Previous Page of 6Next Page

3 x Benci, 4 x Cinta

spinner.gif

Note from Ntgravity : Salam...

So dah sampai Bab yang ketiga dah nieh... macam mana? ada nampak *hint* jalan cerita nieh? hehehe... baru bermula jer cerita nieh...

Lepas nieh i will update new Bab every 2 weeks pada hari Jumaat.... :) Insya Allah..

ok this will be our ice breaker... sesiapa yang comment or add fan will get a dedication shout out on next chapter... deal? sapa boleh teka apa yang akan berlaku next?? hahaha...

My 1st time dedication will goes to my Wonderful Souljas - yang sudi membaca novel ku yinniii~<3! Next chapter i'll shout out nama dorg... Love love!!

carry on... Bismillah~ 

*jangan lupa komen yer...*

----------------------------------------------------

"Hi there Aliey, here is your room key you have requested. Our housekeeping still in progress to clean it up but you're always welcome to take a look." Sapa Maida Addisson yang berasal dari Glasgow, Scotland. Dia merupakan pengurus bilik di hotel ini.

 "Thank you, Maida. I'm going up now for awhile, my boys will come a bit later." Balas Aliah mesra. Pastinya ini bukan kali pertama Aliah berurusan dengan hotel yang memang terkenal diKuching ini. Aliah memang suka melihat tiang yang besar di dalam hotel ini dan tangga besar dari marmar mewah yang melingkar ke satu tingkat atas memberi gambaran ekslusif kepada sesiapa yang melangkah masuk.

Setelah berjabat tangan dengan Maida, Aliah berlalu merapati Danial yang sedang menunggu di tepi lif untuk ke tempat letak kereta, Nurmiza & Hakimi tidak kelihatan - mungkin sudah jalan terlebih dahulu. Kelihatan Danial sedang bersandar di dinding sambil menatap iPad nya. Jarinya sedang bergerak - gerak di atas permukaan skrin, ada masa berkerut muka Danial dan kemudian tersenyum. Entah apa yang sedang dibuat oleh mamat ni, bisik hati Aliah.

"Dah?" soal Danial tanpa mengangkat muka. Matanya masih tertumpu pada skrin iPadnya. "Hmm.. aku nak naik tengok bilik sekejap tapi nak singgah kat kereta lok(dulu)" Aliah mencari kunci kereta pula. Danial mengetap bibir dan mengeluh berat. Benci dengan permainan Angry Bird ni! Sempat juga jarinya menekan punat lif.

"Hmm.. okey juga la sebab aku nak naik bilit (bilik) ambik semua beg. Nanti tolong boleh? Bilit 615. Kau ketuk aje, locengnya rosak" Danial menoleh ke arah Aliah. Ya Allah, tiba - tiba satu getaran wujud di hati lelakinya. Getaran yang sudah lama hilang sejak dia putus dengan Arsheila Tajuddin beberapa tahun lepas tapi masih tak dapat menandingi getaran perasaan yang dialaminya sekarang ini. Perasaan yang membuat Danial ingin mengetahui maknanya dengan lebih dekat. Perasaan yang membuat jantungnya berdetak deras. Aliah, dapatkah kau merasakannya?

"Oh.. tak jauh lah. Bilik pengantin customer aku kat 625. Nanti kau sendal jer bilik kau tuh. Bila aku dah habis aku pergi bilik kau." Aliah berkata pantas apabila pintu lif mulai terbuka. Danial membuat aksi 'salute' dengan dua jarinya lalu berpatah semula melalui kaunter resepsi untuk menggunakan lif untuk naik ke bilik.

Aliah Dania Mustafa. Hmm... Kenapa baru sekarang pula ada sesuatu mengetuk pintu hatinya? Aneh betul perasaan ciptaan Allah ini. Danial mengomel di dalam hati sambil memasukkan kad ke dalam slot sebelum menekan nombor tingkat ke biliknya. Baru sahaja pintu lif itu hendak tutup, ada pula tangan menahan pintu lif yang secara automatik akan terbuka bila mengesan sesuatu menghalang pintu. "Sorry." Sapa satu suara garau kepada Danial. Danial hanya menganggukkan kepala lalu beralih sedikit ke belakang.

"Hello Baby, i naik bilik dulu. Nanti you naik jak (aje). Ya Baby, i baru beli handphone baru. Iboh (jangan) lupa makanan yang i pesan,okey? I tunggu you datang. Mmuaahh!"

Cemburu terdetik di hati Danial yang sedang melayan perasaan yang baru berputik di hatinya. Dia hanya memandang ke arah nombor lif yang berubah mengikut tingkat yang dilalui. Ting! Danial dan lelaki itu keluar dan menuju ke bilik masing - masing. Danial tidak sabar untuk menatap wajah comel Aliah lagi.

Aliah melihat pekerjanya sedang memunggah barang dan terus menuju ke arah illustrasi yang diilhamkan oleh dirinya sendiri sambil mengangguk perlahan. Tidak lama setelah pengurus projek nya datang dan diberi sedikit taklimat, Aliah terus keluar menuju ke bilik Danial. Sambil berjalan Aliah teringat kekasih hatinya yang tiba - tiba menyepikan diri. Mungkin sedang bertugas tapi biasanya walau se'v.i.p.' mana pun pasti dia akan memberitahunya. Ini adalah jangka masa yang terpanjang Jeremy tidak mengambil tahu tentangnya sepanjang mereka berkenalan iaitu 5jam.

Previous Page of 6Next Page

Comments & Reviews (3)

Login or Facebook Sign in with Twitter


Vote library_icon_grey.png Add

Recommended

Cinta sticky notes! ☺Koleksi CerpenBukan Kasanova