# 2nd Kingdom Chronicles | 𝕬𝖓𝖉𝖆𝖗𝖆𝖘𝖔𝖐𝖆
-﷽-
Aku?
Nama diberi Bulan Sutra. Nama yang biasa. Tiada gahnya.
Andarasoka.
Aku mungkin tidak sekuat pahlawan pendekar yang masih ada untuk mempertahankan Andarasoka. Tapi aku tahu aku punya subjek un...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
• ° • ° { ﷽ } ° • ° •
AKU Bulan. Bulan Sutra Adhika. Aku hanyalah gadis yang tinggal di kerajaan kecil yang entah masih diketahui apa tidak akan kewujudannya.
Andarasoka.
Kerajaan kecil yang tidak punya pemimpin.
Kerajaan kecil yang sudah mati.
Aku memang seorang puteri. Ayahandaku pergi tanpa sempat mengajarku lebih tentang apa itu erti kehidupan. Aku menjadi saksi ayahku dibunuh dengan kejam oleh Raja tanah Aquanda. Aku menjadi saksi jatuhnya Andarasoka di tangan Raja diktator itu. Aku.
Akulah orangnya.
Sakit. Dengan seluruh kudrat yang ada, aku akan lindungi Andarasoka dengan nyawa aku. Aku akan pastikan tiada siapa dapat menyakitkan lagi tanah yang sudah mati ini.
Untuk itu, lebih baik aku biar tanah ini terus mati. Mati dan terus tersembunyi dari orang luar.
Dan aku punya misi.
Balasan untuk kejatuhan adalah kejatuhan. Dan balasan untuk kekejaman adalah kekejaman.
Mungkin Raja Aquanda itu lupa. Tapi biar aku ingatkan dia.
Biar aku beritahu bayaran yang perlu dia bayar untuk semua yang telah dia lakukan.