ONE : Chocolate Vanilla

140 36 6
                                        

Cold-Hearted Mafia Kim

"Sebelum tu, kau ikut aku. Lalukan air sejuk dulu kat tangan kau tu, nanti melarat pula sakit tu." Tangan gadis ini dibawa ke singki café.

Gadis itu menurut sahaja asalkan ada orang yang nak belikan dia ice cream.

Setelah tiba di kedai ice cream yang berdekatan, kedua- dua manusia tersebut masuk ke dalam bersama.

Sementara gadis itu sedang excited untuk merasa ice cream kegemarannya, dia tidak sedar langsung bahawa setiap pergerakan dirinya sedang di perhati oleh 'Mr. Masked guy' tersebut.

Gadis itu pergi ke kaunter dan memesan air krim kegemaran dia.

"Annyeong! Saya nak strawberry chocolate satu, dengan chocolate vanilla satu."

"Baiklah, cik tunggu sebentar ya?"

"Thank youu." Senyuman manis di hadiahkan pada pekerja kedai tersebut.

"Banyaknya kau makan, beli satu cukuplah."

Gadis itu memusingkan badannya menghadap lelaki di belakangnya. "Er- awak nak ais krim?"

"No, jawab soalan aku dulu."

"Bukannya saya makan sorang pun." Berkerut dahi lelaki itu.

"Saya pesan ais krim untuk awak sekali." Ujar gadis itu.

"Dah order baru nak tanya aku ? Siapa suruh kau pesan untuk aku?" Lelaki itu bertanya.

"T-tak t-tak ada sesiapa, saya yang nak pesankan untuk awak." G-g-ga-gagap gadis itu menjawab.

"Kau bagi aku perisa apa?"

"Chocolate vanilla."

'Tch- comel.' Desis hati lelaki itu.

"Ish, pergi duduk sana, biar aku pergi bayar." Lurus jari lelaki itu menunjuk ke arah meja di bahagian sebelah dinding kaca kedai.

Gadis itu beredar. Kerusi ditarik lalu punggungnya malabuh di situ. Lelaki tadi datang ke arahnya dengan membawa dua cup berbeza perisa.

Ice cream strawberry chocolate gadis itu capai. "Terima kasih."

"By the way, nama awak apa ?" Pandangan lelaki dihadapan beralih memandang wajah bersih gadis tersebut. "Taehyung. Kau?"

"Nama saya Jiyeon. Jung Jiyeon."

Taehyung menghulurkan sebelah tangannya pada Jiyeon, berkerut dahi gadis itu.

"A- apa ni?"

"Salam."

"Salam?"

"Yelah, salam perkenalan." Kemudian tangan mereka mula bertaut bersalaman.

"T- Taehyung, tak nak buka mask tu ke? Macam mana nak makan kalau awak tak buka mask tu?"

Terus tangan lelaki itu membuka mask yang dipakai. Dia perhati setiap perlakuan gadis dihadapannya.

Semasa mereka sedang berbual tentang beberapa perkara rawak, seseorang berlari masuk ke dalam kedai dan memanggil Taehyung.

"Tuan, kami dah jumpa dia." Kata lelaki itu sambil mengambil nafas.

Serta merta bibir Taehyung memaparkan senyuman yang agak menyeramkan. Taehyung memakai semula mask hitamnya.

"Jiyeon, aku kena pergi. Ni kau makanlah, aku baru rasa sikit. Sedap." Taehyung tersenyum disebalik mask yang dipakainya.

"Em okay, semoga kita boleh berjumpa lagi suatu hari nanti Taehyung." Senyuman gadis itu melebarkan lagi senyuman Taehyung di sebalik topeng muka.

Jiyeon melambai ke arah Taehyung dengan senyuman ketika lelaki itu berdiri dari kerusinya dan berjalan keluar dari kedai tersebut. 

vote and comments ✓

[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMKWhere stories live. Discover now