3 bulan terasa sangat sekejap bila aku bersama Adam. Sejuta idea aku buat untuk buat dia benci aku tapi apakan daya dia lebih bijak menarik aku supaya mendekatinya. Adam tanpa sedar sedang menyeksa aku dengan teruk tapi aku tahu yang Adam akan lepaskan aku juga nanti. Tunggulah saat itu bila aku akan meraung bila ditinggalkan.
“Stop it!” Jerit Adam kuat bila aku sengaja pasang lagu kuat kuat dalam bilik air. Sengaja nak mencetus amarahnya dah dia nampak sabar sangat kan? Aku kena buat dia tinggalkan aku cepat sebelum hati aku dia tambat. Perempuan mana yang tak tersentuh bila didampingi lelaki yang terlalu baik untuknya.
“Ira! U better lower the volume or u will regret it forever!” Aku memang sengaja buat dia marah sebab aku suka! Suka dia benci aku. Aku kuatkan lagi volume dan aku dapat dengar orang ketuk pintu bilik air kuat. Macam nak tercabut je pintu bilik air tu. Aku segera tutup paip dan membalut badan dengan tuala. Belum sempat aku mencapai fon yang terpasang lagu, Adam dah berjaya masuk ke dalam bilik air dgn muka bengang habis. Aku kecut perut, Adam marah sangat ni macam mana ni? Adam memandang aku dengan aura menbunuh dan fon aku dicapainya lalu lagu ditutup. Dia menghulurkan fon aku dengan muka berang, lambat aku nak menyambutnya kerana ketar.
“Take it!” Jeritnya sehingga tangan ketar aku mencapainya tapi terlucut terus masuk ke dalam tab mandi yang masih lagi berisi air sabun. Habislah fon aku tapi bukam itu yang aku takutkan sekarang. Adam! Adam lagi menakutkan, baru je aku buka langkah untuk mngundur tapi laju tangan Adam merangkul aku erat dan aku betul betul di dalam pelukannya. Terasa hangat batang leher aku bila Adam menyentuhnya dengan bibirnya,no!
“Adam….” aku dah menangis pilu, tolonglah jangan layan aku macam ni Adam aku tak kuat. Adam berhenti dari perbuatannya dan dia terus keluar dari blik air dan pintu bilik air ditutup kuat. Aku terduduk dan menangis teresak esak. Aku hak dia tapi dia bukan hak aku. Ya Allah apa yang harus aku buat? Setelah puas menangis aku keluar dari bilik air dan solat asar yang dah lewat sangat. Aku terus berada di tikar sejadah sehingga maghrib dan seterusnya isyak. Adam langsung tak masuk bilik untuk solat berjemaah seperti biasa.
Jam berginjak ke pukul 3 pagi. Adam tak masuk ke bilik lagi jadi aku ke ruang tamu. Adam sudah lena di sofa. Aku tak sedih kerana perbuatannya tadi tapi aku sedih sebab aku bukan untuk Adam. Aku bukan Hawa kepada Adam. Aku naik ke bilik dan berbaring di atas katil yang selama ini dikongsi. Kali pertama kami tidur berasingan terasa janggal. Aku menyentuh bantal milik Adam dan teringat celotehnya setiap kali nak masuk tidur. Dipaksanya aku dengar cerita dia sampai habis last last aku tidur mati jugak.
“Aya,bangun solat subuh” terasa tangan aku dielus lembut. Sejuk tanganya dan aku tersenyum segaris.
“Sejuk tangan u Adam”aku bersuara dalam tak berapa nak sedar dah la senyum bagai.
“Solatlah…jom” ajaknya mesra seperti biasa. Aku membuka mata dengan luas dan terkejut bila tangannya berada dibibirku. Ah! Aku dah kalah kalau mcm ni.
“Adam!” Aku terus bangun dari katil. Kurang asam ambil kesempatan pulak dia. Dia tergelak kecil lalu membongkok memandang aku.
“Looks like u miss me a lot for the whole night ha?”
“What?”
“You are hugging my pillow since when?”
“Me? No la!”
“I saw it last night. U start to miss me right?” Soalnya menduga.
“Of course not.”
“New fon, sorry” aku tersenyum. Entah bila dia keluar beli aku pun tak sure. Tapi aku sengih je dah telefon mandi sekali. Aku buka contact list dan ada satu je nama. ‘My dear husband’ Perasan betul dia ni.
“Perasan la u ni!”
“Dont u dare to change it! I will sue u!” Dia berkata tegas dan aku tentunya tidak berani nak membantah. Biarkan je la. Malas nak gaduh dengan dia hari ni. Seram sejuk tadi buat aku runsing dengan Adam.
**************************************
“Ma... berdua dengan Alin je?” Aku membuka pintu untuk mereka berdua. Keluarga Adam ni.
“Papa and Alan tak datang sekali?” Soal aku mesra. Rindu kat dorang sebab sibuk sangat sekarang ni.
“Dua beranak tu sibuk nak main golf. Biarlah mereka” aku tergelak kecil.
“Abang mana kak?” Soal Alin anak kedua mama. Yang sorang lagi Alan tu bongsu tapi mereka berdua kembar sebenarnya.
“Kat bilik. Ada kerja sikit.”
“Oh. Lawa rumah abang sekarang kan ma?"
"Dah ada org uruskan” part ni aku suka. Suka decorate rumah. Hahahaha.
Borak punya borak gelak pun bagai nak rak dah akhirnya kami ke dapur untuk panaskan dapur. Hehehe. Rindu masakan mama, minggu lepas ibu dah datang sini hari ni mama pulak. Untung badan aku ni kan? Bila nak masak Adam kata kenalah kemas dan bersih jadi aku sanggul rambut yang terikat macam ekor kuda ni dan kami mula masak. Kepoh betul mulut Alin duk membebel kena kupas bawang. Hailah… manja betul anak perempuan mama ni.
“Kak, apa benda yang merah kat leher akak ni?” Soal Alin direct lalu menyentuh leher aku. Aku diam, kenapa pulak dengan leher aku? Kening aku bertaut sebab pelik. Mama curi pandang dan kemudian mulut Alin ditampar lembut,kenapa ni?
“Sibuk aje Alin ni nak tahu hal orang tua” marah mama sambil tersengih sengih dan aku pun sebenarnya sama level blur dengan Alin.
“Ma,Lin. Apa yang duk belek kat leher wife Adam ni?” Soal Adam ceria lalu memeluk mamanya erat dan kemudian Alin memeluk badan Adam. Aku? Tersenyum bahagia melihat keluarga mereka. Memang sebuah keluarga yang bahagia,macam keluarga aku jugak. Adam mengangkat kening pada aku dan aku? Tak faham.
Setelah mama dan Alin balik aku sendiri menilik leher aku tapi takde satu benda pun. Aku meraba raba leher sendiri kemudian Adam muncul dan tangannya menyentuh satu tempat di belakang leher aku.
“Why? Something wrong?” Soal aku khuatir, entah merah apa yang Alin nampak.
“Nope! Its cute”
“What is it?”
“Trust me u don't want to know”
“Tell me!” Aku memaksanya dan dia? Terus ambil cermin lagi satu dan tunjukkan pada aku. What?! Patutlah mama senyum semacam je. Malunya.
“Love bite Ira” bisik Adam ditelinga aku, terus berdiri tegak bulu roma aku. Gaya nak nyanyi lagu nation je. Aku menjauhkan diri dari Adam. Macam mana nak hilangkan benda ni eh?ni semua Adam punya pasal la tapi nasib baik tak ada lah merah sangat. Aku menggosok leher sendiri untuk hilangkan kesan ni sampai jadi bahan gelak Adam. Kurang hajaq!
“Tiga hari lgi hilang la tu”
“What? Three days?” Mampuslah aku kalau macam ni.
“Ya” jawabnya selamba. Aku atur langkah ke bilik air malas nak buat hilang suara gaduh dengan dia.
YOU ARE READING
Default Title - Write Your Own
RomancePerempuan mana tak mahu bahagia bila diri ini sudah dimiliki secara halalnya, perkahwinan ini bukan atas dasar cinta dan aku memang perempuan yang bertuah kerana dinikahi tetapi sangat malang bagi suami aku yang menikahi aku. Kami? Takkan dapat lalu...
