Setibanya di apartment , Minri melemparkan beg tangannya ke atas sofa . Dia menghenyakkan punggungnya disitu bagi melepaskan penat lelahnya . Dia mengelap peluh yang mengalir di pipi mulusnya dengan tisu . Dia mencapai alat kawalan penghawa dingin lalu menurunkan suhu tersebut .

"Haihhh......."

Minri melepaskan keluhan . Sendirian dia harini . Sung Rin pulang lewat pasti dalam pukul 2 pagi begitu baru la minah tu nak nampak jalan rumah . Dia menyandarkan badannya ke sofa . Dicapainya alat kawalan jauh televisyen , membuka siaran rancangan . Dia mengeluh lagi kerana tiada satu rancangan pun yang berjaya menarik perhatian dia . Ditutup televisyen itu . Bergelap .

Dia meluru ke bilik dia , dilemparkan badannya ke atas katil . Apa aku nak buat ni? Cangok je lah duk rumah sensorang . Kan best kalau ajak Tao lepak bersama tapi haih Tao tu mesti lepak dengan aweks sekarang . Jadi baik aku tak payah ganggu .

Sehun...... Tiba tiba fikiran menerewang teringatkan Oh Sehun . Entah kenapa tiba tiba sahaja menjelmakan diri di minda Minri . Dia masih lagi akan pertemuan pagi tadi . Sarapan bersama-sama . Nampak keikhlasan yang lelaki itu mahu membantunya .

Dia mencapai beg tangannya semula dan mencari sesuatu yang amat penting baginya , iaitu nombor telefon yang Sehun berikan pada seketika dulu . Masih tersimpan kemas di dalam walletnya . Dikeluarkan dengan hati yang gembira . Jarinya mengagau mencapai telefon , setelah mendapatnya , Minri segera menaip nombor yang tertera itu dengan berhati-hati agar tidak tersilap nombor . Ditekupkan ke telinga dan berharap taliannya akan disambut oleh orang disana .

"Korang nak apa apa tak? Aku nak keluar ni."

Soal Baekhyun , memandang wajah setiap membernya . Dia mahu keluar berdating bersama Park Chanyeol aka husband dia .

"Sehun nak bubble tea!"

Jawab Sehun namun matanya masih melekat pada skrin televisyen itu .

"Tak payah nak mengada kau tu tengah selsema . Aku tak nak kau bertambah teruk pulak jadi aku tak belikan ye mianei bye "

Baekhyun terus menghempas pintu . Muncung sedepa mulut Sehun apabila permintaannya tidak ditunaikan . Di dalam rumah ni dia dilayan bagai anak kecil . Tapi apabila dia luar rumah , dia merasakan dia seorang lelaki yang sudah dewasa dan matang .

Sedang Sehun leka mengutuk Baekhyun di dalam hati , jeritan Kai menyapa gegendang telinganya .

"Woi telefon kau berbunyi ni ! Bising la bunyi dia tu . Kalau boleh aku rasa nak bakar je telefon kau tu .

Rungut Kai sambil menyerahkan alat canggih kepada Sehun. Sehun mengambil bersama sengihan

"Lek la hyung , jangan marah hehehe"

"Lek kepala hotak kau , nak pecah gegendang telinga aku dengar fon kau yang berbunyi cam nak pecah ni"

Bebel Kai sambil menayangkan muka tidak puas hati . Sehun hanya abaikan sahaja . Nama je hyung tapi perangai macam budak budak . Tengok aku ni hah lagi nampak matang tau . Sehun bermonolog sendirian .

"Annyeong"

Tegur si pemanggil. Sehun mengerutkan dahi . Siapa pulak call aku malam malam buta ni ? Eh takde la buta pun baru pukul 8.45 malam . Dijeling sekejap tadi sebelum mengangkat fon , tertera nombor yang tidak dikenali .

"Annyeong . Boleh saya tau siapa disana?"

Wah sungguh sopan ayat Sehun tu! Bravo ! Bravo! Nice try Oh Sehun!

"Saya Minri . Ingat lagi?"

"Ingat . Ada apa call saya ni ?"

"Saya ingat nak ajak awak keluar , kalau awak tak nak takpe"

Kendur suara Minri di dalam talian . Dengan harapan supaya lelaki itu akan terima ajakan dia itu .

Sehun mengerling ke jam dinding , baru 8.47 malam . Mungkin dia sempat keluar hanya untuk 1 atau 2 jam .

"Boleh la kalau camtu . Nak jumpa kat mana ?"

"Kat kafe XOXO , Jalan Black Pearl , Taman Moonlight ."

Terang Minri . Kafe itu berdekatan dengan rumahnya . Memandangkan dia seorang sahaja di rumah , dia hanya mengambil tempat yang dekat sahaja . Dia bimbang akan berlaku kejadian yang sama lagi . Belum sempat Sehun membalas , Minri telah putuskan talian .

MINRI menunggu Sehun dengan penuh penantian . Dia ingin berterima kasih kepada Sehun . Walaupun ditegah oleh Tao namun dia tetap berkeras mahu pergi jua . Dia tahu Tao bimbangkan dia namun dia pandai menjaga diri sendiri . Dia sudah besar dan bukannya kecil lagi .

Bila sendirian , Minri teringatkan perbualan dia antara Sehun . Walaupun singkat namun dia mampu memberi impak yang besar . Walaupun hanya sekejap namun dia mampu menghadirkan perasaan yang aneh dalam hati Minri. Apakah ini cinta kedua?

Masakan dia terus tamatkan panggilan tadi kerana dia merasakan hati dia bergetar hebat . Apakah sudah tumbuh perasaan kasih sayang walaupun baru berkenalan?

"Mianei, saya lambat."

Termati lamunan Minri disitu apabila suara Sehun menyapa dia . Dia mendongak memandang ke arah susuk badan yang sedang berdiri di hadapannya .

"Duduk la"

Ujar Minri , tersenyum . Sehun hanya mengangguk lalu terus menarik kerusi itu dan menghenyak punggungnya disitu .

"Saya cakap sesuatu pada Encik Sehun"

Belum sempat Minri hendak menyambung , Sehun sudah menyampuk dulu .

"Eh kan dah berapa kali saya cakap jangan la berencik encik dengan saya ni , panggil Sehun ye"

Ujar Sehun , tersenyum manis ke arah Minri dihadapannya , terpanar si gadis itu buat seketika .

DUP dap dup dap jantung ni dah kenapa ? MInri merasakan jantungnya berkencang hebat ketika ini . Kuatkan lah semangat ni wahai hati ....Aku baru je kenal dia , takkan dah jatuh cinta kot ? Kalau dengan Taehyung pun biasa biasa sahaja . Kenapa dengan Sehun ni lain macam ?

"Errrrr...btw Encik Sehun ....eh Sehun , saya nak jumpa awak sebab saya nak ucapkan terima kasih sebab risaukan pasal saya , saya terharu sangat . Kalau saya leka masatu mesti entah apa jadi kat saya ."

Jawab Minri dengan panjang lebar , satu nafas beb! Arghh oksigen come to me!

"La itu je ke ? Hahahah lek sudah . Awak tu perempuan , tak elok keluar rumah malam malam camni "

Minri merasakan dia sudah jatuh cinta dengan orang di hadapannya . Keprihatinan lelaki itu yang mencairkan hatinya yang selama ni mahu membina tembok yang kukuh supaya tidak jatuh cinta kali ke dua . Dia sudah trauma! Adakah ini cinta pandang ke dua ?

"Oh ye lupa nak kenal kan diri , saya Oh Sehun , berumur 21 tahun"

Ujar Sehun sambil meletakkan tangan di dada .

"Mwo?!?!?!?! booo?!?!?!?! 21 tahun ?!?!?! mudanya weh! Aku....aku jatuh cinta dengan lelaki yang muda dari aku ?!?!? Tapi dia nampak macam matang dan seperti lelaki dewasa . Kalau aku lamar dia , agak agak dia terima tak ?!?!?!? Ish gila la otak ni ! Ottoke T.T !!!!'

Minri tersenyum kelat , terkejut bukan kepalang bila tahu umur sebenar Sehun .

"Shin Minri , 26 tahun"

Kendur suara Minri sambil menundukkan wajahnya . Terbuntang mata Sehun ,

'What ?!?!!?!?!?!? Muka nampak macam budak budak tapi lagi tua dari saya ! Saya panggil noona boleh ?!?!? heheh"

Sehun mula merancang idea nakalnya . Nampak comel bila dia malu heheh

Malam itu bagaikan 'dating' pertama buat mereka . Minri sudah tahu serba sedikit latar belakang Sehun. Tidur lena malam ni jawabnya hahahahah

To be continued ;)

P/s : Sorry kalau hambar T.T

Accept You [Sehun Fanfic]Read this story for FREE!