I || 22

41.1K 2K 118
                                    

BERGETAR tangan Puan Rahimah melihat gambar yang diberi oleh Anna beberapa minit lalu. Matanya tajam memandang dua figura yang berada di dalam gambar itu namun satu sahaja wajah yang sudah lama dia tidak lihat.

Azyara.

"Aunty, aunty kenal ke dengan perempuan yang rapat dengan Kiem tu? Dah la, Kiem tiap hari selalu singgah situ sebelum balik rumah aunty. Lepastu, bukan perempuan ni je tau ada. Marissa pun ada sekali. Siap berpelukan bagai. Dorang ada perancangan nak kenakan Kiem ke?" soal Anna.

Sudah beberapa hari berlalu, sejak dia mula bekerja di syarikat di bawah Dariel. Dia perasaaan Dariel sering pulang awal dari waktu mereka pulang dan singgah di sebuah bangunan apartment yang tak jauh dari pejabatnya.

Pada mulanya, dia ingatkan rumah Dariel yang dibeli senyap-senyap selepas Puan Rahimah menjual rumah banglo miliknya di Putrajaya. Namun siapa sangka, di dalam rumah itu dihuni oleh seorang wanita yang tak pernah dia lihat malah Marissa juga ada datang ke rumah itu bersama.

"Kamu tahu tak, apartment tu kat mana? Nama apartment tu ke?" soal Puan Rahimah.

Anna menggeleng kepalanya. Baginya, buang masa sahaja untuk dia ingat nama apartment itu. Walaupun hatinya sakit melihat Dariel bermesra dengan perempuan lain.

"Tak, aunty. Lagipun masa tu, Anna marah sangat dan terus pergi dari situ."

Puan Rahimah menghela nafas lemah. Fikirannya mula hendak menyerang Azyara kerana menganggu anaknya semula. Huh, siapa sangka wanita itu berani muncul semula selepas lima tahun.

"Tak pe, terima kasih bagitahu aunty pasal hal ini. Kalau Anna tak bagitahu aunty rasa Kiem akan buat luar jangka lagi." gambar tadi diletak di atas meja. Dia harus siasat perihal lebih lagi.

"Maksud aunty?"

Puan Rahimah hanya senyum. Dia takkan sesekali beritahu Anna tentang wanita yang Dariel bertemu. Biar la, itu menjadi rahsia antara mereka sekeluarga memandangkan Anna hanya mengetahui Marissa adalah bekas isteri Dariel.

MARISSA tersenyum melihat figura Dhea berlari keluar dari tadika. Darren juga mengekori Dhea memandangkan mereka berdua akan dijemput oleh Marissa untuk pulang bersama.

"Anak mama. Anak mama macam mana hari ini? Okay?" soal Marissa lalu melabuhkan cium di dahi dan pipi Dhea.

Dhea tersenyum suka. Sudah lama dia mahu bermanja begini bersama ibu kandungnya namun keadaan dulu tidak mengizinkannya.

"Dhea okay. Abang Mika pun selalu jaga Dhea. Dhea seronok sangat!" ujar Dhea gembira.

Marissa senyum senang. Matanya memandang Darren yang kacak di belakang Dhea. Dia akui Darren sememangnya iras dengan Dariel.

"Mama! Mama, Dhea lapar. Jom kita pergi makan nak? Dhea nak mama suap," Marissa memandang wajah Darren. Kalau ikut hatinya memang dia mahu ajak Dhea keluar makan namun mengingatkan Darren turut sama membuatkan dia serba salah.

"Tak pe, aunty. Arren, ikut aunty dengan Dhea. Rx, mama ada hal nak kena buat. Mummy Aisya dengan Daddy Isa pun tak de kat rumah. Aunty Yana pulak sibuk dekat hospital. Jadi, aunty tak kisahkan kalau Arren ikut?"

Marissa senyum. Dia menunduk sama paras dengan Darren. Pipi Darren diusap perlahan.

"Arren panggil mama, mama baru mama bawak Arren." Darren memandang wajah Dhea. Dia nampak Dhea kelihatan seronok apabila mendengar ayat yang dituturkan oleh ibu kandungnya.

"Okay, mama."

Marissa senyum senang. Alhamdulilah, dia dapat seorang anak lelaki walaupun anak itu bukan dari rahimnya.

Mr. Duda Where stories live. Discover now