Lorong ni sunyi, mungkin disebabkan sini adalah kawasan perumahan. Tiada apa-apa yang menarik pun untuk orang datang. Waktu begini memang siapa saja nak keluar rumah?

"Huh?" Iseul mengangkat kakinya kebelakang kembali. Terkejut dibuatnya.

"Habis kasut aku. Siapa minum air tumpah merata ni?" Bebel Iseul.

Kemudian dilihatnya lagi.

"Tapi, kenapa m-macam darah."

"Eh, tak. Aku ni asyik fikir bukan-bukan saja." Iseul cuba menyedapkan hati yang terasa sedikit tidak senang.

Rasa berdebar semakin menguasai diri. Baru sekarang dia sedar, sunyi betul malam ni. Walaupun angin bertiupan, tetap dia berasa panas tiba tiba.

Dia menghiraukan perkara tadi dan melangkah pergi dari situ. Takut. Hantu? Pontianak? Tak tahu. Yang tahu larikan diri dulu. Kalau kena ngap, tak tahu lah macam mana nak melepas diri.

Dia perlahan-lahan berjalan. Tidak mahu hasilkan apa-apa bunyi. Namun semuanya terhenti.

"Uhuk-"

Iseul berpaling.

"Siapa tu?" Ujar Iseul seperti berbisik dengan diri sendiri. Mata automatik terbuka luas.

Jantungnya berdegup seperti baru habis berlari satu kilometer tanpa henti.

"Argh.."

Iseul merenung di tempat yang agak gelap itu. Bunyi datang dari situ.

"Patut ke aku pergi tengok?" Kata hati Iseul.

Iseul mendekati lorong di sebelah kirinya. Telefon di tangan dinyalakan dan membuka flash yang tersedia di dalam telefon.

Dia suluh ke arah kegelapan di hadapan ini. Dengan berhati-hati dia melihat. Takut ada yang keluar membahamnya hidup-hidup.

Aku menyuluh dengan flash telefon. Bunyi yang aku dengar tadi, datangnya dari sini bukan?

Ataupun sekadar bunyi kucing? Tapi.. hati aku rasa tak sedaplah. Firasat aku suruh aku tengok juga apa yang ada sebalik gelapnya malam ini.

Disebabkan tak nampak apa-apa, aku dekatkan diri lagi. Di belakang timbunan barang, aku ternampak... kaki ke??

Ada orang ke belakang tu?

Aku pantas berlari anak ke situ.

Bertapa terkejutnya jantung aku sekarang. Aku lihat seorang lelaki sedang tertidur mungkin, dengan tangan yang penuh berdarah.

Dahi aku berkerut. Kenapa ni? Apa yang jadi. Ada kes bunuh ke di kawasan ni. Dan kenapa aku tak tahu.

"Encik?" Aku cuba kejutkan orang tersebut.

"Encik bangunlah." Kejutku lagi.

Kenapa aku nak nangis ni? Sejujurnya aku tak pernah hadap perkara sebegini seumur hidup.

Ya, walaupun dikhabarkan dari nenek aku dulu bahawa omma dan appa kemalangan teruk, aku tak pernah lihat mereka.

"Encik..."

Darah kelihatan masih mengalir keluar sedikit demi sedikit.

Aku cuba perah otak untuk ingat semula apa yang harus dilakukan jika terluka sehingga macam ni. Profesor pernah ajar dulu. Cepatt.. ingatlah!

Tapi masalahnya sekarang, alatan apa pun tak ada. Silap buat, habis terkena jangkitan bakteria nanti.

"Aku kena hentikan pendarahan ni cepat.." kata aku seorang diri.

Aku buka lilitan skaf yang aku pakai. Segera aku tekup di kawasan luka.  Beberapa helai tisu juga dikeluarkan dari poket seluar untuk mengelap darah yang ada di muka encik itu.

Okay, Iseul sabar. Macam mana kau nak jadi doktor kalau sikit macam ni pun nak nangis?

"Okay.. first call ambulance." Kata aku. Ingin beri keyakinan kepada diri sendiri yang tengah lemah semangat sekarang.

Terketar-ketar tangan aku ingin membuka lock screen di telefon. Sukar disebabkan tangan aku yang penuh dengan darah lelaki ini. Kenapa sekarang yang nak salah password pun!

Dengan mata yang bertakung air mata ni, susah aku nak lihat skrin fon dengan jelas.

"Huh?"

Telefon yang dipegang jatuh dari genggaman aku. Aku tersentak. Pergelangan tangan aku, aku lihat.

Vote💚 for our makne
Comment too💬

-nc-
(next chapter)

How the beginning of this story? Oky tak?😬

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Donde viven las historias. Descúbrelo ahora