"Nanti.."4

12 1 5
                                    

Selepas makan malam bersama kakak-kakak Fika, Fira kembali ke bilik yang ditempatinya. Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci dari dalam lalu dia menghempaskan badannya ke atas katil. Tudung dan baju kurung yang dipakai pun dibiarkan membaluti tubuhnya; penat. Badannya penat, jiwanya penat. Entah apa yang dirasakannya pada ketika ini. Jujur emosinya bercampur aduk; dadanya terasa dihimpit; sesak dan menyakitkan. Masih tersangat sukar baginya untuk menerima kenyataan bahawa sebenar yang terjadi pada sahabatnya.

Fira menghirup dalam aroma yang menyeruak dari bantal yang sedang dia gunakan. Rindu. Dia rindukan sosok yang dulu mempunyai aroma yang sama. Tanpa sedar; air matanya menitis membasahi bantal tersebut dan juga tudung bawal yg dipakainya. Fira hanya membiarkan air matanya mengalir keluar tanpa diseka. Seketika dia teringatkan kata-kata dari arwah sahabatnya kepadanya dulu;

"Fik, kalau Fik rasa sedih, nangis je. Jangan tahan. Nangis tu x bermakna kita tu lemah. Malahan, dengan tangisan tu akan membuat kita rasa lagi lega bahkan dapat memberikan kita kekuatan. So, just let it out. I'm always here, for you."

Makin diimbau, makin menjadi-jadi tangisannya. Seketika, Fika teresak-esak dengan suara tangisan yang tercekat. Fika menangkupkan mukanya ke bantal; mencuba untuk meredam suara esakannya; risau ada yang mendengar.

Tidak lama setelah itu; hatinya sudah sedikit tenang dan baik dari sebelumnya. Ada sedikit kelegaan setelah tangisannya mereda. Fika bangkit dari katil dan menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih selesa untuk dia pakai ketika waktu tidurnya nanti.

Setelah selesai mengganti pakaiannya, Fika menarik kerusi yang berada di meja belajar Fira lalu menempatinya. Disandarkan belakangnya ke tempat sandaran sambil matanya memerhati setiap barang yang berada di hadapannya; lebih tepatnya di atas meja tersebut. Deretan buku-buku yang tersusun rapi di satu sudut meja tersebut menarik perhatiannya. Ditariknya salah satu buku dari lima buah buku tersebut lalu membelek-belek dan membaca beberapa helaian sebelum dia menutupnya kembali. Fika merenung kulit buku tersebut buat seketika; entah apa yang bermain di fikirannya pada ketika itu.

Fika tersedar dari lamunannya; ketika dia hendak menyimpan kembali buku tersebut pada tempat asalnya; iaitu di tengah-tengah di antara empat buku yang lain, dia melihat ada satu buku yang tersimpan di sebalik buku-buku yang tersebut. Satu perasaan ingin tahu hinggap di dalam hatinya.

"Hmm? Buku apa tu? Kenapa tersorok kat situ?" Fika bermonolog; seraya tangannya menggapai buku tersebut.

Buku yang dibacanya tadi di letakkan di sebelah kirinya lalu diusap kulit hadapan buku yang tadinya tersorok di balik deretan buku yang lain.

Buku itu bersaiz A5; saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik bagi ukuran saiz buku nota atau diari. Corak luarannya cukup comel; bermotifkan negara matahari terbit.

Memang taste dia lah ni kalau buku macam ni. Detik hati kecil Fika sambil terkekeh perlahan; faham sangat dirinya akan minat sahabat kecilnya itu.

Klip magnet yang mengunci buku tersebut ditarik. Perlahan; tangan kirinya membuka buku tersebut. Helaian pertama buku tersebut diisi dengan perkataan,

Suara Hatiku,

Fira.

Fika mengusap setiap bait perkataan yang tertulis dengan pen berdakwat hitam tersebut; bibirnya turut menuturkan setiap perkataan yang tertera di situ.

Sah ni buku diary Fika. Patut laa tersorok kat belakang tu. Takpe ke kalau aku baca?

Lukisan comel dengan gaya 'chibi' seorang perempuan yang menyerupai Fira turut menghiasi halaman tersebut. Senyuman yang menghiasi wajah lukisan tersebut mengingatkannya akan senyuman pemilik buku tersebut yang sangat dirinduinya pada ketika itu. Sebuah senyuman terukir di bibir Fika; seolah-olah dia dijangkiti virus senyuman dari lukisan tersebut.

Fika membetulkan kedudukannya; menegakkan badannya dan menarik kerusi yang didudukinya itu mendekati meja belajar Fira. Belakang badannya disandarkan pada tempat sandar belakang kerusi itu; mencuba untuk selesakan kedudukannya.

Helaian kedua buku kecil itu diselak; dapat dilihat dengan jelas tarikh XX Disember 2015 tertulis jelas di helaian tersebut. Dah hampir 6 tahun usia diari ni. Perhatian Fira beralih kepada bait-bait kata yang dirangkai pada halaman tersebut.

Dear diari,

Aku bukan laa org yg jenis suka tulis diari, tp disebabkan dia aku rasa nk cuba buat diary things ni.

Diari, kau nk tau x? Hr ni, aku jumpa sorang student baru ni, x tau knp tiba2 je rasa nk dkat dgn dia, kalau boleh aku nk kwn dgn dia. Lagipun kmi sama umur, walaupun dia masuk 1 sem lewat dr aku. Okay laa kan? X jauh sgt..

Satu lg dia cantik, tinggi pulak tu.. td time stdnt2 bru ada program under kelab aku, tu laa first time aku jumpa dia, sbb dia dlm grup aku dgn Kak Wirdah.

Tp an, bangangnye aku rasa sbb pi teguq ketinggian dia td time nk salam2 farewell gtu. Ceh. Menyampah pulak dgn diri sendiri..haha.
Dia pulak gelak je bila dgr aku ckp cmtu. Her smile, its really beautiful.

Fika🌸

Bait2 kata untuk entry diari Fika yang pertama tamat di situ. Fira tersenyum sendiri apabila membaca apa yang ditulis oleh Fika dalam diarinya itu. Teringat dia akan memori lampau pertemuan mereka buat pertama kalinya. Bagi Fira, tiada apa pun yang menarik pada ketika itu. Hanya saja satu kata yang keluar dari mulut 'senior pendek' itu padanya memberi kesan kepadanya walaupun Kak Wirdah juga ada menegur tentang ketinggiannya.

"Fika.. Fika.. kemain puji aku dalam diari kau ni. Depan2 jual mahal. Bila ingat balik, baru aku faham kenapa bila kau tegur ketinggian aku waktu tu bagi satu kesan kat aku, Fika." Fira berbicara sendiri sambil matanya menatap gambar Fika di penjuru meja.

"Lawak laa ingat balik yang Fika duk terjinjit-jinjit time salam pipi waktu tu.  Kenapa laa baru sekarang aku nak ingat? Padahal dah banyak kali juga kita borak tentang ni sebelum ni, kan? Kenapa baru sekarang? Bila kau dah takde untuk kita imbau kembali memori dulu bersama?" Gambar Fika dicapai lalu usapnya gambar tersebut dengan lembut; seakan-akan dia mengusap sesuatu yang rapuh.

"Kalau laa kau masih ada dekat sini, mesti aku dah boleh tengok wajah kau yang tengah merah menyala sekarang ni sebab xleh nak tahan malu. Mesti aku dah boleh dengar gelak ketawa kau, Fika." Dadanya sesak, tapi sedikit pun air matanya tidak jatuh dari kelopak matanya.

❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

A short update from me.. 🤧

Btw, how are you guys feeling about our country political conflicts?🥶

⚠️⚠️⚠️
To get the character feelings better, please listen to the songs while reading the translation of the lyrics..😇

💠Destinyblue12⊿✯
💮17/8/2021💮

"Nanti.."Where stories live. Discover now