Bab 3

865 62 3
                                    

Bibir Deelaila mengukir senyum sinis apabila mata-mata yang berada di dalam restoran mewah itu tertumpu padanya. Dengan penuh lenggang-lenggok, Deelaila menuju ke arah Hazim yang sedang duduk di meja yang telah ditempah khas di atas nama Hazim sendiri. Oleh sebab Hazim duduk membelakangkan pintu masuk restoran, Hazim masih belum sedar akan kehadirannya.

"Hai Hazim," Deelaila menyapa dengan senyuman lebar sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Hazim. Deelaila hampir melepaskan tawa melihat Hazim seperti terkena kejutan elektrik itu. Hazim memandangnya dari atas ke bawah. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit seperti mahu berkata sesuatu.

"You jangan pandang I lama-lama macam tu nanti I blushing pula," Deelaila acah-acah malu. Jari-jemari bermain di hujung rambutnya.

"I sengaja tau guna make up baru, baju baru semata-mata nak jumpa you. Cantik tak?" Deelaila mengerdipkan bulu mata palsunya yang panjang seperti anak patung barbie itu berkali-kali. Hazim sudah seperti ikan kelemasan. Kehilangan kata-kata. Dia kemudian melemparkan pandangan ke sekeliling kawasan Restoran, seperti dijangkakan banyak pasang mata sedang memerhatikan mereka. Ada juga yang sedang berbisik.

"Err... Dee, you tak rasa ke pipi dan bibir you tu merah sangat?" Hazim teragak-agak menegur. Mata Hazim kemudian beralih pada pakaian Dee pula.           

"What's with your outfit?" Hazim menunjukkan rasa kurang senang melihat pakaian Deelaila. Deelaila melabuhkan punggung di hadapan Hazim. Senyuman lebar masih tak lekang dari bibirnya.

"Ada masalah dengan pakaian I ke?" Deelaila pura-pura keliru. Walhal dalam hati, dia sudah ketawa besar. Dia memang sengaja memakai pakaian yang luar biasa untuk berjumpa dengan Hazim. Skirt labuh warna merah terang dikenakan dengan baju blouse warna kuning menyilau. Bukan itu sahaja, Deelaila turut mengenakan make up yang tebal dan berlebihan semata-mata untuk mendera mental Hazim.

"Dee, you kelihatan tak ubah seperti badut sekarang. You tak malu ke orang pandang you," Hazim berkata dengan nada penuh distaste. Seakan apa yang dipakai Deelaila ketika itu tampak sangat kolot dimatanya.

Amboi, pedas sungguh sindiran itu. Deelaila pura-pura tersentak, berkecil hati dengan kata-kata Hazim. Muncung ditarik.

"I minta maaf. I ingat you akan happy kalau I pakai cantik-cantik untuk jumpa you," Deelaila berkata dengan nada sedih dan kecewa. You deserve an award Dee. Deelaila sempat puji diri sendiri dalam hati.

"Dee. Ini bukan cantik tapi buruk. Memalukan," bisik Hazim tidak mahu orang lain dengar.

Deelaila senyum sinis dalam hati. checkmate!

"Sampai hati you cakap I buruk. I tahu I tak pandai nak berhias macam perempuan-perempuan lain yang you selalu jumpa. Tapi I cuba. Pagi tadi I bangun dengan perasaan penuh teruja nak jumpa you. I usaha pakai lawa-lawa semata demi you. Tapi apa yang I dapat, you kutuk I cakap I buruk,"

Deelaila memulakan babak sedih. Panjang bibir dijuihkan. Dia sengaja kuatkan sedikit tangisan dan suaranya untuk menarik perhatian pelanggan yang turut makan di restoran itu. Seperti yang dijangkakan, Deelaila berjaya menarik banyak mata ke arah meja dia dan Hazim berada. Dia tahu ada segelintir manusia yang menonton akan melahirkan rasa simpati terhadap situasinya dan begitu juga sebaliknya. Akan ada jua yang mencemuh.

Hazim mula tunjukkan tanda-tanda panik dan malu apabila mereka menjadi tumpuan orang ramai.

"Dee stop crying. It's embarassing," Hazim tekankan suaranya.

Cinta ANTAGONISTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang