tertib.
"Siapa di sebelah kamu itu, Ira?" Puan Zahra menyoal sebaik sahaja matanya bertembung dengan figura seorang jejaka yang terpacak berdiri di sebelah anaknya itu.
"Panjang ceritanya, ma. Boleh kami masuk dulu?" Izra meminta kebenaran.
Terus terangkat kening Puan Zahra. Tak pernah anaknya ini menjadi se-sopan seperti ini. "Masuklah. Papa ada kat ruang tamu."
Izra terus menapak ke dalam disusuli Rayyan. Namun jejaka itu menghentikan langkah sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Puan Zahra. "Saya Rayyan, auntie. Saya kawan Izra." Rayyan perkenalkan dirinya.
"Oh, Rayyan nama kamu. Jemputlah masuk, Rayyan." Puan Zahra mempelawa Rayyan dan melangkah beriringan bersamanya. Dia agak terkejut dengan tindakan anaknya itu. Boleh pula dia tinggalkan rakannya sendiri.
"Anak papa dah balik!" Encik Huzairi jerit keriangan setelah melihat kemunculan anaknya itu.
"Papa! I miss you!" Izra terus dakap tubuh papanya.
"Tak usah merasa pelik dengan perangai kebudakannya itu, Rayyan." Puan Zahra bersuara kepada Rayyan yang juga turut melihat adegan itu. "Jemput duduk, Rayyan."
Izra lepaskan pelukan setelah mendengar nama Rayyan disebut. Dia terlupa akan kehadiran jejaka itu. "Amboi, senang-senang aje dia peluk suami mama." Puan Zahra menegur sambil berpeluk tubuh.
"Suami mama, papa kita." Izra tersenyum sumbing lalu mengambil tempat di sebelah mamanya. Dia peluk pula lengan mamanya itu.
"Apa angin anak papa datang ke sini? Kebiasaannya hari begini kamu mesti sibuk dengan kerja.. ini kamu bawa kawan kamu pula, ya." Encik Huzairi ukir senyuman buat Rayyan yang sudah mengambil tempat itu.
Rayyan berganjak dari duduknya. Dia pergi ke arah Encik Huzairi dan menyalami kekura tua itu. "Saya Rayyan, uncle. Saya kawan Izra,"beritahunya selepas itu.
Encik Huzairi menepuk lembut belakang tubuh Rayyan. "Jemput duduk, Rayyan."
Rayyan angguk saja dan mengambil tempatnya semula.
"Papa.. mama," Izra panggil kedua orang tuanya dan kesemua pasangan mata tertumpu ke arahnya. Senyuman gadis itu tiba-tiba memudar.
"Ira ada benda nak bincang." Izra lihat raut wajah mereka seakan ternanti-nanti. Dia lepaskan keluhan kecil. Mama pasti kecewa. "Ira mahu putuskan pertunangan Ira dengan Farish."
"Kenapa tiba-tiba ni, sayang? Lagi beberapa bulan kamu akan disatukan."
Tangan Izra mencapai beg tangannya lalu mengambil alat rakaman suara dan sekeping sampul berwarna coklat. "Sebab.." Dia mula bercerita tentang apa yang terjadi dan kemudian alat rakaman itu dimainkan.
YOU ARE READING
MEMORIES
Romance[IN EDITING] Kenangan Itu Akan Kekal Selamanya Dalam Ingatan. -TENGAH KARANG BLURB BARU- ••• PUBLISHED : 14 AUGUST 2021 ENDED : 3 MARCH 2023