“Jeritlah. Tapi sebelum kau menjerit, aku rasa aku akan terlebih dahulu buat kau diam.” Kali ini Mieka pula diugut.
Terus dia diam. Tak pasti apa yang pakcik itu nak lakukan kepadanya. Tapi Mieka masih meronta-ronta untuk menarik semula tangannya.
Belum sempat tangan Jeffery yang satu lagi mendarat pada leher Mieka, ada tangan lain yang terlebih dahulu menepisnya.
Kedua-dua mereka menoleh. Melihat kepada tuan punya tangan itu. Dia tersenyum manis seperti tidak tahu apa-apa.
“Kau ni siapa? Jangan nak jadi hero kat sini eh. Baik kau pergi.” Larang Jeffery kepada lelaki tersebut.
“Hmm… Macam mana kalau aku cakap, aku memang hero dia. So, she’s my heroin. And, seorang hero perlu selamatkan heroinnya yang dalam bahaya.” Cekap dia membalas kata-kata Jeffery.
Mieka hanya mendengar. Pandangan juga tak lepas dari lelaki asing itu. Tiba-tiba muncul, cakap benda pelik. Agaknya dalam perjalanan tadi dia ada terlanggar tiang rasanya.
Pergelangan tangan Mieka dilepaskan. Kini Jeffery menolehkan badannya terhadap lelaki muda itu. Ingin melihat, siapa berani mencabar dia.
“Kau jangan nak cari pasal eh. Kau tak kenal kan aku siapa dan apa aku boleh buat kat kau?”
Lelaki itu hanya diam bersama senyuman sinis dimuka. Dia tidak membalas apa-apa kata.
Ninonino🚓
Mata Jeffery sudah terbeliak besar. Dia pandang sekeliling. Terkejut. Namun, cepat-cepat dia ubah riak mukanya. Mana datangnya bunyi itu?
“Ouh, kawan-kawan aku dah sampai. Kau nak ikut mereka pergi balai or nak pergi dari sini sekarang?” Tuturnya lagi. Jeffery yang mendengar sememangnya tak puas hati. Namun dia tiada pilihan selain pergi dari situ.
Dia pandang Mieka sekilas. Ingin memberi amaran melalui mata helangnya.. Kemudian dia pergi dari situ.
Mieka melepaskan nafas berat. Lega. Haduh, tak pasal-pasal kena hadap appa Iseul. Tak kesah. Yang dia tahu, Iseul memang selamat sekarang. Selagi dia dengan Jisung, selagi itu Jeffery takkan jumpa dia.
Tiba-tiba matanya teralih kepada lelaki di depan mata. Dia sedang memegang telefon. Rasanya memang dia tak kenal.
Namun, hampir Mieka lepaskan tawa sebaik sahaja tahu yang bunyi siren polis itu adalah dari telefon lelaki itu. Dia ingatkan ada polis betul yang lalu tadi.
“Ehem.” Mieka berdehem kecil. Inginkan perhatian.
Si dia menoleh
“Thanks.” Kata Mieka sepatah.
“Welcome, my heroin.” Jawabnya bersama senyuman.
Mieka juling mata keatas. Macam-macam karenah lah lelaki ni.
“So, my hero. Can I know your name? And what’s are you doing here?” Soal Mieka.
“Of course! You’re my heroin, you should know your hero’s name.”
“Awak ni kenapa?” Tutur Mieka. Marah jadinya. Orang tanya elok-elok tu jawab la. Ini tak!
“My name is Taeyong, aku kawan Yuta.” Jawabnya.
Apa yang paling menarik perhatiannya adalah ‘kawan Yuta’. Maksudnya lelaki itu kawan kepada abangnya. Tapi mana abangnya sekarang?
“Ouh…kalau macam tu saya masuk dululah. Terima kasih pasal tadi.”
“Mieka, tunggu…”
Mieka yang ingin mengatup pintu itu terus terbantut. Daun pintu dibuka kembali.
“Awak tahu nama saya?”
“Yuta yang bagitahu.” Jawabnya. Yuta lagi.
“Siaplah kau Yuta. Memang aku soal siasat kau sampai habis!” Telah Mieka di dalam hati.
“Ouh… Awak panggil saya kan, nak cakap apa tadi?” Mieka menyoal. Tak nak berlengah. Dia nak masuk dalam. Ada banyak lagi kerja yang boleh dibuat dari berbual dengan manusia-manusia kat luar ni.
“Just, take care. Have a nice day.” Taeyong melambai sebelum perlahan-lahan melangkah pergi secara mengundur.
Mieka kerutkan dahi. Sah lelaki itu ada terlanggar tiang tadi. Apa-apapun dia kena tanya Yuta pasal ni.
✯
-nc-
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
Chapter 20
Start from the beginning
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)