Cold-Hearted Mafia Kim
"Dia dah setuju, happy lah. Kenapa kau tercegat lagi ? Sarung cincin tu cepat, aku nak tengok."
Hoseok pov
Aku bersandar di sebalik dinding bilik Taehyung adakala aku mengintai perbuatan mereka di dalam, aku dengar sahaja semua perbualan mereka dari sini. Bibir aku ternaik di sebabkan apa yang dikatakan oleh Taehyung sungguh membuatkan aku berasa gembira.
Sungguh tak pernah aku sangka, orang yang selama ni stalk adik aku rupanya dia. Aku kenal pula tu.
Aku bangga kerana sekarang dia sudah berani tampilkan diri terlebih dahulu untuk berterus terang tentang apa yang dipendam selama ini.
Taehyung yang aku kenal selama ini merupakan seorang yang sering memendamkan perasaan walaupun sedang berasa sedih mahupun gembira.
Dia tak suka untuk meluah apa yang dia rasa. Bukannya tak suka tapi tak berani. Lebih lagi bab perasaan kepada seseorang, sensitive.
Kalaulah dari awal lagi aku tahu stalker kepada adik aku tu Taehyung, agaknya sekarang aku sudah ada beberapa orang anak buah.
Aku bersyukur sangat bila mendengar ayat 'saya setuju' dari Jiyeon. Taehyung lelaki yang bertanggungjawab dan lelaki yang baik, jadi aku tak ragu- ragu untuk lepaskan dia bersama dengan Taehyung.
Aku lihat reaksi Taehyung dari luar bilik, tercuit hati aku dengan reaksi dia. Comel budak ni.
Aku peluk tubuh masuk ke dalam bilik dengan sengaja. "Dia dah setuju, happy- lah. Kenapa kau tercegat lagi ? Sarung cincin tu cepat, aku nak tengok."
EndHoseok pov
Terkebil- kebil Taehyung melihat Hoseok, abang kepada Jung Jiyeon masuk ke dalam bilik sambil memeluk tubuh. Tiada sebarang senyuman di wajah, itu membuatkan Taehyung berasa kekok.
"E- eh hyung, sejak bila ada kat situ ?" Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sejak kau letak dulang tu atas meja lampu. Dah cepatlah sarung cincin, adik aku dah lama tunggu tu." Hoseok mendekati pasangan tersebut.
"Ja- jadi hyung dengarlah semua yang Tae cakap tadi ?" Hoseok mengetuk kepala lelaki itu.
"Iya alien, dah cepatlah sarung sebelum aku ubah fikiran untuk tak restu kau dengan kesayangan kecil aku ni." Bahu Jiyeon dipeluk.
"Ya, ya aku sarung." Taehyung menyarung cincin pada jari manis gadis itu. Hoseok tersenyum lalu mencium ubun- ubun rambut adiknya.
"Tahniah sayang. Lepas ni tak boleh buat perangai budak- budak lagi. Kalau alien ni buat jahat pada kau, buli kau ke en, kau report je aku. Tahulah aku nak patahkan tulang dia yang mana satu."
Berderau darah Taehyung mendengar ayat terakhir dari Hoseok. "E- eh hyung janganlah macam tu. Tak kesian kat Tae ke? Adik manja paling baik paling comel, paling rajin, paling banyak kasih sayang ni?"
"Tak, aku lagi kesian kat adik aku yang bakal dapat suami alien macam kau." Jiyeon tertawa meliat gelagat dua lelaki di sampingnya sekarang.
"Hyung, nk kiss Jiyeon boleh-
Tak boleh ! Selagi kau dengan Jiyeon belum sebut 'I do' depan paderi perkahwinan, selagi tu jangan bibir kau nak gatal bersentuhan dengan adik aku. Aku, mommy dengan daddy je boleh."
Muncung bibir Taehyung mendengar. "Ala tapi malam tadi Tae dah kiss dia dua kali. Eleh, peak je bolehkan- Auch! Apa hyung ni !" Taehyung menggosok kepalanya.
"Tu makan dia. Siapa izinkan bibir alien kau tu sentuh dengan bibir comel adik aku ? Gatal sangat, dua bulan sebelum kahwin kau jangan jumpa dengan Jiyeon. Kalau jumpa agaknya alien kau tu rasuk kau buat benda bukan- bukan pada adik aku."
Hoseok mengambil dulang di meja lampu dengan sebelah tangan. Sebelah lagi dia masih memeluk bahu Jiyeon membawa gadis itu keluar dari bilik.
"Bye awak !"
Taehyung membalas dengan melambai pada gadis itu, walaupun dia tak nampak.
vote and comments ✓
YOU ARE READING
[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK
Fanfiction'Aku tak jahat, aku cuma kejam dengan orang jahat.' -KTH ° 'Saya suka mata awak, nampak macam mata tiger. RAWR !' -JJN copyright ©'miraemint [2021]
![[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK](https://img.wattpad.com/cover/277581615-64-k683048.jpg)