teaser 8

377 10 1
                                    

www.wasap.my/60173255126/Kombobersemut

Aku nak cakap apa lagi ya? Memang seperti kata Lidya. Environment kat sini lebih bagus dan semuanya baik-baik. Mereka layan aku dan beri aku tunjuk ajar tanpa banyak bicara.
"Thank you, Afiq... " Aku lorek senyum buat Afiq selepas dia ajar aku guna mesin photostat jenis canggih itu.
"No big deal. Untuk orang comel macam Nisa. Afiq boleh tolong apa saja." Afiq angkat kening dua kali. Sengaja menayang muka nakal.
"Amboi... Hang Apiq... Pantang staf baru tu comel. Mengayat saja." Kak Rosnah, salah seorang staf di situ menyakat Afiq.
"Alaa... Kasi can la kak. Mana tau jodoh."
Aku ketawa kecil lihat celoteh mereka. Aku tahu mereka cuma bergurau aje.
Afiq keluarkan telefon bimbitnya dan mula buat rakaman sekeliling pejabat. Eh, mamat ni. Lekas aku tutup muka dengan kertas.
"Afiq tu acah instafamous dan tiktokers famous Nisa. Semua benda nak rakam. Agaknya berak pun dia rakam." Kak Rosnah giat menyakat lagi sebelum tiba-tiba mereka terdiam.
"Eham! Seronok main-main?" Suara seorang lelaki menegur mereka.
"Sorry, Encik Azman. Tuan.."
Aku turunkan kertas dari tutup muka tadi.
"Isaac?" Terlepas nama Isaac dari bibir aku perlahan. Terbuntang mata aku nampak suami sendiri tercongok depan aku dengan beberapa orang lelaki lain.
"Maaf Sir." Afiq lekas kembali ke mejanya dan aku masih pegun di sini.
Isaac pula buat muka serius. Cuma pandang aku sekilas sebelum terus melintasi aku dan yang lain.
Kelu aku tak terkata apa.  Macam mana Isaac boleh ada sini. Takkanlah...

Teaser 8

#kombobersemut #tulangrusukmrduncan

#kombobersemut #tulangrusukmrduncan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now