Cold-Hearted Mafia Kim
Jiyeon melambaikan tangan pada Taehyung dengan senyuman. "Hyung janganlah macam ni !"
"Mafia mana boleh mengada- ngada ! HAHAHAH" Pintu bilik lelaki itu di tutup.
"Eee dengki ! Dengki ! Dengki ! Taknak kawan Hoseok hyung !" Jejaka 20- an itu menghentakkan kakinya persis kanak- kanak yang tidak dapat gula- gula daripada ibu bapanya.
"Taknak kawan sudah, jangan kahwin dengan adik aku. Biar aku bagi Jimin atau Jungkook kahwin dengan dia." Balas Hoeok dari luar bilik.
Masam muka Taehyung di buatnya. Seronok menyakat lelaki muda itu. Perangai tak langsung seperti 26 tahun.
"Oppa." Hoseok berdehem sebagai jawapan.
"Oppa tak marah Ji ke ? I mean, Taehyung tu kan kawan oppa. Oppa okay ke kalau kawan oppa jadi adik ipar." Lelaki itu meletakkan dulang di atas meja makan sambil melabuhkan punggung pada kerusi.
"Asalkan dia seseorang yang aku percaya, yang bertanggungjawab, boleh bimbing adik aku sorang ni, mampu bahagiakan kau, yang paling penting lelaki tu mesti sayangkan kau sebagai seorang isteri dan mampu hormat keputusaan kau sebagai seorang perempuan tu kira okay bagi aku. Kawan ?
Lagi seronok rasanya sebab dia memang aku dah kenal lama, dari sekolah tinggi lagi. Aku taknak kau sakit, aku taknak satu- satunya Jiyeon kesayangan aku ni sedih. Sebulan lebih kau kat sini, aku boleh Nampak perangai kau dengan setiap kawan aku.
Dengan mama Jin lain, dengan papa Namjoon lain, bila dengan kucing tu lain, dengan anak itik tu lain, dengan alien gatal tu lain, dengan renab tu pun lain. Dengan aku sudah tentulah lain sebab aku abang kau."
Jiyeon melabuhkan punggung bersebelahan abangnya. Mata gadis itu tak lepas dari merenung wajah bersih si abang. Dia nampak kasih sayang dalam mata lelaki itu.
Pinggan dan gelas yang masih berisi di dalam dulang Jiyeon keluarkan dan mula menjamu selera sarapannya.
Mendengar kata- kata dari Hoseok si abang, membuatkan dia berasa sebak. Dia saja adik beradik yang lelaki itu ada.
Selepas berkahwin nanti kemungkinan dia sudah tidak dapat bermanja- manja dengan abangnya seperti masa sekarang. Lebih lagi Taehyung merupakan rakan kepada Hoseok.
"Mesti lepas kahwin nanti Ji dah tak dapat manja dengan oppa macam ni kan ? Dah tak boleh suka hati kiss oppa." Hoseok memberikan senyuman nipis.
Kepala si adik diusap dengan kasih sayang. "Baby listen to me, kau nak manja ke mengadu ke mengendeng dengan aku pun aku tak kisah.
Status kau bertukar menjadi isteri kepadan seketul alien yang tengah spam kat phone aku suruh bagi dia keluar dengan kau tu pun kau masih lagi seorang adik kepada Jung Hoseok.
Kalau dia tak bagi, kau mengadu je pada aku. Tahulah aku nak hantar dia balik kat angkasa biar jumpa balik kawan alien dia tu."
Pipi Jiyeon dicium sekilas sebelum Hoseok on- kan semula Iphone 12 miliknya. "Budak ni, kau tunggu aku sampai bilik kau. Macam tak ada kerja, hang telefon aku KIM TAEHYUNG !" Bergegas Hoseok naik ke bilik Taehyung.
"Kim Taehyung , kau pergi balik ! Tempat asal kau bukan kat bumi !"
"Hyung bagilah Tae keluar date dengan Jiyeon dulu !"
"Nyah kau sana syaitan berkepala Toshiba !"
"Ala Jung Hoseok-ssi !"
"Namjessus tolong ! Syaitan ni menggila !"
"Holy water please ! Aku nak simbah budak alien ni !"
"Namjoon hyung tolong Tae ! Hoseok kuda kejar Tae dengan pistol air AAAA takut !"
Tergelak Jiyeon di bawah mendengar jeritan mereka di tingkat atas. 'Aku tinggal kat dalam rumah mafia ke taska ?' Desis hati Jiyeon.
vote and comments ✓
YOU ARE READING
[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK
Fanfiction'Aku tak jahat, aku cuma kejam dengan orang jahat.' -KTH ° 'Saya suka mata awak, nampak macam mata tiger. RAWR !' -JJN copyright ©'miraemint [2021]
![[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK](https://img.wattpad.com/cover/277581615-64-k683048.jpg)