Syahida membuka matanya untuk melihat wajah anak-anaknya.

"Kembar Sya. Kembar lelaki dan perempuan,"kata Sara perlahan. Dia memegang kedua bayi yang sedang menangis. Mengalir airmata Syahida melihat wajah anak-anaknya.

"Ibu, pergi dulu ya,"ujar Syahida. Sara mula menitiskan airmatanya. "Sya percaya kanda Ishak dan Kanda Delima akan menjaga mereka dengan baik,"kata Syahida dalam kesakitan. Dia menyentuh wajah bayi-bayi itu dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Shu Wu jI dan Liu Lu tiba serentak dengan Tun Ishak. Istana Temenggung runtuh dimakan abu tetapi Datuk Temenggung dan isterinya terselamat.

"Datuk, penjenayah itu dapat melarikan diri,"beritahu pengawal yang ada di situ.

"Datuk,istana datuk juga diserang,"beritahu Shu Wu Ji. Selepas meninggalkan Delima menjaga kedua ibubapanya. Mereka bergegas ke istana Tun Ishak.

"Pipit!"panggil Tun Ishak. Pipit mengangkat hormat. "Cik Puan Syahida?" Pipit menunjuk ke dalam rumah. Mereka melihat Yong Liu diikat dan dikawal oleh 2 orang tentera di situ. Satu badan Yong Liu berlumuran darah. "Ni-"

"Cik Zheng melibas mata Yong Liu dengan rotan,"jawab Pipit.

Ann Di keluar dari bilik itu juga berlumuran darah.

"Ann Di,"panggil Shu Wu Ji cemas.

"Yong Liu menikam Cik Puan Syahida dengan sebilah pisau. Ampunkan hamba datuk, Cik Puan Syahida tidak dapat diselamatkan."

Tun Ishak terduduk di lantai. Sara dengan kaki yang berat keluar dari bilik itu membawa dua bayi di tangannya.

"Kami hanya boleh selamatkan anak-anak Syahida,"kata Sara dengan airmata berjurai. Dia meletakkan bayi-bayi itu ke tangan Tun Ishak."masih belum diqamatkan,"kata Sara lemah. Dia lalu pitam tapi dapat diselamatkan oleh Shu Wu Ji.

"Sayang,sayang,"panggil Shu Wu Ji menepuk pipi Sara. Shu Wu Ji mencempung Sara dan meminta izin untuk pulang.

"Lanun-lanun itu telah dapat dikalahkan dengan bantuan Tentera Laut Maharaja. Terima kasih,"ucap Tun Ishak lemah dan tanpa berlengah dia mengqamatkan anak-anaknya. Selesai sahaja, Shu Wu Ji dan Ann Di mengikut Shu Wu Ji pulang ke rumah rehat. Liu Lu membawa Yong Liu pulang ke penjara.

"Sara, Sara." Sara membuka matanya dan dia berada persimpangan masa. Dia melihat seorang gadis seiras dengan Puteri Hang Li Po sedang duduk di bangku di tepi air terjun berwarna-warni.

"Siapa?"tanya Sara.

"Popo,"jawab gadis itu.

"Popo? Popo Chan?"tanya Sara merujuk kepada moyang saudaranya.

"Rantai itu yang kau panggil Popo,"jawab gadis itu tersenyum manis. "Hidup tidak begitu indah dalam tubuh Mo Li Hua bukan?"tanya Popo. Sara duduk di sebelahnya.

"Wang Li Bao ialah popo?"tanya Sara. Popo itu mengangguk.

"Wow,mamatok adalah warisan Hang Li Po?"tanya Sara sendiri. Popo ketawa.

"Sudah mahu pulang ke mak dan mamatok?"tanya Popo.

"Mahu pulang bersama Ann Di,"jawab Sara. Popo mengangguk.

"Dia dan kamu, berkongsi rasa, berkongsi jiwa.Jika kamu boleh pulang, dia juga akan pulang."

"Popo, bawa Sara pulang,"pinta Sara. Popo tersenyum dia membelai rambut Sara.

"Benar-benar mahu pulang?"tanya Popo. Sara mengangguk. "Shu Wu Ji?"

"Dia mesti akan jadi okay. Dia lahir di zaman ini,"jawab Sara.

"Benarkah mahu pulang?"tanya Popo. Untuk ke berapa kali Popo bertanyakan soalan yang sama.

"Bolehkah Sara pulang?"

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now