Bab 2

1K 61 1
                                    

Deelaila hirup perlahan Coffee Latte yang dipesannya sebentar tadi sementara menunggu Aryan tiba. Cuti hujung minggu sepatutnya digunakan dengan menghabiskan masa di rumah untuk berehat akan tetapi Deelaila tidak mahu bertembung dengan daddynya setelah pertelingkahan mereka beberapa hari yang lepas. Mamanya, Datin Hazirah pula masih berada di London bercuti bersama Mama Ngahnya yang juga merupakan ibu kepada Ariana.

Ariana ialah sepupu yang selalu dibanggakan oleh Dato' Fadhil dan ahli keluarganya yang lain. Ingat nama Ariana sahaja sudah cukup membuatkan Deelaila rasa jengkel dan menyampah.

Sepuluh minit berlalu, Aryan akhirnya tiba di kafe yang dijanjikan  mengenakan pakaian casual lengkap berwarna hitam. Deelaila tidak menafikan, Aryan mempunyai rupa paras yang mampu membuatkan gadis-gadis tidak kira umur menjeling kali kedua ke arahnya. Kulit Aryan yang sawo matang dan alis wajahnya yang sempurna cukup untuk Aryan menerima gelaran sebagai lelaki pujaan hati wanita. Bohonglah kalau Deelaila katakan dia tidak perasan ketika mereka masih belajar di kolej dulu, Aryan banyak menerima confession daripada siswi-siswi di kolej mereka. Cuma yang membuatkan Deelaila berasa hairan adalah kerana, tidak ada satu perempuan pun yang diterima oleh Aryan.

"Kenapa you pandang I macam tu?" soal Aryan dan terus duduk di hadapan Deelaila. Deelaila pantas melarikan pandangan. Dia sendiri tidak sedar dia sedang merenung Aryan.

"Tiba- tiba, I rasa you nampak  handsome,"  Deelaila berterus terang.
Aryan mengukir senyum kerek.

"Bukan I selalu kacak ke?" kerek suara Aryan kedengaran di telinga Deelaila. Dia mencebik.

"You jangan sampai I keluarkan balik sarapan pagi I dekat depan you," ugut Deelaila.

Aryan sengih lebar. Dia kemudian meletakkan sekeping kad berwarna keemasan ke atas meja. Kad tersebut ditolak ke arah Deelaila.

"Apa ni?"

"Kad jemputan majlis perkahwinan Qalish,"

Terus sahaja wajah Deelaila berubah kelam. Alergi mendengar tentang majlis perkahwinan Qalish.

"You tahu I tak akan pergi bukan? I kalau boleh I tak nak tengok pun perempuan yang jadi isteri Qalish," Deelaila berkata dengan penuh benci. Hatinya masih tidak boleh terima, Qalish lelaki yang digilainya menjadi milik orang lain.

"Alright. You tenang okay? I keluar dengan you hari ini bukan untuk tengok you stress. Jadi ketepikan dulu hal Qalish," Aryan berkata.

"Apa yang membuatkan you tiba-tiba ajak I keluar?" Aryan mengubah topik. Tidak mahu Deelaila terus-terusan suram.

"Sebenarnya, I tak rancang apa-apa pun untuk hari ini. I cuma fikir nak keluar dari rumah dan I terfikirkan you. So, I ajaklah you," kata Deelaila berterus terang. Aryan buat muka. Kening kanan diangkat.

"Kenapa tak ajak kawan-kawan you?"
Aryan sempat angkat tangan untuk panggil waiter.

"Semua sibuk," cebik Deelaila. Walhal yang sebenarnya dia tidak ajak mana-mana kawan pun untuk keluar.  Deelaila tahu kalau keluar dengan kawan-kawannya yang lain, kusut kepala dia bukan makin kurang tapi makin bertambah. Kebanyakan kawannya pula jenis yang kurang common sense kecuali seorang, si Aisya.

Aryan angguk tanda faham. "Jadi lepas ni, you nak pergi mana?"

Deelaila sengih. "Shopping,"

Riak wajah Aryan terus berubah. Dia memandang Deelaila dengan pandangan 'jangan bergurau'. Akan tetapi melihat wajah Deelaila yang teruja dia tahu Deelaila betul-betul hendak pergi membeli-belah.

Cinta ANTAGONISTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang