|
||||||||
![]() |
||||||||
|
|
||||||||
|
SEINDAH MAWAR BERDURI
TINTA PENGARANG Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan karya ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar... Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga...kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda Farah Najah Mohd Noordin, kakaklah cerminan peribadi Khazinatul Asrar buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya. Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da'wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya. Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian. Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk menerbitkan Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya. Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya... Taman Firdausi...di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, novel ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta.....amin. FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN SINOPSIS Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar? Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai.... Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah? Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun..." Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri... FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan... Buatmu... pencari cinta sejati, cinta yang abadi.... Terimalah.... Seindah Mawar Berduri... S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I "Khazinatul asrar , kau pencuri!" Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran. "Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan. Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau-kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu...mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing- masing sibuk dengan kerja sendiri. "Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk
|
||||||||
|
© WP Technology Inc. 2010
User-posted content is subject to its own terms. |