Sejak perkenalan tidak sengaja antara Azhar dengan Noreen di kedai ayahnya tempoh hari, Azhar sering ke pekan pula mengantikan ayahnya setiap hujung minggu itu. Walaupun tidak membeli barang keperluan dapur, dia akan tetap juga singgah sekejap di kedai Pak Amin hanya untuk melihat dan berjumpa dengan gadis yang dia minati dalam diam bernama Noreen ini. Hatinya juga mula terpaut dengan kecantikan dan kelembutan susun kata Noreen ini yang baru menginjak usia 20 tahun ini. Mulanya ayahnya pak Abu tidak merasa pelik dan tak ambil kisah dengan tingkah laku anaknya ini, namun lama kelamaan dia berasa hairan juga dan seperti ingin bertanya kepada anaknya ini apa yang berlaku.
************************************
Pada suatu petang itu seperti biasa selepas balik dari mengerjakan sawah mereka, anak beranak ini akan diduduk berehat di serambi rumah mereka ini 'mengambil angin' sambil melihat ke kawasan luas terbentang tanah mereka yang baru ditumbuh dengan benih padi di depan rumah mereka ini sambil menghirup kopi panas seperti biasa. Benih-benih padi yang baru ditanam di dalam kotak-kotak padi itu kelihatan tumbuh subur dan menghijau seluas saujana mata memandang memberi kepuasan dan ketenangan kepada kepada sesiapa yang melihatnya. Sambil berbual-bual kosong, Pak Abu bertanya kemudian bertanya kepada anaknya Azhar.Pak Abu : 'Azhar...ayah nak tanya kamu sikit boleh'. Pertanyaan ayahnya itu membuatkan Azhar tersedar dari keasyikkan dia menghirup kopi panas ditangannya.
Azhar : 'Ada apa dia ayah..cakap lah'. jawap Azhar ringkas sambil memandang wajah ayahnya.
Pak Abu : 'Ayah tengok kamu semenjak dua menjak ini pelik sikit perangai kamu Azhar, rajin 'berbenor' kamu ke Pekan kita sekarang ini. Dulu bukan main tak minat lagi kamu ke pekan nak jual getah sekerap kita ke sana. Ayah nak pergi sana bersama kamu sekali pun kamu tak bagi. Pastu lak ayah tengok kamu sekarang asyik tersenyum aje sendirian, pelik jugak itu. Kamu ada masalah ke atau kamu nie sakit Azhar?'
Azhar : 'Takdalah ayah...bosan gak duk asyik jaga bendang dan pergi menoreh itu, lagi pun Azhar suka pergi ke pekan itu sekarang sebab boleh jumpa ramai orang kampung kita ini. ..yang Azhar senyum itu pulak ayah sebab padi dan getah yang kita usahakan ini menjadi, duit kita dalam bank pun dah banyak ayah itu aje.Hmm ..kalau ada apa-apa masalah Azhar pasti akan cerita terus kat ayah lah. Ayah kenal Azhar macam mana kan'. Dia cuba itu tidak menceritakan berkenaan gadis yang dia minat dekat kedai Pak Amin kepada ayahnya dahulu.
Pak Abu : 'Hmm..baiklah kalau macam itu, hujung minggu ini ayah rasa ayah nak ikut kamu yer ke Pekan itu, dah berbulan ayah tak pergi sana. Nak juga ayah tengok apa yang ada ke pekan itu sekarang. Bosan lak duduk kat rumah ini aje, lagipun Ayah nak belikan tembakau rokok ayah dah nak habis ini'. Pak Abu menunjukan bungkusan dalam plastik daun tembakau yang hampir habis itu kepada Azhar.
Azhar: 'Ayah nak pergi pekan hmm .......bolehlah kalau macam itu.....tembakau Ayah itu, boleh aje Azhar belikan untuk ayah kat kedai Pak Amin kalau ayah rasa nak beli itu aje kat pekan. Azhar seperti cuba untuk menghalang ayahnya pergi ke Pekan bersamanya.
YOU ARE READING
Sesudah Hujan ( Complated FEB 2021)
RomanceCerita yang berkisar di sebuah kampung yang terpencil yang terletak di selatan tanahairnya. Pak Abu ,anak tunggalnya Azhar bersama menantu beliau Noreen sebagai watak utama dalam cerita ini. Kisah kesusahan hidup, perkenalan dengan isterinya Noreen...