Bab 10

1K 80 2
                                    

Deelaila leka layan drama Korea terbaru kegemaraannya. Setiap minggu dia pasti tertunggu-tunggu episod baru Mr. Queen keluar di Netflix .Bila hujung minggu tiba, barulah dia boleh marathon episod yang dinantikan. Ketawa Deelaila pecah lagi melihat telatah permaisuri yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun yang juga merupakan artis korea kesukaannya. Memang lepas segala tension bila menonton drama bersiri tersebut. Ada-ada saja kerenah permaisuri yang buat hati dan ketawa sampai menitis air mata.

Habis satu episod, Deelaila tekan papan kekunci laptopnya untuk bertukar ke episod yang seterusnya. Baru sahaja pengenalan drama dipapar di skrin, pintu biliknya diketuk. Deelaila merungut dalam hati. Siapa yang kacau orang nak layan drama ni? Tambah pulak dah masuk babak yang menarik. Deelaila terus tekan butang pause. Tidak mahu terlepas walaupun sesaat.

Pintu dibuka daripada luar, terjengul wajah mummynya.

"Ada apa mummy?" Deelaila bertanya. Walaupun dalam hati dia sudah tidak sabar untuk kembali sambung tengok drama Koreanya.

"Dee tengah buat apa? Sibuk ke?" Datin Hazirah berkias dan masuk ke dalam.

"Tak sibuk pun mummy. Dee tengah layan drama korea je," jawab Deelaila tersengih. Deelaila perasaan mummynya itu kelihatan sedikit rasa serba-salah. Seolah ada sesuatu yang berat untuk diluahkan.

"Mummy ada apa-apa nak bagitahu Dee ke?" Deelaila mengorek. Datin Hazirah mengetap bibir. Berkira-kira untuk bercakap. Akhirnya dia hanya mampu menghela nafas berat.

"Daddy panggil Dee, ada sesuatu yang daddy nak bincang dengan Dee," Datin Hazirah kemudian menarik tangan Deelaila dan digenggam kemas. Deelaila mula rasa ada sesuatu yang tak kena.

"Daddy nak bincang pasal apa?" soalnya pelik. Apa lagi kali ni?

"Dee, mummy harap Dee boleh tenangkan diri. Mummy kalau boleh tak nak tengok Dee dengan daddy gaduh. Dee cuba faham ya," dahi Deelaila berkerut. Sah! Pasti daddynya ada rancang sesuatu tanpa pengetahuannya. Deelaila mula rasa serabut.

"Dee tak boleh nak janji mummy. Dee kena dengar dulu apa yang daddy nak cakap," balas Deelaila. Datin Hazirah ukir senyuman kelat. Kemudian, mereka berdua terus menuju ke ruang tamu di mana Dato' Fadhil sudah sedia menunggu. Deelaila duduk bertentangan dengan Dato' Fadhil manakala Datin Hazirah melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Daddy nak bincang apa dengan Dee?" Dee terus bertanya.

"Daddy nak kamu kahwin," Dato' Fadhil tidak bermukadimah malah terus melemparkan bom atom ke atas Deelaila. Deelaila ternganga. Dia jelas terkejut. Dia berharap dia salah dengar.

"Daddy dah jumpa beberapa calon yang sesuai untuk kamu. Calon suami yang boleh tolong kamu untuk uruskan syarikat kita nanti. Anak kawan daddy,"

Deelaila menarik nafas dalam cuba bertenang. Dia mengerling sekilas ke arah mummynya yang hanya diam. Deelaila tahu, mummynya ketika itu tidak dapat menolong dia.

"Daddy, Dee belum bersedia nak kahwin. Tolong jangan paksa Dee," Deelaila berkata dengan tenang.

"Sampai bila kamu nak hidup membujang? Kamu sedar tak umur kamu dah cecah 28 tahun? Daddy buat keputusan ni untuk kebaikan kamu juga," tingkah Dato' Fadhil. Deelaila ketap bibir. Kebaikan aku ke, kebaikan syarikat?

"Tapi Daddy-"

"Daddy tak kira. Hujung tahun ni kamu kena kahwin jugak. Daddy bagi kamu masa sebulan untuk berkenalan dengan calon yang daddy dah pilih. Dalam masa sebulan, daddy nak kamu buat pilihan dan hujung tahun nanti terus kahwin," Dato' Fadhil berkata tegas. Biji mata Deelaila hampir tercabut dari songket. Sebulan? Ingat sesenang ke nak tangkap cintan dengan orang.

Cinta ANTAGONISTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang