BAB 12

22.6K 1K 112
                                    

~not-edited~

BAB 12

The language of love is international – Gerard Rave

Keukenhof Gardens dibanjiri oleh pelbagai jenis manusia. Tak kira bangsa, tak kira lapisan umur. Namun, gara-gara kawasan taman yang seluas tiga puluh dua hektar itu, ramainya tak terasa. Masih punya privasi untuk berjalan dan mengambil gambar. Di mana-mana sahaja pasti cantik.

Aku berjalan dengan Atisha. Haidar pula di belakang kami. Mula-mula rasa tak puas hati juga, tapi lama-kelamaan aku hanya biarkan saja. Mungkin harus berterima kasih pada bunga-bunga di taman itu. Kecantikannya menyejukkan hatiku ini.

Sungguh indah ciptaan Allah. Laluan dipenuhi pokok-pokok yang menghijau yang berbaris cantik. Dan bunga-bunga ditanam mengikut kelompok masing-masing. Ada orkid, hyacinth dan bermacam-macam lagi. Paling banyak dah tentulah tulip. Berwarna-warni berkembang mekar. Kewujudan kincir angin, tasik dan air pancut mencantikkan lagi pemandangan. Padan sajalah taman bunga ini mendapat jolokan taman bunga terbesar dan tercantik di dunia.

Sebesar-besar taman ini, boleh juga menjadi sekecil-kecil alam. Atisha secara tak sengaja bertemu dengan kawan baiknya ketika zaman sekolah dulu. Kebetulan sedang bercuti di Amsterdam bersama keluarganya.

Mengikut apa yang Atisha cerita tadi, nama kawannya itu Celine. Ketika berumur lima belas tahun, Celine sekeluarga berpindah ke Sheffield. Kiranya Atisha dan Celine sudah lama tak berhubung setelah itu. Dan kini bila mereka kembali berjumpa, aku diabaikan Atisha.

Bila Atisha dah lupakan aku, terpaksalah aku berjalan dengan Haidar. Aku tak terasa hati pun. Biarlah mereka berdua berbual. Pasti banyak cerita yang mahu dikongsi. Bukannya selalu. Walaupun aku dapat rasa, ada juga dalam sepuluh peratus niat Atisha memang sengaja tinggalkan aku berdua dengan Haidar.

Aku duduk di atas sebuah bangku kayu. Atisha dan kawannya itu masih berbual di hadapan tasik. Dapatlah aku hilangkan penat kaki sekejap sementara menanti. Sambil-sambil itu, dapat juga meneroka keindahan Allah di depan mata. Tambah-tambah sekarang ini, Haidar pun entah ke mana.

Serene.

Sehinggalah bauan minyak wangi yang cukup aku kenali cecah rongga hidung. Aku tahu Haidar kembali muncul dan mengambil tempat di sebelahku. Hilang sudah ketenanganku.

"Air." Haidar hulurkan satu botol air ke arahku.

Aku hanya diam menyambut. Kebetulan tekak memang tengah dahaga. Sombong biar bertempat. Jadi, rezeki jangan ditolak. Contoh sombong yang bertempat, buat tak tahu setelah itu tanpa mengucapkan terima kasih.

Diam. Tenang hirup air itu.

"The language of love is international." Tiba-tiba dia berbunyi. Aku berpaling ke arahnya sekilas.

"Selalu kita dengar tentang kisah diraja Britain. Tapi, tahu tak pasal kisah cinta diraja Belanda?" Haidar memulakan bicara.

"Tak. Macam mana?" Aku hanya melayannya. Tiada teman berborak sangat membosankan. Jadi, layankan sajalah sekali pun bekas kekasih aka musuh. Kalau bukan berbual, bergaduh pun boleh. Apa-apalah janji bukan duduk diam.

"Kisah cinta di antara Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima. Cinta di antara dua negara dan dua darjat. Willem-Alexander, tengku mahkota Belanda ketika itu dan Maxima Zorreguieta, orang kebanyakan yang berasal dari Argentina dan tinggal di New York." Haidar mula bercerita. Hari ini baru aku tahu siapa nama pemerintah Belanda itu.

"Apa yang awak rasa konflik yang timbul?" soalnya pula.

"Entah. Maybe masa bertunang tiba-tiba dapat tahu putera tu ada skandal dengan perempuan lain?" jawabku, separuh menyindir.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now