day 1

55 3 28
                                    

Asha menyiapkan air yang akan digunakan untuk memandikan Jaemin. Jangan salah faham , Jeno yang akan membantu Jaemin untuk mandi.

Semalam, doktor telah memberitahu bahawa Jaemin hanya terkena demam biasa. Tetapi dia bernasib baik apabila bosnya memberi cuti selama seminggu.

Bukan itu sahaja, yang lain termasuk Asha pun sanggup mengambil cuti selama satu minggu gara-gara ingin menjaga Jaemin yang sakit.

"Woi Jeno! Air dah siap ni!"

Jerit Asha dari dalam bilik mandi.

Tidak lama kemudian, muncul Jeno dengan keadaan sedang memapah tubuh Jaemin yang lemah itu.

"Nana baby, Mama keluar dulu eh? Mama nak masak bubur ayam untuk Nana baby, okay?"

Kata Asha kepada Jaemin sambil mengelus lembut rambut Jaemin yang berwarna biru.

"Kepala hotak kau baby baby."

Balas Jaemin, namun tidak dihiraukan oleh Asha.

</>

"Renjun! Kau letak dekat mana garam?!"

Tanya Asha sambil mencari dimana garam disimpan.

"Kau buta ke apa?! Depan kau tu apa hah?!"

Jawab Renjun dengan perasaan yang marah. Dia sanggup menyerahkan remote tv kepada Jisung semata-mata ingin mencari garam. Rupa-rupanya ada di hadapan Asha sendiri.

"Sorry brow."

"Okay brow."

Renjun menahan marahnya. Suatu hari nanti, dia akan memastikan untuk membuang Asha di Laut China Selatan.

"Dah alang-alang dekat sini, meh lah tolong aku masak bubur untuk baby aku."

Dengan tak malunya Asha berkata sedemikian. Renjun hanya mampu bersabar dengan Asha.

</>

Asha menatang dulang yang berisi bubur ayam itu dengan penuh hati-hati menuju ke bilik Jaemin.

Pintu tersebut dibuka dengan perlahan, dan pemandangan dihadapan Asha itu ingin membuatkannya menangis.

Pintu tersebut dibuka dengan perlahan, dan pemandangan dihadapan Asha itu ingin membuatkannya menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Nasib baik bukan anak aku, ya tuhan. Kalau ni anak aku, dah lama aku gigit pipi tu sampai puas.'

Rintih Asha dalam hati. Pemandangan dihadapannya ini sungguh comel. Dia berdiri dihadapan pintu sambil membayangkan dirinya sedang menggigit pipi tembam milik Jaemin.

"Dah kenapa tercegat dekat sini?"

Soal seseorang di belakang Asha, membuatkan Asha yang sedang membayangkan dirinya menggigit pipi Jaemin terhenti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SICKWhere stories live. Discover now