Bab 1

4.5K 60 10
                                    

BAB 1

"Alhamdulillah," ucap seorang pemuda berkaca mata sambil melihat ke arah surat yang diterimanya itu. Kalimah syukur dan senyuman yang melebar pada bibirnya itu bagai tidak disangka hari itu merupakan hari yang bersejarah bagi dirinya.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana namun pemuda ini tidak patah semangat untuk sentiasa berusaha membantu kehidupan keluarganya. Budiman bijak bestari menjadi gelaran untuknya sewaktu zaman persekolahannya dulu kerana tidak putus-putus rezekinya menggondol pelajar cemerlang sepanjang masa. Sikapnya yang sentiasa menghormati guru-guru, rakan sebaya dan membantu antara satu sama lain tidak kira masa membuatkan orang-orang disekelilingnya selesa ketika bersamanya.

Fareez Aniq, merupakan anak sulung daripada tiga adik beradiknya semestinya harus berhempas pulas menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada keluarganya pada masa akan datang memandangkan ayahnya telah pergi menghadap Illahi sejak lebih lima tahun yang lalu.

Surat yang diterimanya tadi dibawanya pantas kepada ibunya, Halimah.

"Mak! Mak! Aniq dapat mak," jerit Aniq sambil berlari kearah ibunya yang sedang memasak di dapur. Ibu Halimah seakan hairan kerana jarang sekali anaknya gembira seperti sedang mendapatkan medal emas.

"Ya Allah pelan pelan Aniq. Jatuh karang baru tahu," tegur ibu Aniq. Kini surat itu dihulurkan kepada ibunya dengan senyuman yang masih melebar di wajahnya. Ibu Halimah mula membaca isi kandungan surat itu dan berubah riak wajahnya. Kemudian memandang wajah anaknya semula lantas Aniq mengangkat kening sebelahnya.

"Alhamdulillah, tahniah Aniq. Mak tak sangka kamu dapat masuk universiti. Syukur ya Allah," ucap syukur ibunya memandang bangga terhadap Aniq. Aniq yang masih berdiri disebelah lantas dipeluk ibunya. Berita itu cukup menggembirakan buat dua insan ini.

"Terima kasih mak. Kalau bukan mak yang selalu doakan Aniq, mesti ni semua bukan rezeki Aniq. Aniq janji mak, Aniq akan belajar sungguh-sungguh sampai dapat kerja yang baik. Aniq nak hadiahkan rumah untuk mak. Aniq janji mak. Aniq tak akan sia-siakan peluang yang ada," jelas Aniq dengan janji yang mula ditaburkan kepada ibunda kesayangannya. Tersenyum dan terharu sekali lagi dipancarkan di wajah ibu Aniq.

"InsyaAllah nak, mak akan selalu doakan anak-anak mak berjaya. Ingat apa mak pesan selalu. Jangan sombong, jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Syukur itu yang penting," pesan ibu Aniq lantas sekali lagi mereka berdua berpelukan.

Walaupun dalam fikiran Aniq timbul pelbagai perkara yang akan meninggalkan ibunya bersama adik-adik di kampung, namun Aniq percaya kepahitan yang dirasai dari awal akan membawa kemanisan pada penghujungnya. Terlintas suatu perkara lain yang mula meracau dalam fikiran Aniq. Kos perbelanjaan dan yuran pengajian yang mungkin akan membebankan dirinya memandangkan Aniq akan menyambung pelajarannya di bandar metropolitan, Kuala Lumpur. Aniq berharap masalah itu tidak akan menjadi penghalang untuk dirinya berjuang terus berjaya.

..................................................................

"Weh korang, aku dapat masuk U***, tercapai juga impian aku," berkata Aniq kepada sahabat baiknya, Zarief dan Fahmi. Kedua mereka merupakan sahabat terpenting buat Aniq. Susah senang mereka bersama. Namun ada suatu perkara yang berselindung di sebalik kebaikan Zarief.

"Yeayyy, tahniah Aniq. Aku bangga dengan kau. Nak tahu tak?" tanya Fahmi bersungguh.

"Aku tak nak amik tahu sebab aku dapat U sama dengan Aniq," jawab selamba Zarief.

"Diamlah. Aku tanya Aniq. Eh kejap. Maksudnya kita semua dapat U samalah?" tanya Fahmi bersungguh sekali lagi.

"Aik kau dapat U tu juga? Haa baguslah macam ni, senanglah kita nanti. Aku nanti tak adalah macam orang kampung yang baru masuk bandar sorang-sorang kan," tergelak Aniq.

I Love U My Sugardaddy (Completed)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ