🔮 Bab 55

8.2K 839 284
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Aku menatap Arjuna yang sedang nyenyak tidur setelah kenyang menyusu.

"Sayang..."

"Bonda sudah buat silap yang sangat besar, sayang."

"Demi kamu sayang, dan demi tunaikan janji dia kepada bonda. Nyawanya hampir diragut Allah. Tapi syukur Allah masih memanjangkan usianya, jika tidak, bonda tidak tahu, bagaimana bonda mahu hidup selepas ini. Menanggung rasa bersalah yang sangat menggunung."

"Apa bonda terlalu mementingkan diri bonda? Demi kamu kembali kedalam dakapann bonda?"

"Atau apa yang bonda lakukan ini adalah benar? Dan bonda memang perlu menguatkan hati, kerana perjalanan kita ini bukannya mudah. Kan?"

Air mataku mengalir jatuh ke bantal. Tanganku naik membelai lembut pipi si kecil. Dia sedikit bergerak-gerak kerana sentuhanku, kemudian beralih menghadapku. Aktifnya kamu sayang. Insya-Allah, tidak lama lagi, pasti sudah boleh merangkak.

↪↩↩

"Si kecil. Kamu sudah terjaga? Puas beradunya? Lama bonda Cahaya menunggumu." Cahaya mula bermain dengan si kecil, Arjuna tatkala anakku itu sudah mencelikkan mata. Hampir setengah hari dia tidur, hari ini. Si kecil ini, pagi-pagi buta sudah terjaga. Setelah dimandikan dan disusukan sehingga kenyang, dia kembali tidur semula. Sampailah sekarang, baru bangun semula. 2 kali Cahaya datang ke kamar untuk menjenguknya, termasuklah ibu Tani, ayah Monsu, kak Widya dan kak Dewi termasuk juga kunjungan daripada Permaisuri Asmarani dan bondanya Giandra, Permaisuri Indah Rosa. Kunjungan mereka ke kamarku ini mengingatkanku akan momen beberapa hari yang lalu, saat aku mengadap baginda Raja Daniswara dan yang lainnya. Hanya kami berlima di balairung istana pada ketika itu.

"Patik berempat telah mendengar cerita daripada anakanda Fateh berkenaan dengan segalanya. Usah tuanku risau, patik pasti akan berada di pihak tuanku. Walaupun terpaksa derhaka kepada baginda Ratu Permaisuri. Tindakan baginda terhadap tuanku itu adalah suatu yang kejam dan benar-benar tidak adil."
Wajahku terangkat memandang Raja Daniswara tatkala mendengar kata ganti diri yang digunakan olehnya kepadaku, tinggi sekali. Apa pangkatku lebih tinggi daripada mereka?
Dan suara Raja Daniswara juga kelihatan begitu tegas sekali saat menuturkan hal tersebut. Terpancar jelas riaknya yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Ratu Permaisuri.

"Saya tidak mengerti, mengapa tuanku berempat begitu baik hati sekali, sudi menolong saya." terasa tanganku disentuh oleh satu tangan lembut. Aku menoleh ke sisi. Permaisuri Indah Rosa tersenyum kelat kepadaku, wajahnya seperti turut bersedih melihat riakku yang dirundung pilu dan terharu.

"Perlakuan baginda yang memaksa tuanku ke dunia ini adalah sesuatu paksaan yang tidak sepatutnya buat tuanku, tuanku dipaksa untuk menjadi Permaisuri baginda mendiangnya Raja Andhika, anakandanya, kemudian setelah lahirnya baginda Putera Arjuna ke alam ini, baginda bertindak kejam pula cuba memisahkan tuanku daripada anakanda tuanku."

"Dan bagaimana kami bisa berdiam diri dan hanya membiarkan saja? Tidak sepatutnya baginda Ratu memperlakukan hal ini kepada menantunya sendiri." ujar Permaisuri Indah Rosa.

"Jika mendiang Raja Zhour masih hidup. Pasti baginda yang pertama sekali yang akan menentang tindakan isterinya itu. Sungguh tidak pernah berubah baginda Ratu Permaisuri. Masih mewarisi darah kekejaman raja-raja alam yang sebelumnya. Sanggup melakukan apa sahaja, demi mengekalkan kuasa sendiri." ujar Raja Adipramana.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now