* BTS V*

1.3K 46 3

Tajuk: The Hurt That You Hides From

Kim Taehyung itu adalah namaku.Aku akan menceritakan tentang kisah kehidupanku. Aku belajar di Seoul Star High School.Aku ada seorang kawan baik yang aku gelar 'Double CT Girl' yang membawa maksud:

C- Clumsy
C-Crazy
T-Tomboy
T-Tough

Dia seorang yang cuai,perangai agak gila,kelelakian dan seorang yang mempunyai seni bela diri.Namanya ialah Park Minyeoung atau nickname lainnya adalah Min Min.

Sekarang aku menuju ke sekolah. Selamat datang membaca kisah hidup aku.

"Yah,Tae Tae.Tunggu aku," Mari sudah si MinMin tu.Tae Tae tu pula nickname aku.

"Cepatlah,aku tinggal kang," Kata-kataku membuatkan MinMin berlari laju kearahku.

Sampai sahaja dekat aku,terus dia meletakkan tangan kanannya di atas bahu aku.Perkara yang dia selalu buat bila berjalan dengan aku.

"Min,kau terhantuk apa pula dekat dahi kau? Benjol sangat," Inilah perangai clumsy yang aku cakap.Benjol sana,benjol sini.Apa nak jadilah dengan dia.

"Terhantuk dekat pintu bilik air masa nak mandi.Almaklumlah mamai bangun pagi," Jawab MinMin selamba siap berpeace lagi dengan aku.

"Telinga aku sudah lali dengar kau cakap pasal terhantuk.Kau sapu minyak tak?" tanyaku sekadar prihatin.

"............." Tiada jawapan.

"Kenapa tak sapu.Kalau makin bengkak makin sakit dan nanti sakit kepala.Kau juga yang sakit.Mari ikut aku pergi bilik rawatan," Aku menarik tangannya ke bilik rawatan yang hanya bersebelahan dengan blok kelas aku.

Sesampainya di sana,aku mengambil ubat panas dan menyuruh Min Min duduk depan aku.Aku menyapu beberapa kali dan berhenti setelah aku pasti minyak itu telah rata.

"Sudah siap.Lain kali terhantuk cepat-cepat sapu ubat," ujarku dan mencubit pipinya yang kembung kerana marah dengan tindakanku tadi.

"Kenapa kau ambil berat pasal aku?"tanya MinMin tiba-tiba.Masuk air ke apa budak ni?

"Sebab kau ambil berat pasal aku.Boleh tak kau jangan kembungkan pipi.Bukan perangai kau tahu tak?" Serta merta dia tersengih seperti selalu.

Selepas itu,kami ke kelas.

-----------
"TaeTae kalau aku cakap sesuatu kau jangan terkejut ya?"

"Apa?"

"Dekat muka kau ada benda warna hitam yang berbulu dan berbentuk selari dan melengkung,"
"WHAT?MANA?" Aku menjerit dan meraba-raba mukaku untuk mencari benda yang dikatakan oleh MinMin.

"HAHAHAAHAH.Kau terkena pula dengan aku.Benda itu adalah bulu kening kau," Sekali lagi aku terkena dengan dia.

"Min,kau tak puas ke selalu kenakan aku?"

"Tae,aku yang patut tanya kau.Kau tak marah ke aku selalu kacau kau?"

"Tak,sebab kau selalu ceriakan aku dengan perangai CT kau itu.Walaupun ada sesetengah tidak sukakan kau,"

"Betul? Sweetlah kawan aku seorang ini.Sayang kau banyak-banyak,"

"Aku nak tanya,kau PMS ke? Kelmarin dan hari ini kau selalu moody,"

" Taklah.Aku stress dengan kerja bertimbun,"

"MinMin aku sudah pandai stress sekarang.Rilekslah bak kata kau sendiri.Petang nanti kita study group.Macam kita selalu buat.Yang kau nak risau sangat kenapa.Tak normal rasa aku dengar perkataan tu daripada kau,"

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!