Bab 6

826 71 1
                                    

Hujung minggu berlalu dengan cepat. Deelaila kembali ke pejabat pada hari Isnin terus menyiapkan laporan yang bertimbun di atas meja. Tiba waktu makan tengah hari, Deelaila melangkah ke kafe. Dia memang  gemar makan di kafe kerana lebih dekat dengan pejabat. Jadi, tak perlu tergopoh-gapah untuk kembali ke office pada masa yang sepatutnya.

Ralit makan seorang diri, mejanya ditepuk.

"Makan tak ajak," kerusi di hadapannya di tarik. Deelaila kerut dahi.

"Bukan kau cakap dengan aku nak diet ke?" Kening kanannya terangkat.

"Esoklah aku diet, hari ini break sekejap," Aisya sengih. Deelaila buat muka. Break sekejap konon. Tak ada maknanya. Dari tahun lepas lagi dia tadah telinga dengar Aisya kata nak diet. Tapi tak pernah jadi. Bila berat badan makin bertambah. Dia juga yang kena pasang telinga dengar rungutan Aisya.

"Wei, kau tahu tak semalam aku terserempak dengan siapa?" bercahaya wajah Aisya bertanya. Deelaila angkat bahu.

"Tak tahu," selamba dia jawab.

"Ish! Kau ni sekurang-kurangnya terujalah sikit aku nak cerita ni, " cebik Aisya. Deelaila juling mata ke atas kemudian dia tayang sengihan lebar.

"Ya? Kau jumpa siapa Cha? Kau jumpa artis antarabangsa ke?" Deelaila buat-buat teruja. Sengihannya makin dilebarkan.

"Ada jugak yang kena tarik mulut dengan aku hari ni," gumam Aisya. Deelaila ketawa besar.

"Sorry. Kau jumpa siapa?" soalnya ingin tahu dengan tawa yang masih bersisa.

"Aku terserempak dengan Aryan tengah dating. Bukan main lawa lagi dia punya girlfriend. Cantik, tinggi dan bergaya," bersemangat Aisya bercerita. Wajah Deelaila berkerut.

"Tunggu.. tunggu... " Deelaila cuba mencerna berita tersebut.

"Aryan dating?" Deelaila minta kepastian. Aisya laju mengangguk. Mood Deelaila tiba-tiba merudum. Dia sendiri tak tahu mengapa. Mungkin sebab Aryan merahsiakan hal yang penting darinya?

"Dee, do you like him?"

Deelaila pantas menggeleng. Dahinya berkerut.

"Apa kau merepek ni?"

"Dee, muka kau macam ayam berak kapur tau bila aku sebut tentang Aryan dating," kata Aisya.

"Ye ke?"

"Yaa.."

"Yalah. Tak pelik lah kalau aku rasa terkilan sebab dia tak bagitahu aku tentang hal penting macam ni," kata Deelaila. Aisya tenung dia lama.

"Apa?" Deelaila pelik. Satu senyuman misteri hinggap dibibir Aisya. Kepala digeleng.

"Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku akan jadi antara orang paling gembira kalau Aryan dah jumpa pasangan hidup dia. Jadi tak payah nak buat andaian pelik-pelik,"

"Habis tu kenapa riak muka kau tu macam orang tak senang hati," Aisya menduga. Deelaila mengeluh kecil.

"Aku cuma risau," Aisya angkat kening suruh Deelaila habiskan ayat.

"Aku risau sebab Aryan tu baik. Nanti kalau dia jumpa perempuan yang niat nak gunakan dia macam mana. Aryan tu pun satu baik tak bertempat," Deelaila mengomel di hujung ayat. Aisya ketawa lucu. Ya Allah. Tak sangka dia ada kawan seperti ini.

"Kalau kau risau sangat, apa kata kau  yang jadi isteri dia," Aisya beri cadangan. Deelaila mencebik.

"Mana boleh. Aku anggap Aryan sebagai kawan baik aku saja. Lagipun, kau ingat Aryan tu nak ke kahwin dengan aku yang perangai macam ni. Cukuplah tujuh tahun dia hadap aku. Aku tak rasa dia sanggup layan aku sampai hujung nyawa," kata Deelaila. Ketika itu dia perasan, espresso miliknya masih belum disentuh. Tangan terus capai straw.

Cinta ANTAGONISTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang