R || 51

23.8K 1.4K 62
                                    

"ABANG yakin ke?" soal Anna. Kini, mereka berdua sudah tiba di hadapan rumah Dariel.

Anna melepaskan tali pinggang yang melilit tubuhnya. Dia juga memandang rumah banglo di hadapannya. Cantik. Malah decoration luar rumah banglo itu tampak seperti sebuah taman bunga.

"Abang okay je. Anna la, okay ke tak? Semalam masa abang tanya Anna setuju ke tidak dengan cadangan abang, Anna kata okay. Abang tak paksa." kata Aden.

Anna memandang wajah Aden. Ya, memang semalam Aden memberi cadangan untuk bertemu Dariel dan isteri agar tentang perancangan hubungan kedua-dua keluarga batal. Tambahan pula, Dariel sudah berkahwin dengan perempuan pilihannya. Takkan la dia mahu musnah rumah tangga orang?

"Anna... Anna..."

"Kalau Anna tak yakin, kita boleh jumpa mereka lain kali. Abang tak paksa malah abang juga yang cadang dekat Anna untuk berbincang tentang hubungan Anna dan Dariel. Abang tak nak sebab Anna, Dariel dan isteri dia berpisah." Aden menggariskan sebuah senyum kepada Anna.

Anna serba salah. Mereka sudah sampai di hadapan rumah. Takkan mahu pulang ke rumah? Jika mereka melewatkan perkara ini, mungkin kedua-dua keluarga mereka akan meneruskan hubungan kekeluargaan menyatukan Dariel dan Anna.

"Jom je la. Ready atau tak, lebih baik selesaikan segera. Anna tak nak, keluarga kita malu. Biar berpisah sekarang dari hari majlis nanti."

Semalam dia juga terkejut apabila Datin Afifah memberitahunya tentang majlis perkahwinannya dengan Dariel dalam masa terdekat, malah Puan Rahimah juga tidak membantah walaupun wanita itu tahu bahawa anaknya sudah berkahwin lain terlebih dahulu.

Anna dan Aden melangkah keluar dari perut kereta. Anna menarik nafas sebelum menghela nafas perlahan. Dia perlu bertenang. Jika dia gelabah, kemungkinan besar dia akan membawa kesilapan yang dia sendiri tidak sedar.

"Jom," ajak Aden.

Mereka berdua berpimpin tangan, melangkah ke rumah Dariel. Dalam diam, Anna memuji isteri Dariel kerana pandai menguruskan taman bunga.

"Abang ketuk eh," tanya Aden. Anna hanya mengangguk. Akur dengan persoalan abangnya. Ugh, dia mahu habiskan dengan segera. Cepat atau lambat, perkahwinan itu tetap akan dibatalkan.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Sekejap!" kedengaran suara seseorang memberitahu mereka untuk menunggu.

Aden dan Anna saling berpandangan. Masing-masing seakan berdebar mahu berjumpa Dariel dan isterinya. Bagi Anna, mungkin ini kali pertama dia berjumpa.isteri Dariel, namun berbeza dengan Aden yang kali pertama bertemu Dariel dan isteri.

Pintu utama terkuak luas. Terpampang wajah perempuan tua di hadapan mata mereka. Terkejut mereka saat melihat wajah itu. Takkan la ini isteri kepada Dariel? Seakan baya ibunya, Puan Rahimah. Patut la, Puan Rahimah menolak wanita itu sebagai menantunya.

Ada ke, taste Dariel dengan perempuan tua? Cis, tak kena langsung dengan Dariel yang kacak seperti artis korea yang sedang tingkat naik.

"Maaf, Tuan dan Puan keluar sekejap beli barang. Jadi, Encik dan Cik boleh masuk dulu. Memang Tuan dan Puan ada pesan kepada saya bahawa ada tetamu nak datang ke rumah," kata wanita tua itu.

Aden segera menunduk tubuhnya. Tanda minta maaf kerana salah sangka akan status wanita itu sebagai isteri kepada bakal suami adiknya. Tak pasal-pasal dah salah anggap.

"Maaf, Mak ...."

"Mak Milah. Panggil Mak Milah. Mak Milah, bekerja sebagai pembantu rumah Tuan dan Puan." celah Mak Milah.

Aden mengukir senyum. Manakala Anna hanya beriak biasa. Dia tahu Dariel akan mengambil pembantu rumah, mana mungkin wanita yang bergelar isteri Dariel itu mahu menganggap Dhea sebagai anaknya.

Aden dan Anna melangkah masuk ke rumah banglo itu, walaupun di luar sudah tampak mewah inikan hiasan di dalam rumah. Mestilah dua kali ganda dari luar rumah. Mata mereka menjadi rambang melihat hiasan dalam rumah itu. Bertemakan moden inggeris membuatkan ruang tamu banglo itu tampak mewah.

"Uncle Aden?"

Suara yang menegur Aden segera mereka cari. Bulat mata Aden melihat wajah yang lama dia rindu.

"Arren? Arren buat apa kat sini? Mama mana? Takkan mama tinggalkan Arren seorang dekat sini?" soal Aden bertubi-tubi.

Anna memandang wajah abangnya tak percaya.

Arren?

Mama?

Darren memandang wajah Aden lalu memandang wajah Anna. Dia kembali memandang wajah Aden.

"Arren yang tanya soalan tu dekat Uncle. Bukan tanya semula dekat Arren. Arren tinggal sini, dengan mama dan papa. Uncle lupa, mama dah kahwin semula dengan papa." beritahu Darren.

Aden kelu. Dia seakan mati katak. Tak percaya dengan kata-kata Darren. Takkan la, bakal suami merangkap bakal adik iparnya adalah suami Dee? Memang dia tak pernah jumpa suami Dee tapi,

"Arren jangan tipu uncle. Uncle tak percaya. Mama tinggal Arren dekat sini kan?" Aden tak percaya. Takkan la, Dee kahwin dengan bakal suami tak jadi adiknya.

"Abang, apa semua ini? Macam mana budak ni kenal abang? Siapa sebenarnya mama budak ni? Abang kenal ke, isteri Dariel?" soal Anna.

Aden berpaling memandang wajah Anna. Jangan kata Anna yang bingung. Dia juga dua kali bingung apabila Darren datang menyapanya.

Kedengaran suara yang gelak tawa membuatkan mereka beralih memandang ke pintu utama. Aden nampak jelas wajah Medina ceria bersama perut yang sedikit membulat.

Tak.

Takkan la...

"Dee?"

To be continued...

Moga anda semua panasaran dengan chapter seterusnya ✨ Arigato!

Mr. Duda Where stories live. Discover now