◈Final Chapter◈

Começar do início
                                        

"Aku tak pernah ada adik perempuan. Kau bukan adik aku. Kau still tak boleh terima hm?~" perli Jungkook dan langsung membuatkan hati gadis itu luluh. Namjoon cuba hentikan Jungkook daripada terus melontarkan kata cacian kepada Jaerim. Mereka yang lain juga. Sungguh dia sudah mula bencikan gadis tersebut.




Tidak sempat Mr Ahn mahu memujuk Jaerim, gadis itu lekas berundur keluar melalui pintu. Tanpa membuang masa, Jimin turut keluar daripada bilik itu untuk mengejar Jaerim.







_______◈♕◈_______

Aku cuba untuk tidak menangis. Chill itu hanyalah ejekan yang biasa. Kau ni memang kalah budak la Jaerim. Heheheh ya kau kan kuat, sabar je ok? Beri dia masa. Mana tau dia boleh ingat kau sikit-sikit.





Tapi, ianya terlalu sakit hiks. Air mata aku mula mengalir dan membasahi pipi. Dengan cepat aku mengelap dengan lengan baju agar tidak dilihat oleh orang lain.




Sakit, sangat sakit. Perlu ke dia maki aku macam tu? Anggap aku macam musuh? Lemahnya aku. Kalau orang lain caci hina aku, aku boleh gagah lagi. Ini Jeon Jungkook, insan yang aku sudah mula---






Ah cukup! Apa dah jadi dengan aku hiks.
Aku mematikan langkah sekejap sambil menekup wajah aku, tak tahan lagi dengan sebak gila ni.





Secara tidak sengaja, aku terpandang ke sisi dan langsung terlihat seorang wanita tua yang menghadap ke arah tingkap di dalam bilik tersebut. Huh? Personal room? Istimewanya nenek tu. Kenapa pintunya ada tanda no entry except you are her family. What?




Sebelum aku beredar, ada sesuatu yang mencuri perhatian aku. Sekeping gambar terlepas daripada pegangannya dan jatuh ke atas lantai. Tubuhnya yang sudah tua begitu sukar untuk mencapai gambar tersebut. Kesiannya, mungkin aku patut tolong.



Tanpa rasa bersalah, aku menolak pintu biliknya dan melangkah masuk. Dengan perlahan aku menegur nenek tersebut dan tolong ambilkan gambar itu untuknya.





Mungkin aku tak patut lihat apa yang tergambar di dalam kepingan tersebut. Tapi, aku tidak sengaja dan ianya sudah terlambat. Satu tubuh aku kaku, mata aku juga tidak berkedip saat melihat wajah seorang insan yang berada di dalam gambar itu.





Aku bangun perlahan-lahan, dan cuba melihat wajah wanita tua yang duduk di atas kerusi roda tersebut. Dia juga menayangkan reaksi yang sama saat bertentang mata dengan aku.




Tangannya yang sudah berkedut perlahan-lahan menyentuh kulit pipi aku. Aku membatu, terasa darah hangatnya yang tidak jauh beza. Sungguh, kehangatan tangannya membuatkan rentak jantung aku kian pantas.











"Omo cik, cik tak dibenarkan masuk ke sini. I'm so sorry you need to----"



"Ah mian! Tu adik saya. Sorry nurse." celah Jimin yang baru tiba di muka pintu. Ditunduk minta maaf ke arah jururawat sebelum berjalan ke arah aku. Lengan aku ditarik untuk keluar dari bilik tersebut, namun aku tetap berkeras diri.






Ada sesuatu yang menahan tubuh aku daripada bergerak.







Tanpa amaran, Jimin mencampung tubuh aku dan dibawa keluar. Jururawat sekadar berkedip mata tanpa berkata sepatah. Sekejap, aku tidak salah nampak bukan? Orang yang ada di dalam gambar tu serupa dengan....







....Jungkook.









"Please, lepaskan Jae!" aku meronta dan segera Jimin turunkan aku. Mahu saja aku berlari semula ke bilik itu namun sempat lenganku ditarik Jimin. Aku bergelut, disebabkan suara aku yang lantang mengganggu keselesaan orang yang turut berada di koridor tersebut.






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Onde histórias criam vida. Descubra agora