Note from Ntgravity : Salam... Macam Bab 1? Sorrylah berkarat sikit.. hahaha... Silalah komen yer...
Teruskan membaca....
__________________________________________________
''Argghhh....'' Keluh gadis bersanggul ala paramugari atau 'bun' ini sambil memandang keluar tingkap restoran hotel 5 bintang di bandaraya Kuching ini. Panas hati Aliah dengan perangai terbaru kekasih hatinya. Sejak mereka keluar makan malam seminggu lepas, Jeremy telah memujuknya dengan beberapa lagi helai pashmina yang cantik. Namun apabila Aliah meminta Jeremy memberinya kelonggaran untuk keluar pada malam esoknya kerana Aliah ingin menjemput ayah dan maknya yang akan pulang dari Kuala Lumpur, dia mula menunjukkan reaksi tidak sukanya. Walaupun Jeremy bersetuju tetapi dari riak muka nya seolah tidak percaya dan anggukan yang diberikan nampak sangat tidak sepenuh hati. Itulah kali terakhir Aliah berjumpa lelaki itu, mereka hanya berhubung melalui telefon atau sms cuma sejak beberapa hari yang lalu semua itu tiba - tiba langsung berhenti. Hairan jugak Aliah dengan 'bodyguard'nya itu, sakit ke atau apa? Ada dia cuba menelefon namun tiada jawapan dan terbaru diluar perkhidmatan.
Dua pasang mata lantas memerhati tingkah nya. ''Pasal Jeremy la ni kan?'' soal Nurmiza meneka lalu menyambung,
''Aku hairan tengok korang berdua ni. Bila kau break up dengan dia, dia beria benar mengejar kau, pujuk kau balik semula. Bila dia break up ngan kau, kau pun kenja (mengada) nak juga kejar dia balik.''
''Semalam Friend finder aku nieh kata dia dekat area ni tapi bila aku telefon dia kata tengah kerja kat airport! Pagi tadi tak dapat dikesan. Ni baru kejap tadi aku cuba call, dia boleh tanya sapa aku. Hisssh!'' Aliah seolah tidak mendengar keluhan rakan baiknya. Terbakar jiwa mengenang kekasih hati.
''Aku dah tak tau korang ni sebenarnya berfungsi sebagai apa? Gerek (kekasih)? atau hanya untuk memenuhi syarat?'' Soal Hakimi yang dari tadi memerhati dua wanita ini. Nurmiza mengangguk mengiyakan soalan itu membuatkan wanita di hadapannya mengangkat sebelah keningnya.
''Maksud kau? Mestilah dia gerek (kekasih) aku, kau ingat aku ni apa? Memenuhi syarat apa pulak?'' soal Aliah sambil menyeluk beg tangan nya, mencari iPhone nya yang kedengaran seperti ada mesej masuk.
''Mungkin, demi menjaga ego sendiri... tak mahu orang mengata jika kau masih single. Ye lah, Siapa yang tak kenal Cik Aliah Dania binti Mustafa di Malaysia ni? Event Planner yang terkenal. Artis berkahwin? Bertunang? Syarikat mana yang kau belum sapu? Orangnya pula? Hmmm... Walau a bit chubby tapi masih tetap cantik, bergaya, nampak ladies tapi realitinya brutal giler, drive great car and yet kalau still single mesti kau tak nak series of question such as 'dah ada yang punya ke?' atau 'kenapa tak ada boyfriend' kan, Cik Aliey?'' kata Hakimi sambil membuat simbol 'tanda penutup' dengan jari nya lalu mengatur sedikit rambutnya yang comel terpacak yang popular di kalangan peminat Kpop atau J pop itu.
Lelaki kacukan Jepun yang tinggi ini dikenalinya sewaktu mereka bekerja separuh masa di sebuah kelab golf 9 tahun lalu namun Hakimi lima tahun lebih tua usia darinya. Berpisah seketika kerana Aliah menyambung pelajaran namun mereka sering berhubung. Setelah berhempas pulas dengan pelajarannya sehinggalah segulung ijazah telah pun Aliah dapati manakala Hakimi pula sudah berkerja di syarikat pembinaan. Sekembalinya Aliah ke Kuching, dia kemudiannya mula membuat kerja secara free lance dalam bidang nya ini. Setelah dia berjaya mendapat modal dan projek sulung dari pak su nya yang berpangkat Datuk dan event itu sangat berjaya, namanya mula naik di sekitar Kuching. Tidak lama kemudian, sepupunya pula menggunakan khidmatnya untuk majlis bertunang dan seterusnya 2 bulan kemudian majlis pernikahan dan persandingan dengan seorang penyanyi kumpulan Indie Malaysia yang terkenal. Setahun kemudian Aliah berjaya menubuhkan Yummers Management yang berincit - incit mengendalikan pelancaran korporat, majlis makan malam gala, majlis sosial, persidangan, seminar sehinggalah ke majlis kahwin dan hari jadi. Bukan setakat event di Kuching atau Kuala Lumpur, satu Malaysia telah Aliah jelajahi malah sejauh Nottingham pun Aliah telah tawani.
Add to your private library
My LibraryAdd this story to your public reading lists