❀ 1

91 11 0
                                    

TERLIHAT seorang gadis dengan memakai baju kemeja putih disarung dengan blazer berlogo sekolah berwarna dark chocolate dengan skirt berona sama separas lutut sedang berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Dia tersengih-sengih melihat aku.

" Hi cik Ku Amelia, awal sampai? ", soalku padanya dengan kening terangkat.

Ku Amelia , seorang gadis berkacukan Sabah yang sangat cantik. Tinggi dia dan aku sama je. Orang selalu kata kami adik beradik. Padahal dia cuma bestfriend aku. Kemana-mana mesti ada dia.

Amelia menyengih seperti kerang busuk. " Alaa Bel, first time ni lambat. ", pujuknya.

Taknak kena tulis nama la tu heh.

" Ala, amaran je " , Jazz atau Jazman mencelah .

Ha Jazz ni pulak orang panggil dia flower boy sebab , rambut dia memang goal habis, kulit dia yang sawo matang, mata hazel dia memang pujaan hati gadisgadis huhu and dia athlete sekolah. Orang kata kalau dia berpeluh lepas lari lepastu dia lap dia nampak hot .

Hottuih.

Aku menutup buku nota kecil yang selalu berada ditanganku. Blazer sekolah berwarna biru pekat aku sarungkan ke badan. Beg aku galas.

Tugas aku dah habis.

Dark blue adalah untuk pengawas, manakala dark chocolate untuk pelajar biasa.

" Kau nak gi mana Bel? " , tanya Jazz .

" Waktu bertugas dah habis. Aku nak naik. Jom Mel. " , ajak aku.

" Weh tunggu lah! " , jerit Jazz .

Kami tidak mengendahkan dia dan terus berjalan. Aku dan Amelia bergerak ke locker. Jari diimbas untuk membuka locker. Jadual dilihat, aku mengambil buku untuk subjek selepas ini. Setelah menutup locker, aku dan Amelia menuju ke lif untuk ke kelas 5 A1.

Kad pelajar diimbas sebelum pintu kelas 5 A1 aku buka , aku menuju ke tempat duduk aku. Baru saja meletakkan beg, buku dan Macbook aku diatas meja, belum sempat aku duduk lagi tiba-tiba...

" BELLA! "

Terkejut aku dibuatnya .

" Kau apahal jerit-jerit ni? ", soalku bengang .

" Dua budak lelaki 4 E1 bergaduh. ", adunya dengan nafas yang tercungap-cungap.

Aku dah agak. Kalau gaduh je mesti cari aku. Aku mendengus geram.

" Mana Luke? ", tanya aku.

" Luke dekat dewan. Tengah prepare untuk majlis pelantikan kejap lagi. Tolonglah weh! " , gesanya .

Semua orang didalam kelas tersebut diam dan memandang aku.

This is me. When I'm mad, everybody get scared and I don't even know why.

" Mel, tengok barang aku jap. ", kata aku pada Mel.

" Ok, kak yong ", Amelia menyengih .

Aku menjeling.

Langkahku laju menuju ke kelas 4 E1. Kad pelajar diimbas sebelum pintu kelas aku buka dengan kasar.

BAM!

Pintu itu terhempas kuat. Semua yang sedang berkerumun melihat pergaduhan itu terus menoleh melihat aku dan memberi aku laluan.

Aku memeluk tubuh. Dua budak lelaki yang bergaduh tadi juga turut terhenti melihat aku.

" Habislah Kak Bella dah sampai! ", terdengar bisikan kecil dikalangan pelajar tersebut.

" Yang lain duduk tempat masing-masing, buat kerja sendiri. Aku round sekali lagi, tengok kecoh-kecoh, semua aku denda! " , kata aku dengan lantang.

Book 3 ; First Sight LoveWhere stories live. Discover now