BAB 2

8.5K 841 138
                                    

LENGAN Aidan ditepuk lembut bersama zikir yang meniti perlahan di bibirnya.  Anak matanya tidak lari daripada memandang wajah si anak.  Comel.  Haih, jaranglah baby tak comel.  Semua baby dilahirkan comel. 

Setelah hampir sepuluh minit, anaknya itu sudah terlena.  Selimut yang membalut tubuh si kecil itu dibetulkan.  Dua biji bantal peluk kecil diletakkan di kiri dan kanan Aidan. 

“Ibu keluar sekejap ya?  Sleep tight my baby boy.” Dahi dan pipi Aidan dikucup lembut.  Setelah itu, Arya turun daripada katil.  Sempat dia memasangkan audio bacaan al-quran sebagai peneman Aidan. 

Keluar sahaja dari bilik, bebola matanya melilau memandang ke kiri dan kanan.  Sunyi saja suasana di dalam rumah itu.  Daniel sememangnya tiada di rumah.  Keluar.  Suaminya pula...  Arya memandang ke arah sebuah bilik yang terletak bersebelahan bilik Daniel.  Pintu bilik tidak bertutup rapat.  Dan sepertinya lampu di dalam bilik itu terbuka.  Pasti suaminya di situ.  Perlahan dia mengatur langkah menuju ke bilik itu.  Sebelum daun pintu dikuak lebih besar, dia menjengah terlebih dahulu.  Kelihatan suaminya sedang duduk di sofa sambil menghadap komputer riba. 

Hubby, buat apa tu?” soal Arya sebaik daun pintu dikuak lebar.  Langkah dibawa menuju ke arah sofa yang diduduki oleh Rayyan. 

Rayyan yang sejak tadi sibuk bersama komputer riba menoleh.  “Aidan mana?” soalnya apabila melihat Aidan tiada bersama isterinya. 

“Tidur dah.  Hubby busy ke tu?” Arya melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan.  Dia mengintai ke arah skrin komputer riba.  Hmm, kerja...  Tak penat agaknya asyik hadap kerja.

“Sikit.  Kenapa tak tidur lagi ni?  Kan dah lewat ni,” ujar Rayyan lalu memandang semula ke arah skrin komputer.  Jarinya kembali lincah menekan papan kekunci. 

“Saya belum mengantuk lagilah,” balas Arya.

“Hmm...  Suka hati kaulah.  Jangan ganggu aku.” Mendatar Rayyan menuturkan ayat itu.  Sedikit pun tidak menoleh ke arah Arya. 

Arya tidak menghiraukan amaran suaminya itu.  Dia menggapai kedua tangan Rayyan.  Digenggam erat tangan kasar itu.  Sengaja mahu mengalih perhatian si suami. 

“Arya, kan aku cakap jangan ganggu.  Pergi tidur sanalah,” omel Rayyan.

“Ada benda nak bincang dengan hubby ni.  Boleh?” soal Arya, memandang tepat ke wajah Rayyan. 

“Esok tak boleh ke?” soal Rayyan pula.  Tengah banyak kerja, sibuk pula isterinya hendak ajak berbincang.  Berbincang apa pun dia tidak tahu.

Arya laju menggeleng kepala.  “Penting.  Sangat sangat sangatlah penting.  Tak boleh tunggu esok.  Dah lama saya nak bincang dengan hubby.”

Terjongket sedikit kening Rayyan mendengar kata-kata isterinya.  Sesaat kemudian, dia mengeluh.  “Apa dia?” Acuh tak acuh dia menyoal. 

Arya tersenyum lebar.  Dia merapatkan kedudukannya dengan Rayyan.  Jari-jemari Rayyan sengaja dimainkan. 

“Ni kenapa ni?  Buang tebiat?” soal Rayyan bersama wajah jengkel.  Tadi kata nak ajak berbincang.  Ni gayanya seperti mahu ajak buat benda lain je ni.

“Hmm, hubby...” Arya sengaja meleretkan suaranya. 

What?”

“Puasa dah dekat.  Lagi tiga hari je.” Arya memulakan bicaranya.

Then?” Sepatah Rayyan menyoal.

“Hmm, tahun lepas kita dah puasa kat sini kan?  Boleh tak kalau tahun ni kita puasa dekat kampung saya pula?  Boleh tak?” Arya mendongak sedikit ke arah Rayyan.  Senyuman terukir elok di bibirnya.  Cuba memancing.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now