Cara Menarikkan Watak Anda

403 18 1
                                    

Hembus - hembus habuk sikit. *terbatuk* makaih, lama gila tak memberi ilmu. Hahaha. Okay, malas nak membebel macam - macam, sis Han nak terus jump ke pelajaran je la ya.

Hari ni Han nak sentuh karakter Qadri Dizyad. Kalau ada sesiapa baca novel tulisan sis Han, Pengorbanan Hati, mesti kenal la si Qadri ni.

To be honest, sis Han memang dah set awal - awal yang this guy, even dia ni protagonist pun, he would be a 100% plain guy. Memang kira lelaki yang meh... tak banyak kelebihan dalam karakter dia selain dia tahu bercucuk tanam. That's it!

Bukan apa, sis Han nak bereksperimen, nak tengok pembaca boleh nampak tak cara Qadri mematangkan diri dia. Dari seorang yang polos dan alang - alang bodoh gitu kepada seorang yang tahu apa yang dia mahu. Gitchuuu...

So macam mana sis Han create character Qadri yang membosankan ni into someone yang very interesting walaupun perwatakan dia sumpah basi gila!

Pertama : Sis Han tarik segala lebihan orang normal dari dia.

Jadinya, dalam cerita Pengorbanan Hati ni, Qadri adalah seorang lelaki yang kelainan upaya. Of course la, sebelum sis Han jadikan dia orang kelainan upaya, sis Hana adalah buka - buka beberapa artikel mengenai beberapa kecacatan so bila sis Han menulis, sis Han boleh faham apa yang susahnya menjadi orang kelainan upaya begini.

Kemudian, tak cukup dengan itu, sis Han sedihkan lagi hidup dia ni dengan kematian ibu bapanya. Sudah la dilahirkan cacat, mak ayah dia pun sudah tak ada di dunia.

Kebiasaannya, bila awak ada satu watak yang tak punya banyak personaliti a.k.a. Budak Baik, awak perlu meriahkan 'cerita dia' dengan sesuatu kelainan.

Cuba bayangkan kalau han hidupkan watak Qadri ni sebagai seorang yang baik, kaya, kacak, mak ayah ada, adik beradik ada.... *menguap* tak rasa karakter dia macam errrr, bosannya.

Dalam kes Qadri :

- Seorang kelainan upaya
- Yatim piatu
- Anak tunggal

SO kat sini, sis Han dah create satu karakter yang ohhhh, menarik....

Jadi, bila orang baca, orang macam ish, lain macam betul karakter ni walaupun perwatakan dia macam roti tawar. Blergh..

Jadi, resepi dia, ELAKKAN MENULIS KARAKTER YANG TERLALU SEMPURNA.

Kedua : Berikan sesuatu 'tension' dalam kehidupan dia.

Dalam kes Qadri, sis Han ambil tension antara menjadi seorang sahabat yang memegang janji dan mengejar kehendak hati yang sudah lama dikuburkan bisu.

Kalau korang baca Pengorbanan Hati, korang boleh nampak yang Qadri ni tak mampu buat keputusan diantara dua iaitu sama ada untuk terus berpegang pada janji atau terus saja dengan niat hatinya untuk hidup bersama isteri iaitu bekas kekasih sahabatnya sendiri.

Dalam situasi ni, Han fikir awal - awal kalau ikut logik kebiasaan cerita atau novel, 'tension' Qadri ni biasanya dipegang watak yang jahat, kan? Tapi Han buat terbalik sikit, tension kali ni dipegang oleh watak utama.

Jadi, walaupun agak pening untuk sis Han menulis cerita ni (demi Allah, susah gila! Aku sendiri dah pening, mana satu watak baiknya. T.T Padan muka sendiri la suka ambil jalan susah buat cerita!) sebab sifat protagonist memegang sifat antagonist. Tapi tak apa, bila kita menulis, logik cerita terletak pada diri kita. So.... aaaaalantak!

Tips : menulis jangan buat kerja carca marba, kalau menulis berkaitan dengan fakta tu, biarlah korang buat kajian terlebih dahulu. Jangan main tulis ikut sedap rasa Ajinomoto je. Orang baca pun tak boleh nak datang 'feel' tu. Ingat! DON'T BE A CHEAP WRITER. Gitchhuuuu!!!

Jadi, cara nak cara tension watak tu mudah je. Ini cara sis Han dapatkan 'tension' yang gila ni. Ada beberapa soalan yang sis Han akan tanya diri sendiri dan memainkan watak - watak di dalam kepala.

Tips : Please, kalau boleh jangan rely on bayangan cerita/novel orang. Cuba, rely on kehidupan di sekeliling anda. Percayalah, you'll create a better story)

1. Siapa orang yang penting dalam kehidupan watak utama awak?

Mak dia ke, bapak dia ke, kekasih dia ke, kawan ke, aaaa-tak kesahlah! Yang penting, orang itu orang yang penting dalam hidup si watak utama. Jadi, cepat - cepat jot it down. Dari sini, awak perlu buat cabang (Alah, macam mind map awan tuuu).

- dia ni siapa?
- apa hubungan dia dengan watak utama?
- kenapa dia berkawan/berhubungan dengan watak utama?
- apa masalah dia?
- apa kebaikan dia?

So bila awak dah jot down, awak akan nampak sedikit sebanyak dengan apa yang bakal menguatkan watak utama awak ni. Dalam kes Qaish, of course lah, Arissa dan Qaish. Jadi, sedaya upaya si Han takkan jauhkan 'tension' ni dari watak utama.

2. Genre apa yang awak nak ketengahkan dalam penceritaan?

Ramai orang cakap, alah tulis ajalah... lambat laun jadi cerita juga. Genre ni tak penting pun. Meh sini sis Han simbah dengan air Yassin.

Apoo, belajar Matematik, tak payah tahu cara mengira, terus je buat soalan? Gitu? Boleh ke macam itu dek non oi?

Setiap cerita, ada cara penyelesaiannya. Haaa, menulis pun sama. Kena ada cara juga. Mana boleh main bedal. MENULIS NI, JANGAN TAK KONSISTEN! NANTI JADI CARCA MARBA!

Awak nak ke baca novel yang sekejap sweet, sekejap dark, sekejap pelangi, sekejap hujan. (Figuratively; jap nak terangkan, kang tak sampai maksud pula)

Contoh, awak buat cerita pasal pembunuhan. Dalam cerita ni awak nak mencari si pembunuh dan membawa keadilan untuk si mangsa. Awal - awal awak dah setting genre cerita 'gelap'.

Sepatutnya dari awal sampai habis, awak menulis cerita itu dalam berkeadaan cerita itu berada dalam lorong yang betullah. Tapi ini tidak, awal - awal je dark, tengah - tengah cerita awak jadi cerita pelangi dan penuh dengan unicorn. Orang yang membaca pun kompen garu kepala la jadinya.

Apoko halnyo tibo - tibo pembunuh boleh kawen dengan si penuntut keadilannyo? (Tak pelik pun kalau awak memang pandai pusing cerita jadi gempak tapi sis Han jamin, untuk tahap penerimaan cerita begini di Malaysia? MIMPI JE LA)

3. Jangan terlalu sayang pada watak utama dan LEBIHKAN kasih sayang pada watak jahat. Jadikan watak utama seakan boneka!

Haaa... gimana tu?

Begini, bila nak menulis apa - apa plot, tulis dengan memposisikan watak utama ni macam musuh awak. Awak tak nak dia bahagia, awak nak nampakkan dia bodoh, awak nak biar dia terseksa.

Dalam masa yang sama, awal - awal cerita buat watak awak selesa dengan diri dia sendiri dan buat dia rasa, segala keputusan yang dia buat betul dan paling tepat.

Lepas tu, hancurkan semua kebahagian dia dan rumitkan keselesaan dia. Buat dia belajar yang apa yang dia faham, tak semestinya betul.

Bila banyak benda awak tak beri pada watak awak, automatik, watak awak akan lebih belajar dan lebih berusaha untuk dapatkan 'goal' cerita yang awak create.

Jadi, dia nampak lebih 'hidup'.

Faham ke idok?

Begini, contoh...

Watak Qadri kan, digambarkan sebagai orang yang sangat baik. Bukan baik yang dipijak tapi baik sebab dia merasa diri dia betul. Apa yang dia amal dari buku, itulah yang terbaik. Dia seakan hidup dalam lingkungan selamat saja.

Tak reti nak pertahankan hak sendiri, tak lantang dalam mempertahankan apa yang dia mahu. Kira han create Qadri ni suka hidup dalam keadaan 'selamat'

Walhal, dalam kes ini, dia tak tahu betapa ramainya manusia yang tak suka dengan cara dia hidup. Dalam kehidupan kita juga, bila kita buat silap, kita belajar dari kesilapan.

Han memang tak bagi keistimewaan pada dia dalam bab tu jadi bila han menulis, han akan gunakan kekurangan ini untuk jadi penggerak plot.

Eh, faham tak?

Kalau tak faham izinkan sis sambung esok pula ya. Huhuhu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

M E N U L I S  1 0 1 & S T U P I D M U M B L E SWhere stories live. Discover now