SEVEN : Sehun

77 23 8
                                        

Cold-Hearted Mafia Kim

A month after

Jiyeon dan Taehyung menjadi semakin rapat sejak malam berikut. Mereka sering keluar berdua- duaan. Jiyeon sering mengoyakkan senyumannya bila melayan terlatah Taehyung yang gila- gila dan juga comel. Namun bukan untuk hari ini.

Taehyung ada kerja penting bersama abang dan rakan abangnya. Bukan dia tak tahu bahawa mereka semua merupakan mafia, jadi Jiyeon tidak perlu bertanya lagi kerja apa yang mereka buat.

Walaupun begitu, gadis 25 tahun itu tetap risaukan abangnya. Mafia, bukanlah satu kerja yang mudah.

Tanggungjawab mereka juga besar dalam suatu rancangan yang mereka telah rancang. Keselamatan berada di atas pagar, sama ada bernasib baik ataupun tidak.

Selepas menghantar pemergian mereka yang menaiki beberapa buah kereta melalui pandangan mata, gadis itu masuk ke dalam mansion dan mengunci pintu.

Dia duduk di ruang tamu sambil matanya tak lepas dari kaca tv yang sedang memaparkan drama penthouse season 3.

Makanan ringan yang berada di atas meja salah satunya di capai oleh Jiyeon. Sosej itu di buka plastiknya sebelum selamat masuk ke dalam mulut gadis itu.

Makin stress dia melihat lakonan dalam drama tersebut, makin banyak makanan disumbat ke dalam mulut.

Habis satu jenis makanan, makanan lain di ambil. Tak berhenti mulut gadis ini mengunyah dan menyatakan kata yang agak kesat.

Apabila tiba di babak yang boleh dikatakan comel ataupun sweet ? Jiyeon menekup separuh mukanya dengan menggunakan bantal. Kakinya menghentak sofa teruja. Orang kata menggedik sorang- sorang.

Setelah dramanya sudah habis di tayangkan di kaca tv, remote tv Jiyeon ambil untuk off kan tv tersebut. Suis tv juga dia tutup.

Tangannya mula bekerja mengemas semua pelastik makanan ringan serta minuman dan buang ke dalam tong sampah dapur. Kakinya mula melangkah naik ke bilik.

Sedang leka gadis ini bermain dengan telefonnya, secara tiba- tiba dia ada terdengar bunyi kaca tingkap yang pecah di tingkat bawah.

Bila Jiyeon keluar untuk periksa apa yang terjadi, badannya terkaku di hadapan pintu bilik.

"Hey princess. Miss me?"

Mata gadis ini tak lepas dari melihat susuk tubuh dihadapannya.

"Hey, kau dah lupa aku ke ? Mustahil, sebab kau yang tergilakan aku dulukan?" Lelaki itu melepaskan tawa kecil.

"Kau buat apa kat sini Sehun?"

Bahagian hoodie hitam dikepala lelaki itu tolak ke belakang menampakkan rambut tebalnya. "Aku nak kau. Kau hak aku, mana boleh orang lain yang dapat kecuali aku."

"Kau yang buang aku!"

"Kau yang tergilakan aku, perempuan bodoh!" Rambut panjang gadis itu di tarik kuat sebelum dihempas pada dinding. Meja dimana pasu kaca diletakkan, kini jatuh. Kaca pasu yang sudah pecah bertaburan di atas lantai.

"Sakit bodoh !"

"Hati aku lagi sakit, pelacur !"

Tangan lelaki itu naik memukul di belakang kepala Jiyeon. Satu pukulan di belakang kepala sudah mencukupi untuk membuatkan gadis itu tidak menyedarkan diri.

"Hidup menyusahkan orang."

vote and comments

[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMKWhere stories live. Discover now