Bab 10 { PATHETIC }

Start from the beginning
                                    

"Oh, nice! Kita gerak sekaranglah, ya?"

*****

"Mama yakin dengan apa yang mama buat ni?" soal Danisha, ragu-ragu; dia pandang dokumen-dokumen bon dan Puan Azirah yang berada di sisinya bersilih ganti. Namun, mamanya itu cuma mengangguk, dan wanita itu tidak semena-mena tertawa besar; jelek lagi sinis.

"Aku yakin seratus peratus dengan apa yang aku buat, Danisha... Peguam aku sendiri dah sahkan surat yang aku dapat tu surat asli, jadi mudah untuk aku palsukan wasiat si Hisyam tak guna tu untuk aku dapatkan bon-bon saham ni semua. Lepas ni senanglah hidup kau, budak... Harta tujuh keturunan pun tak akan habis..."

Pak!

Tersentak Puan Azirah dan Danisha apabila Qashriq yang duduk di depan mereka tiba-tiba menghempas mug minuman yang sedang diminumnya ke atas meja. Suasana langsung jadi hening dan tegang.

"Suka hati, mama..." Benci. Itu yang dapat Puan Azirah dan Danisha lihat pada mata Qashriq apabila lelaki itu berkata sedemikian. Terus, Puan Azirah kemaskan segala dokumen yang berada di atas meja dan beredar daripada ruang makan yang sedang mereka huni. Tajam jelingan yang diberikan kepada anak lelakinya itu sebelum tubuhnya hilang di sebalik pintu biliknya yang berada berhampiran. Mengeluh lemah Danisha apabila melihat ketegangan antara abang dan mamanya itu. Rambutnya lantas diraup.

"Kalau mama kantoi, kau nak buat apa, Ariq?" soal Danisha, penasaran. Qashriq langsung merengus saat mendengarkan pertanyaan adiknya itu.

"Biarkan saja dia meringkuk dalam penjara; dah banyak kali kita cakap 'tidak' pada dia, tapi dia tetap berkeras! Biar dah terhantuk baru nak terngadah! Aku keluar dulu," keras Qashriq meluahkan rasanya. Dia lantas mencapai kunci motosikalnya yang tergantung di dinding berhampiran pintu masuk setelah itu. Danisha memandang saja kepergian abangnya itu sehingga tubuhnya lenyap di sebalik pintu utama rumah. Usai itu, gadis itu terus bangun dan berjalan masuk ke biliknya. Diam-diam, dia terseringai sinis.

"Dramatik sungguh keluarga aku ni. Menyedihkan..." Dan malam keluarga itu, tamat begitu sahaja; Danisha hempas pintu bilik tidurnya.

*****

Pintu wad peribadi yang berada di depannya lantas ditolak. Tidak semena-mena terjeda langkah Ezray apabila dia melihat susuk tubuh Hayden berada tidak jauh dari depannya; di atas kerusi di sisi katil Ain.

"Oh, my... What a surprise! Engkau buat apa dekat sini, dude? Bila sampai?" Ezray menyoal hairan. Sampai saja di sisi si Hayden, lantas dia memberhentikan langkah dan memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Hayden memandang sekilas sebelum menegakkan postur tubuhnya dan kembali memeluk tubuh.

"Aku baru sampai. Kau pula macam mana boleh ada dekat sini?"

"Aku saja je nak buang masa sementara menunggu perjumpaan kita. Aunty mana?"

"Dalam toilet; segarkan diri." Hayden muncungkan bibirnya ke arah pintu bilik air yang berada berhampiran dengan pintu masuk. Perlahan-lahan Ezray mengangguk. Keadaan kembali hening tatkala dua lelaki itu kembali hanyut dalam dunia sendiri. Mata masing-masing tidak lekang daripada memerhatikan sekujur tubuh si Ain yang terbaring kaku di atas katil. Hanya bunyi mesin bantuan pernafasan yang mengisi sepi yang berada dalam wad peribadi itu.

"Wei, Hayden... Kau tahukan telefon Danny hilang sejak beberapa minggu yang lepas?" Ezray bersuara setelah beberapa ketika berlalu. Lantas Hayden menolehkan kepalanya ke sisi dan perlahan-lahan mengangguk. Sedar tak sedar, terjungkit keningnya.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now