Hidup atau Mati?

27 0 0
                                    

Ibu dah tak ada.

Hanya sebaris ayat dalam notifikasi whatsapp terbaru buat jantung ku luruh. Lama aku pandang skrin itu. Perlahan-lahan paparan skrin telefon pintar itu menjadi malap. Namun belum sempat ianya menjadi gelap sepenuhnya, aku sentuh. Paparan itu kembali cerah. Menyatakan kebenaran yang aku tahu, aku akan lalui. Tapi aku tak sangka sebegini cepat.

***

"Semua nak tayang universiti., " aku mengomel sendirian sambil melihat akaun facebook yang banyak memaparkan gambar kawan-kawan sekolah aku yang terkini. Ada yang masuk gambar berdiri diharapan universiti yang mereka dapat jejak dan bakal menimba ilmu, gambar pemandangan saat pendaftaran, gambar buku, malah gambar hostel juga ada dimuat naik.

"Rezeki." Aku menoleh pada suara yang muncul dibelakang. Abah. Abah duduk dihadapan aku yang sedang bersantai di halaman rumah. Diruang rehat yang abah dirikan. Aku mengeluh sebelum telefon pintar yang masih memaparkan halaman facebook aku tutup dan mula memandang abah.

"Cemburu?" Abah menyoal sepatah.

"Mana ada. Betullah kata abah, rezeki masing-masing," aku membuang pandang pada pokok bunga yang ibu tanam. Ibu memang rajin. Semua pokok bunga dijaga rapi. Sebab tu bunganya tak pernah layu. Sentiasa mekar unpama senyuman ibu yang yang tak pernah lekang dari bibir. Abah kata, senyuman itulah yang buat abah angau. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

Nak kata aku cemburu?

Mungkin ya.

Mungkin  tak.

Ya. Siapa yang tak pernah menaruh harapan untuk sambung belajar keperingkat yang lebih tinggi.

Tak. Sebab aku percaya pada aturan Allah.

"Macam itulah kehidupan, kakak. Bila habis belajar diperingkat menengah, kita akan dengar ramai diantara sahabat kita yang berjaya masuk universiti. Tak lama lagi dengar pula mereka pegang sijil, ijazah. Lepas tu mula cari kerja. Tak pun ada yang nak kahwin masa tu. Atau kakak nak langkau terus bahagian tu?

"Bahagian mana?" Laju aku menyoal.

"Kahwin." Sebegitu pantas juga jawapan balas diberi abah.

Tak berkelip mata aku memandang abah, "kesitu pula abah ni. Kakak tak nak fikir sampai kesitu lagilah."

"Tak salah pun. Dah lepas syarat sah kahwin."

"Abah!" Abah hanya ketawa. "Bagilah kakak jaga ibu , jaga abah dulu. Lagipun kakak muda lagi. Nak cari duit, kerja, ilmu, boleh naik hantaran banyak sikit." Aku menaik turun kening. Abah ketawa je melihat aku.

"Siapa yang nak kahwin?" Suara lain bertanya. Aku dan abah mengalih pandang pada ibu yang berjalan kearah kami dengan dulang ditangan. Ah, ibu. Tak pernah kenal erti penat. Ada saje makanan yang nak dihidangkan.

Cukup lengkap untuk memenangi anugerah suri rumah berjaya. Terkadang aku terfikir, ibu aku sahaja atau itu memang sifat seorang ibu. Tak pernah kenal erti penat.

Banyak yang abah kongsikan pada aku tentang kehidupan. Selepas habis pengajian akan dengar pula keluhan rakan-rakan yang mencari kerja. Abah kata, selepas kawan-kawan yang sudah berkahwin, punya anak dan mula menghantar anak kesekolah, akan tiba pula saat mak ayah sakit; meninggal. Anak semakin membesar. Mula berjauhan. Diri semakin tua. Begitulah putaran kehidupan.

Contest Tplanner2020 (exclusive) by IlhanWhere stories live. Discover now