Aktiviti 4: Kisah Enam Kata

39 13 22
                                    

Kami kembali dengan satu lagi aktiviti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kami kembali dengan satu lagi aktiviti.

Reka sebuah kisah enam kata/ayat (six-word-story) dalam ruangan komen menggunakan salah satu daripada perkataan di bawah. Anda harus memilih satu perkataan untuk setiap kisah-enam-kata anda. Namun anda bebas menulis sebanyak mana kisah enam kata yang anda mahu menggunakan perkataan-perkataan di bawah. (Anda boleh memperbaiki perkataan-perkataan ini untuk disesuaikan dalam kisah-enam-kata anda.)

 Sabar

Berkat

Kebaikan

Kemaafan

Empati

Raikan

Contoh kisah-enam-kata:

"Bersama, ayuh raikan bulan mulia ini."



Jawapan bagi soalan dari bab sebelum ini:

Ada 5 rukun Islam kesemuanya yang menjadi teras kepercayaan dan amalan para Muslim. 

Mengucap dua kalimah syahadah 

Menunaikan solat. Para Muslims bersolat menghadap ke arah kiblat  lima kali sehari  pada waktu: Subuh (sebelum pagi), Zuhur  (selepas tengah hari), Asar (petang), Maghrib (senja) dan Isyak (malam).

Membayar zakat. Selari dengan tuntutan Islam, para Muslim mendermakan sebahagian yang telah ditetapkan daripada pendapatan mereka untuk membantu ahli masyarakat mereka yang memerlukan.

Berpuasa.

Menunaikan Haji. Setiap Muslim yang berkemampuan wajib mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah, yang terletak di Arab Saudi.



Soalan untuk hari ini:  Apa lagi ibadah di bulan Ramadan yang menjadikan bulan ini sangat istimewa? 

Bulan Ramadan Bersama WattpadWhere stories live. Discover now