Previous Page of 3Next Page

3 x Benci, 4 x Cinta

spinner.gif

Note from Ntgravity :  Hello... Ini karya pertama saya selepas sepuluh tahun lalu.. Saya pernah mengarang untuk kolej saya tapi selepas karya tu kena curik (or plagiat) selepas saya habis belajar, saya malas dah nak menulis and menghabiskan membaca novel english.. Since last year saya membaca novel melayu untuk kali pertama (selepas sepuluh tahun tuh!!) tetiba semangat berkarya itu kembali!!

Ok, tentang novel nie - cerita nieh fiction tapi ada gaklah diselit kenangan silam saya time bercinta dulu.. hahaha.. and saya pun tak nak terlalu terikat dengan bahasa melayu standard.

Selamat membaca... *nervous* heheheh.. sila lah komen yer... 

__________________________________________________

Girl, ambil I kat airport. I sampai dalam dua jam lagi.

- Jeremy

Aliah yang masih berbaring melempar lemah telefon iPhone nya ke sisi, mata yang masih kelat dibuka perlahan lalu memerhati sekeliling biliknya yang majoriti berwarna biru. Hanya beberapa warna putih dan hitam untuk menaikkan seri bilik tidur nya ini. Aliah kemudian menarik nafas panjang. Seharian dia mengemas rumah banglo yang besar itu, walaupun ditegah oleh emaknya tetapi entah kenapa hari ini dia terlalu teruja untuk melakukan aktiviti berat. Selepas apa yang berlaku tiga hari lalu Aliah terasa beban yang semakin memberat dibahunya, walau apa yang dia cuba lakukan semua tidak mengena. Bosan dengan keadaan yang tak berkesudahan namun demi perasaan hati dia tetap gagahi. Perlahan dia bangun menuju ke bilik mandi yang juga telah di beri warna biru muda.

Sejam kemudian, Aliah sudah pun siap berkemas untuk keluar. Walau sejuk suasana di luar kerana hujan lebat dari pagi tadi, tidak mematahkan semangat Aliah untuk bersiap cantik. Lipgloss yang berwarna neutral dialiskan ke bibir. Siap sudah! Aliah mengerling ke arah jam di meja. Matanya tetancap pada gambar yang terletak di sebelah jam, berbingkai bunga berwarna - warni, seorang lelaki botak dan tegap sedang memalit aising kek di hidung mancung seorang wanita di suatu majlis hari jadi. Mereka melihat ke arah kamera dengan mata yang galak dan ketawa besar. Yang pastinya, dua wajah itu terlihat sangat gembira. Sejujurnya, gembira dan bahagia. Itulah dia dan Jeremy Redzuan dua tahun lepas.

Aliah bertemu dengan lelaki ini setahun selepas syarikatnya, Yummers ditubuhkan. Pertemuan pertama di dewan makan disebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur dimana Aliah bertanggungjawab mengaturkan majlis tahunan pekerja untuk syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Malaysia dan Jeremy bekerja sebagai seorang Assistant Head Aircraft Security. Satu insiden yang yang berlaku apabila dalam mereka semua sedang gembira dengan berita bonus dan cabutan bertuah, ada rakan Jeremy yang baru hendak mengambil tempat duduk namun tidak sengaja ditolak oleh mereka yang mahu naik ke atas pentas lalu terpercik setompok kecil tetapi sangat jelas kuah spagetti ke bajunya berwarna beige. Akibat panik Jeremy yang perfectionist bergegas keluar melalui pintu di tepi dewan yang menyambung terus ke luar parkir kereta dan pada waktu itu dia terlihat Aliah yang baru habis berbual dengan pengurus banquet hotel itu sedang mengorak langkah ke arahnya. Jeremy yang bakal menerima anugerah pekerja cemerlang pastinya tak mahu kelihatan comot begini lalu berkira - kira, hendak keluar sahaja ke mana - mana butik yang berdekatan namun dia juga bingung kerana waktu amat terhad. Sekilas Aliah melihatnya yang kelihatan kebingungan sambil menekap - nekap sisa kotoran itu, terus mendapatkannya dan setelah mengetahui apa yang berlaku Aliah terus mengambil sehelai shawl nipis berwarna hitam dari dalam kereta Iswaranya untuk dililitkan dileher Jeremy dan selebihnya menutup bahagian yang berbekas tadi. Lelaki bertubuh sasa ini melihat dirinya melalui cermin kereta yang ada disitu. Agak terkejut melihat perubahan imejnya kerana shawl itu bukan sahaja berjaya menutupi kekotoran yang ada malah dia juga kelihatan lebih menarik kerana belum pernah dia berfesyen sebegini. Dia juga merasakan dirinya lebih yakin untuk naik ke pentas nanti. Pastinya Jeremy amat terhutang budi dengan apa yang Aliah lakukan dan berjanji untuk memulangkan shawl itu apabila sudah dicuci nanti. Setelah bertukar kad nama, Jeremy mula menghubungi Aliah. Pada asal memang mahu berjumpa untuk memulangkan shawl itupun setelah akhirnya Aliah bersetuju untuk makan tengahari bersama. Jeremy merasakan ada tarikan yang membuatkan dia mahu mengenali gadis ini. Berbulan lama cuba mendekati, berbagai cara dilakukan untuk meraih kasih Aliah yang pada mulanya tidak berminat langsung kerana dari segi usia Jeremy lebih 12 tahun beza dan juga kerana cinta dengan kerjayanya namun akhirnya berkat kesungguhan Jeremy, Aliah terima jua kehadiran lelaki di hatinya. Jeremy merasakan dia orang paling berjaya sekali di dunia ini.

Previous Page of 3Next Page

Comments & Reviews (8)

Login or Facebook Sign in with Twitter


library_icon_grey.png Add share_icon_grey.png Share

Who's Reading

Recommended